Terima kasih kepada Noor Maizan | Menang hadiah GA

Sunday, November 14, 2021


Assalamualaikum wbt...
Okey, untuk permulaan cerita.. Pada zaman dahulu... Hihihi... Gurau-gurau.. Okey, nie buat-buat muka serius okey...  Awak masih ingat lagi tak pada entri nie...


Sebenarnya saya takde target pun nak menang hadiah nie, just more than support to my lovely sister Noor Maizan a.k.a. Mai and her business.. Sebabnya sebelum tue saya dah beli premium planner dekat Mai... Tapi tuelah, dah nama pun rezeki, kan...

Mai hantar whatsapp pada saya pada 22 Oktober lepas dan mengatakan saya telah terpilih untuk menang GA yang dia buat..  Kemudian Mai suruh saya pilih design planner yang berkenan di hati.. Tapi kalau ikutkan hati, semuanya cantik-cantik... Adoiii... Jadi, mana satu pilihan saya...? Jom kita tengok video ini...


Cantik tak...?

Okey, sambung cerita tadi, suprise parcel nie selamat sampai pada 11 November yang lalu, melalui Ninjavan... Planner yang telah saya menang nie adalah jenis standard planner.. Tapi tuelah, baru hari nie saya berkesempatan untuk bukak parcel dan buat review..

Pada awak yang tengah cari planner untuk tahun 2022, nak cari planner yang cantik dan comel, awk boleh hubungi Noor Maizan, Insha Allah pasti awak akan teruja untuk memilikinya... Macam saya pun masih lagi menunggu premium planner yang telah saya beli dengan Mai baru-baru ini.. Insha Allah bila dan sampai nanti, akan saya buat review tentang premium planner tue...

Terima kasih akak ucapkan pada Mai kerana telah memilih akak sebagai pemenang.. Akak doakan bisnes awak sentiasa berkembang maju dan semoga kehidupan awak sekeluarga dilindungi, diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT... Terima kasih sekali lagi... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧