Thursday, August 16, 2018

Sambut hari lahir serentak..


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi memberi kehidupan pada diri ini.. Terima kasih saya ucapkan pada ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan saya di hari lahir saya yang lalu.. 

Kali nie saya sambut hari lahir secara serentak dengan adik dan anak-anak saudara.. 

Untuk bulan Julai, kami menyambut 3 kelahiran, iaitu adik saya dan dua anak saudara..

shikinrazalidotcom

Mula-mula, anak sedara saya yang ketiga iaitu Salsabila, menyambut kelahirannya yang ke 2 tahun pada 15hb Julai yang lalu, diikuti dengan sepupunya Nashiruddin yang jugak menyambut hari kelahiran yang ke 2 tahun pada 22hb Julai. Adik saya yang cantik nie, menyambut hari kelahirannya pada 26hb Julai yang lalu.. Mulanya kami ingat nak sambut pada akhir bulan Julai yang lalu, tapi disebabkan kekangan kerja masing-masing, jadi kami ambik keputusan untuk menangguh majlis kecik ini.. 

shikinrazalidotcom

Kemudian, bila tibanya bulan Ogos, giliran anak sedara yang sulung pulak menyambut hari kelahiran yang ke 5 tahun iaitu pada 10hb Ogos dan pada 12hb Ogos yang lalu, saya pulak dilahirkan dengan angka 36 tahun.. 

shikinrazalidotcom
Jadi pada 13hb yang lalu, hubby pulak buat suprise, kalu tahun lepas, dia menghidangkan saya dengan memasak hidangan nasi Arab, tapi tahun nie, dia buat suprise dengan membeli kek hari lahir..

shikinrazalidotcom

shikinrazalidotcom

Oleh kerana kami sambut beramai-ramai dan jauh di perantauan, Salsabila menjadi wakil untuk potong kek.. Awak tau, bila saya bukak aje kotak kek tue, terus dia nak potong, padahal dia bukannya tau potong kek pun.. hihihi mungkin hiasan pada kek tue sendiri membuatkan Salsabila geram, bila suruh tiup lilin, tak terpadam sampai meleleh air liurnya hinggakan perlu bantuan daripada mamanya untuk padam lilin.. 

Oleh kerana saya dah bagi hadiah pada adik dan Salsabila yang lepas, BACA sini, giliran saya pulak dapat hadiah dan inilah hadiahnya.. 


shikinrazalidotcom

shikinrazalidotcom

Handbag tue dihadiahkan oleh adik kesayangan dan set minyak wangi tue pulak sahabat baik saya Kak Ayu yang bagi.. Bos pulak..? Insha Allah dia kata nak belanja makan Kenny Rogers dekat Alamanda, Putrajaya.. Alhamdulillah... Rasa seronok pulak sambut hari lahir pada tahun nie.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

10 comments:

  1. Bestnya dapat handbag ngan minyak wangi..Selamat hari Lahir..semoga gembira selalu dan diberikan limpahan kasih sayang serta kebagaiaan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. murah rezeki Shikin..

    ReplyDelete
  3. bestnya celebrate birthday ramai-ramai. Tak da la malu nak tiup lilin sorang-sorang. hehe HB sis :D

    ReplyDelete
  4. hepy blated bday. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday sis, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..

    ReplyDelete
  6. Hpy belated 🎂🎂🎂, all da best

    ReplyDelete
  7. happy belated birtday! bestnya dapat hadiah

    ReplyDelete
  8. comel je salsabila ni, budak2 memang macam tu kan. Beria nak tiup tapi selalu gagal haha. Cantik sangat set minyak wangi tu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki hari lahir. Di doakan semoga shikin dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers