Rekaan bangunan yang pelik dan unik

Thursday, March 08, 2018

Assalamualaikum wbt..
Dekat bandar-bandar besar sememangnya dah sinonim dengan pelbagai rekaan bangunan pencakar langit dan ada di antaranya membuatkan kita berasa kagum dengan rekaan tersebut. Rekaan bangunan nie ada kalanya mempunyai keunikan dan nampak pelik di mata kita dan kali nie saya nak berkongsi cerita mengenai rekaan bangunan yang begitu pelik tapi unik yang pernah dibina.. 

Jom..

Image result for mind house (barcelona spain)

Mind House (Barcelona, Sepanyol) - Struktur rumah nie tak sekata dan jika dilihat betul-betul, ia lebih menyerupai bentuk otak manusia dan disebabkan rekaan inilah rumah ini dipanggil 'Mind House'. Tapi nampak macam istana lama pun ada jugak kan.. 

Image result for the crooked house poland

The Crooked House (Sopot, Poland) - Kalau dilihat untuk kali petama, mungkin dalam fikiran awak terlintas yang bangunan ini tersalah membuat ukuran. Tapi hakikat yang sebenar-benarnya rumah ini sememangnya direka dan dibina sedemikian rupa. Agak-agaknya bangunan nie kukuh ke tak? 

Image result for rock house portugal

Rumah batu (Portugal) - Batu bukan hanya sekadar menjadi perhiasan semata-mata, tapi batu juga dibina sebagai rumah. Gambar ini menjadi bukti yang rumah ini dibina daripada dua ketul batu yang bersaiz raksasa. Nampak macam rumah dalam cerita dongeng jea kan.. 

Related image

Kansas City Library (Missouri, Amerika Syarikat) - Buku memang sinonim dengan perpustakaan dan inilah rekaan bangunan ini dibina. Bangunan berbentuk buku besar yang tersergam di jalanan ini merupakan sebuah perpustakaan di bandar Kansas. Unik betul kan..

Image result for habitat 67

Habitat 67 (Montreal, Kanada) - Tak terbayang di fikiran yang gambar ini merupakan sebuah penempatan. Strukturnya dibina dalam keadaan berkucar kacir dan ianya dipanggil Habitat 67 kerana bangunan ini disusun daripada 67 ruang yang sengaja direka sedemikian rupa. Penempatan ini ditempatkan di tengah kota dan ianya menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Kanada. Nampak macam permainan lego pulak kan.. 

Related image

Nautilus, Mexico - Bangunan ini direka mirip dengan kapal selam Nautilis milik Amerika Syarikat. Nautilis nie adalah sebuah kapal selam nuklear pertama yang dilancarkan oleh Angkatan Tentera Laut Amerika pada tahun 1954. 

Image result for rotating tower

Rotating Tower, Dubai - Pernah tengok tak bangunan yang boleh bergerak dan berubah bentuk? Bangunan ini yang terletak di Dubai adalah salah satu rekaan yang menakjubkan dan begitu unik sekali. Kita boleh menikmati cahaya matahari yang terbit di waktu pagi dan juga boleh melihat matahari terbenam jika kita dapat menginap di sini. Mampu tengok jea la, nak menginap mahal kot rasanya.. 

Image result for conch shell house

Conch Shell House, Mexico - Rumah ini direka seperti cangkerang laut yang terletak tak jauh daripada pusat bandar Mexico. Rumah ini telah diwarnakan cat putih, mempunyai puncak yag tajam bergigi untuk menyerupai seperti cangkerang laut. Mesti tuan rumah nie terlalu obses dengan cangkerang laut, betul tak..? 


5 comments

  1. Habitat 67 tu unik betul.. seram pun ada.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. hooowww artikek buat mcm ni... they are good

    ReplyDelete
  3. mcm tak real.
    adakah real ekk?
    ntah le.
    but if it really real, shikin, memang ohsem la arkitek nye.
    kena pamerkan dalaman nyer sekali ekk. baru extra ohsem.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧