Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Ana Suhana

Tuesday, August 21, 2018

https://www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dapat jugak siapkan task mingguan saya nie walaupun kerja hakiki masih lagi menguasai saya.. hihihi Okey, tanpa membuang masa, jom kita kenal siapakah sahabat saya kali nie.. 

https://www.shikinrazali.com



Blog Ana Suhana...  Nama sebenar pemilik blog ini adalah Suhana Binti Shohairi yang lebih dikenali sebagai Kak Ana.. Kak Ana merupakan seorang akauntan bebas, merupakan anak jati Kuala Lumpur dan mempunyai sorang anak bujang yang comel dan handsome..

Saya mula mengenali kak Ana masa kami sama-sama join segmen / giveaway anjuran rakan-rakan. Tapi kak Ana pun selalu jugak join giveaway yang penah saya buat sebelum ini dan boleh dikatakan kak Ana nie memang sorang yang supportive bagi rakan-rakan yang buat giveaway ataupun segmen. Walaupun hanya bertemu di alam maya tapi kak Ana memang sorang peramah dan selalu tinggalkan nota dalam jurnal saya. Hihi macam biasalah kalau sempat saya tinggalkan komen, pasti saya akan tinggalkan komen, kalu tak hanya mampu menjadi silent reader saja.. Tapi apa yang pasti saya mesti akan singgah ke blog kak Ana nie sebab dia banyak berkongsi cerita yang menarik seperti review tempat yang menarik, review pelbagai produk barangan, selalu kongsi resipi dan pelbagai tips yang dikongsikan. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah Pengaruh Upin Ipin Terhadap Kanak-Kanak, Cara-Cara Bersedekah Bagi Wanita Yang Tidak Bekerja, 10 Resipi Kerabu Mudah Dan Sedap, Pengalaman Naik Glass Floor Gondola Awana Skyway dan banyak lagi entri yang menarik untuk di baca..




https://www.shikinrazali.com

Kepada kak Ana, terima kasih saya ucapkan kerana akak sudi menjadi salah sorang rakan baik saya di alam maya ini.. Saya doakan agar akak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah dan semoga blog akak menjadi sumber inspirasi dan rujukan kepada rakan-rakan yang lain.. Saya memang suka baca blog akak kerana akak banyak berkongsi cerita tempat-tempat yang menarik yang mungkin tak mampu untuk saya pergi.. hihi doakan saya jugak supaya dapat pergi bercuti cuti-cuti Malaysia seperti akak.. Semoga satu hari nanti kita akan bersua muka dan semoga akak terus sukses dalam dunia blog nie.. Mohon maaf jika saya kurang memberi komen dalam blog akak tapi saya memang selalu singgah ke catatan hidup akak.. 




https://www.shikinrazali.com
Jom kita singgah serta jengah ke blog Kak Ana Suhana dan salam perkenalan kepada semua.. 


#teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #therapistmasseur #assistantlibrarian #sahabatbloggerpilihanstarlavenderluna



10 comments

  1. Ya Shikin, mmg cool si Ana ni..

    hai Ana..selamat berkenalan..hehee

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan :D

    ReplyDelete
  3. Terima kasih shikin sebab review blog ana. Terharu sangat. Terima kasih juga sebab sudo bersahabat dengan ana. Shikin antara sahabat blogger terawal ana masa ana mula aktif. Semoga ada rezeki utk kita berjumpa. InsyaAllah. Dan semoga shikin dapat JJCM seperti yang diimpikan. Amin.

    ReplyDelete
  4. Selalu juga singgah blog Ana Suhana ni. Memang rajin updated juga blognya����

    ReplyDelete
  5. wahh kak ana.mmg best baca blog kak ana.antaranya about food

    ReplyDelete
  6. selalu singgah blog ana slient reader hihihi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧