Kerja hakiki sebagai pembantu pustakawan..

Thursday, August 09, 2018


Assalamualaikum wbt..
Kebiasaannya, umumnya tau yang kerja di library sememangnya kerja susun buku aje, buat khidmat pinjam buku dan pulang buku, tapi hakikat yang sebenar, banyak lagi skop kerja yang perlu di buat oleh kami warga pustakawan.. 

Macam dekat library saya nie, selain daripada tugasan yang sedia maklum tue, saya jugak  ditugaskan untuk mengemaskini blog perpustakaan, membuat kemaskini fanpage facebook perpustakaan, membuat agihan suratkhabar kepada semua bahagian di opis, memastikan majalah yang dibeli adalah yang terkini, dan terbaru tugasan saya adalah membuat cataloging buku di dalam sistem library..

Dekat library kami menggunakan sistem pinjaman bersepadu iaitu sistem pinjaman S-LIBV5001 sejak daripada tahun 2009 dan sebagaimana barangan lain, ianya tetap ada tarikh luput dia.. Jadi sistem kami dah capai tarikh luput dan pada zaman serba canggih nie, sistem perlu dibuat secara online.. Jadi pihak atasan bersetuju untuk menaiktaraf sistem library, dan kini kami perlu mengemaskini data buku yang terdapat di library.. Oleh kerana ketua unit saya nak susun semula nombor perolehan, kami perlu buat kerja cataloging bermula daripada permulaan.. Kami mula membahagi tugasan kami disebabkan hanya kami berdua saja staf library kat opis nie.. Tugasan saya adalah, saya perlu memadam nombor perolehan lama dan dicop baru nombor perolehan.. Setelah itu, saya perlu mencari data buku di dalam webopac samada melalui webopac Perpustakaan Negara Malaysia ataupun webopac Library Of Congress, USA.. Bila dah key-in data di dalam sistem, saya perlu cetak nombor perolehan dalam bentuk barkod dan tampalkan barkod tersebut di bahagian belakang buku kemudian saya perlu hantar buku yang dah dicetak barkod untuk tindakan ketua unit saya.. Tugas ketua unit saya pulak adalah dia perlu merekod data buku dari segi harga, nombor invois, nama pembekal dan tarikh perolehan buku di dalam komputer dan jugak buku log, lepas semua dah di key-in data, barulah buku tersebut di susun di atas rak.. Begitulah seterusnya proses yang kami perlu buat sehingga kesemua buku yang berjumlah 8 ribu buah direkodkan, ini tidak termasuk lagi semua jurnal-jurnal kebombaan, laporan siasatan kebakaran, tesis kebombaan dan jugak bahan multimedia seperti vcd, dvd, kaset dan video VHS,.. itupun jika talian internet opis berjalan dengan lancar dan tak tersangkut-sangkut.. 

https://www.shikinrazali.com

Inilah sistem library yang kami gunapakai sekarang, setakat nie, ianya amat mesra pengguna.. 

https://www.shikinrazali.com

Beginilah caranya kami key-in data sesebuah buku, yang bermula daripada nombor ISBN sehinggalah kepada data subject heading.. Subject heading nie adalah membawa maksud sebahagian daripada senarai terma yang sistematik yang menggambarkan subjek tertentu untuk katalog perpustakaan. 

Gambar-gambar webopac untuk pencarian data buku.. 

https://www.shikinrazali.com
Webopac Perpustakaan Negara Malaysia - Semua data buku yang berada di dalam Perpustakaan Negara Malaysia samada buku terbitan Malaysia ataupun sebahagian buku dari luar negara

https://www.shikinrazali.com
Webopac Katalog Induk Kebangsaan - Semua data buku yang berada di serata tempat termasuklah buku yang berada di universiti, kolej, INTAN di seluruh Malaysia.

https://www.shikinrazali.com
Webopac Library Of Congress, USA - Data buku daripada luar negara, malah ada sebahagian buku Malaysia berada di dalam katalog data di sini.. 

Webopac nie adalah untuk pencarian data buku, walaupun hanya copy & paste saja, tapi ianya memerlukan kesabaran yang agak tinggi, bukan saja talian internet perlu laju, malah data tersebut ada di dalam webopac tersebut.. Contohnya macam jika buku yang saya cari takde di dalam webopac Perpustakaan Negara Malaysia, saya perlu mencari data buku di dalam webopac Katalog Induk Kebangsaan.. Selalunya kedua-dua webopac ini saya gunakan untuk mencari buku tempatan.. Untuk buku luar negara pulak, saya lebih suka cari data ini di dalam webopac Library Of Congress, USA... 

Selain daripada itu, saya juga ada buat keratan akhbar secara online... Jika di zaman yang tiada kemudahan digital, segala isu semasa yang berlaku dalam negara kita nie dipampang dalam surat khabar, kita perlu memotong keratan itu. Kemudian keratan itu akan ditampal di atas kertas A4 dan dijadikan seperti sebuah buku dalam bentuk portfolio. Jadi untuk mengelakkan daripada keratan itu hilang ataupun rosak, saya perlu buat dalam bentuk digital.. Keratan akhbar yang mengandungi isu semasa serta segala berkaitan dengan kebombaan, saya akan ambil keratan itu untuk diimbas, kemudian saya perlu edit keratan itu seperti letakkan watermark, isi segala maklumat seperti nama surat khabar, tarikh dan bilangan muka surat. Setelah itu, saya akan masukkan salinan keratan itu di dalam blog perpustakaan. Dengan cara ini, salinan keratan tidak akan hilang selama mana internet terus wujud.. 

Inilah kerja-kerja hakiki yang saya perlu buat sekarang.. Penat..? Mana-mana kerja pun memang penat kan, yang penting niat kita tue kena ikhlas kerana Allah Taala.. Insha Allah, penat tue akan hilang... 

Dan inilah kehidupan sebenar seorang pembantu pustakawan.. 

13 comments

  1. Rabia ada minta kerja ini.sebab ada jawatan kosong baru2 ni.mana tahu rezeki rabia kerja dekat perpustakaan ni kan.

    ReplyDelete
  2. uish kena mula dari awal ye shikin...
    betul tu, kerja sebagai pembantu pustakawan ini bukanlah sekadar, duduk di kaunter dan susun buku.. Banyak lagi skop kerja lain nak kena buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea kak.. memang letih dan remeh sikit la tapi disebabkan perlukan perubahan dan kiraan stok, kitorg kena buat jugak..

      Delete
  3. uish, sha ada mintak jugak pembantu perpustakaan macam ni jugak eh kerja dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea Sha.. dan kerja2 nie bergantung sesuatu tempat tue..

      Delete
  4. boleh tahan jugakkan jobscope kerja shikin..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, betul tu kak.. mana kerja tak penat. Lepak pun penat juga sebenarnya hikhik

    ReplyDelete
  6. dulu masa study syok main sistem cek buku ni. hehe

    ReplyDelete
  7. Kena berhati2 kan, bila key-in details. Tu yg buat penat. Akak ni peminat library. Pakcik akak dulu kerja kat perpustakaan negeri. Akak suka betul sbb dia slalu bawa mcm2 buku cerita kanak2 balik rmh, dapat la akak tumpang baca bila melawat. Time tu akak blm jadi member library lg.

    ReplyDelete
  8. Yes. Mana2 keje pun penat.
    Terkenang aida kat librarian ukm. Sgt helpful.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧