Showing posts with label Bingkisan Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Bingkisan Hadiah. Show all posts
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah… Akhirnya hadiah giveaway yang saya menangi daripada Kak Suria Amanda a.k.a. kak SA dah selamat sampai ke rumah.
Nak tau kisah kelakar..?
Mula-mula masa parcel sampai kat rumah, saya ingatkan parcel daripada Shopee sebab kebetulan bila saya tengok tracking, ianya dalam perjalanan untuk hantar ke rumah. Tapi rasa macam pelik pulak bila pegang parcel tue sebab terasa ringan, sebab sepatutnya parcel yang saya nak tue boleh dikatakan berat jugak...
Masa buka parcel, nampak satu kotak yang rupanya seperti hadiah.. mula-mula rasa blurr kejap sebab saya takde pun beli apa-apa hadiah...
Dan bila buka parcel, rupa-rupanya hadiah tue datangnya daripada kak Suria, hehehe.. Perasaan seronok bila tengok dalam kotak tue sebab banyak juga goodies yang saya dapat! Antaranya:
Mini notebook Malakoff – comel dan memang boleh jadi teman untuk catat macam-macam benda.
Pen Malakoff – okey notebook dah ada, pen pun ada. Tinggal rajin nak menulis jea!
Keychain penyu yang comel – yang nie memang terus mencuri perhatian saya. Comel sangat sebab penyu tue kecik jea...!
Snack kacang – wowwwww... yang ni bahaya sikit… kalau dah buka, boleh lupa nak berhenti mengunyah dan kalau suami nak makan, saya nak bagi sikit jea... hehehe kedekut betul kan...
Sehelai tudung – Alhamdulillah, dapat lagi satu untuk tambahan koleksi.
Knitting bag – HAAA… yang ni paling istimewa bagi saya! Beg nie memang buatkan hati saya berbunga sikit. Entah kenapa, hadiah yang boleh digunakan dan sesuai dengan minat kita tu rasa lebih dekat di hati. Terima kasih banyak-banyak Kak SA!
Semua hadiah sampai dengan selamat dan saya sangat hargai setiap satunya. Kadang-kadang rezeki datang dalam bentuk yang sederhana, tapi kegembiraan yang dibawa tue amat besar nilainya.
Sebelum ni saya ada tulis juga tentang rezeki giveaway dan segmen yang saya menang dalam cerita bertajuk:
Dan kalau nak baca tentang pemenang giveaway yang dianjurkan oleh Kak SA pula, boleh singgah sini:
Terima kasih Kak SA atas penganjuran giveaway dan pemberian hadiah yang sangat bermakna nie. Semoga akak terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt.
Orang kata rezeki memang tak pernah salah alamat. Betul sangatlah tu! Kadang-kadang kita masuk segmen saja-saja, join giveaway pun sekadar mencuba nasib dan menyokong pengajuran segmen dan giveaway daripada rakan-rakan blogger. Sekali… eh, nama sendiri pula yang naik!
Alhamdulillah, kali ini saya dapat rezeki memenangi satu segmen dan satu giveaway. Tak sangka pula boleh tersangkut dua-dua sekali. Ingatkan datang nak meriahkan segmen, rupanya balik bawa rezeki.
Untuk kemenangan segmen, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Refresh Bloglist yang dianjurkan oleh This Ni3 Zahata. Kalau nak tengok senarai peserta dan pengumuman tersebut, boleh singgah di sini:
Manakala satu lagi rezeki datang daripada Giveaway Wedding Anniversary anjuran Kak Suria Amanda. Alhamdulillah, nama saya pun ada dalam senarai pemenang.
Apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada penganjur yang memilih saya sebagai salah sorang pemenang. Terima kasih juga kerana sudi menganjurkan segmen dan giveaway, sekali gus menambahkan lagi warna-warni dalam dunia blogging yang kian menjauh sekarang..
Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk yang besar. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk hadiah giveaway, kadang-kadang dalam bentuk kemenangan kecil, dan kadang-kadang cukup sekadar sesuatu yang membuatkan kita tersenyum pada hari tersebut.
Yang penting, syukur dulu… bab nak fikir nak menang lagi, itu cerita kemudian.
Alhamdulillah untuk rezeki kali ini. Semoga rezeki penganjur pula sentiasa dilimpahkan dan dipermudahkan dalam segala urusan. Pada rakan-rakan yang belum ada rezeki, Insha Allah, di lain masa, rezeki awak akan sampai..
Terima kasih sekali...
Assalamualaikum wbt...
Walau dah lambat nak bagi ucapan, tapi nak ucap jugak kepada semua pekerja, Selamat Hari Pekerja.. Takpe kan.. hihi
Alhamdulillah, hadiah pertama daripada giveaway pada tahun nie.. Syukur, saya antara salah sorang pemenang giveaway yang dianjurkan oleh Tot's Blog...
BACA SINI | PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA TOT'S BLOG
Hadiah nie dah selamat sampai pada hari Jumaat lepas... Dan inilah hadiahnya...
Hadiah yang saya dapat adalah sebuah dompet syiling bercorak batik, keychain Kelantan, fridge magnet Kelantan dan biji benih bunga matahari yang siap ada arahan camne nak tanam... Insha Allah, ada masa nanti saya tanam, harap-harap menjadilah tanaman saya nie... hihi maklumlah, tangan panas, selalunya tak jadi tanaman saya...
Alhamdulillah, terima kasih pada Tot's Blog kerana memilih saya sebagai seorang pemenang.. Tak lupa jugak saya nak ucap tahniah pada rakan-rakan lain yang menjadi pemenang giveaway nie...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, hadiah giveaway daripada Mummy Ayu dah sampai...
Terima kasih diucapkan pada Mummy Ayu kerana bagi hadiah yang sangat-sangat kreatif dan comey lotey sangat-sangat...
Sebetulnya saya sendiri dah lupa tentang giveaway nie, maklumlah dah nak hujung tahun nie, banyak perkara kerja yang perlu diselesaikan.. Lepas tue, Mummy Ayu ada tinggalkan komen berserta dengan link cerita dia..
BACA SINI | CONGRATULATION!!! THE WINNER IS...
BACA SINI JUGA | HADIAH... SIAP UTK DIPOS!
Alhamdulillah, saya merupakan antara pemenang giveaway tue.. Tahniah jugak diucapkan pada Cik Cappuccino Latte..
Masa berlalu hinggalah pada hari Sabtu lepas, saya mendapat panggilan daripada abang kurier.. Masa tue agak pelik jugak sebab tertera nama 'Rider TikTok'.. Masa tue saya tanya jugak pada suami ada ke dia beli apa-apa barang kat TikTok... Oh ya..! Nak bagitau rahsia, jangan terperanjat yang suami saya nie memang kaki shopping TikTok yang tegar, ada jea parcel sampai ke rumah, kalah isteri dia nie... hihihi
Okey, berbalik pada cerita tadi, bila saya tanya dia jawab dia takde beli apa-apa barang.. Saya lagi la rasa pelik tapi saya suruh jugak suami keluar untuk tanyakan rider tue.. Ternyata parcel tue ditulis atas nama saya....
Pelik jugak bila tengok nama si pengirim.. Jenuh lah otak nie proses cari folder, siapakah gerangan nama si pengirim... Kemudian... Tingggg.... Barulah teringat akan nama Mummy Ayu... Maafkan kami... maafkan kami sebab terlupa nama awak yea Mummy Ayu...
Apa lagi, masa untuk unboxing parcel...
Wahh.... Ada bungkusan warna pink dengan notanya sekali... Masa tue la baru saya teringat akan giveaway yang lalu...
Inilah hadiahnya...
Cantikkan.. Ada buku nota yang dicetak khas atas nama jurnal saya, lepas tue ada keychain penyu/kura-kura yang dikait cantik ( berseni betul tangan si pembuat nie), lepas tue ada keychain rantai berbentuk Usagi atau dalam bahasa Melayu, arnab (comel) dan ada acylic art berbentuk hati yang begitu comey sekali...
Tadaaa... acylic art nie saya letakkan kat meja kerja saya.. Comey kan...
Terima kasih sekali lagi pada Mummy Ayu kerana beri hadiah yang cukup istimewa ini.. Jangan serik tau buat giveaway pada kami semua nie ya... hihihi
Assalamualaikum wbt..
Masih ingat dengan cerita saya yang lepas..?
BACA SINI : ALHAMDULILLAH, REZEKI MENANG GA
Hadiah yang dinantikan telah selamat sampai dan selamat pun dipakai.. Memang wangi sangat-sangat.. Hihi tapi kena berjimat sikit sebab saya nie memang obses dengan wangian hinggakan suka pakai tak kira siang atau malam, kerja atau duduk rumah..
Terima kasih pada Syazni Rahim a.k.a. SR kerana memberi hadiah yang sungguh wangi-wangi..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, inilah dinamakan rezeki..
Sebenarnya saya sendiri pun dah lupa dengan GA yang dianjurkan oleh rakan blogger sebab tujuan utama saya join pun hanyalah untuk meriahkan suasana dan dapat juga berkongsi GA dengan rakan-rakan yang lain...
Mujur juga penganjur GA yang saya join nie ada tinggalkan komen kat entri cerita saya..
And here's the final results..
Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai pemenang yang pertama untuk GA nie...
Terima kasih pada Syazni Rahim atau lebih dikenali sebagai SR (hihihi samalah dengan nama bisnes saya 'SRLavender') kerana telah memilih saya sebagai pemenang..
Tahniah juga pada rakan-rakan yang lain.. Pada yang tak berjaya, jangan sedih-sedih tau, Insha Allah mana tau GA yang akan datang rezeki awak pula yang menang...
Insha Allah, kalau SR anjurkan lagi GA ke segmen ke, saya akan turut serta.. Terima kasih sekali lagi..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Alhamdulillah, tersenarai sebagai pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com
Friday, September 22, 2023
Assalamualaikum wbt..
Kalau dah tersurat ada rezeki, maka adalah rezekinya.. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai salah sorang pemenang dalam satu giveaway yang saya join baru-baru nie..
Boleh baca sini : Keputusan Pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com
Tahniah kepada semua pemenang.. Insha Allah kalau ada lagi giveaway atau segmen, saya akan join dan support awak semua...
Assalamualaikum wbt..
Sebetulnya entri nie patut dah lama keluar ceritanya tapi asyik terlupa sebab duduk kat dalam draf.. Pastu saya ada terbaca satu entri dari blogger Cuya..
Baca di sini ➞ SEGMEN PENCARIAN MODEL LUKISAN DIGITAL BY CUYA
Bila baca entri tue, baru teringat yang pada 10hb yang lepas, Cuya ada whatsapp saya, katanya dia berhajatkan sesuatu... Dia kata yang dia berhajat untuk membuat lukisan digital untuk saya sebab katanya lagi dia tak pernah lagi buatkan untuk saya.. So, saya cakaplah yang saya takde halangan untuk perkara tue dan Cuya minta gambar saya untuk dilukis..
Tapi tue la, bila dah balik rumah, terus terlupa nak reply balik mesej Cuya, esoknya baru balas mesej... Hihihi so sorry Cuya... Lepas send gambar saya untuk dilukis secara digital, tup-tup petang tue, Cuya hantarkan gambar digital tue kat saya..
TADAAA....
Cantik kan lukisan digital nie...
Rupa-rupanya Cuya nak buatkan segmen secara percuma untuk kita semua dan inilah sedekah Cuya pada kita..
So, sesiapa yang nak buat lukisan digital macam saya nie, awak boleh join SEGMEN PENCARIAN MODEL LUKISAN DIGITAL BY CUYA nie...
Anyway, terima kasih pada Cuya kerana buatkan lukisan digital untuk akak... Akak doakan yang awak akan terus maju dan cemerlang dalam kehidupan awak dunia dan akhirat..
Assalamualaikum wbt,
Adoii, terlupa pulak nak publish entri yang nie... Patutnya keluar pada bulan Mei lepas, tapi takpelah, awak baca jealah yea... Hihihi
Alhamdulillah, rezeki di bulan Syawal.. Orang kata kalau dah rezeki kita tue, memang adalah rezeki untuk kita.. Terima kasih saya ucapkan pada Rasyidah kerana memberi duit raya... Alhamdulillah...
Pada sesiapa yang belum kenal lagi blogger Rasyidah, beliau merupakan seorang blogger lifestyle yang banyak memberi informasi terkini, membuat pelbagai review tapi lebih kepada diari kehidupan..
Terima kasih sekali lagi pada Rasyidah, semoga awak dimurahkan rezeki berlipat kali ganda dan semoga terus sukses dalam bidang penulisan blog ini...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadan... Pada 9hb yang lepas, sahabat saya Mamapipie dan Jomjalan telah mengumumkan senarai pemenang untuk giveaway yang telah dijalankan baru-baru nie...
Rezeki di bulan Ramadan Al-Mubarak, Alhamdulillah nama saya turut tersenarai sebagai salah sorang pemenang...
Alhamdulillah.. Terima kasih pada Mamapipie dan juga Jomjalan kerana memilih saya sebagai salah sorang pemenang.. Hihi kiranya nie kira advances duit raya nie...
Pada sesiapa yang belum kenal lagi blogger Mamapipie, beliau merupakan seorang blogger lifestyle yang banyak memberi informasi terkini, selalu juga dia berkongsi resipi masakan dan ada juga dia membuat pelbagai review..
Manakala blog Jomjalan nie mempunyai banyak informasi tentang tempat percutian menarik di Malaysia.. Jadi pada awak yang dah pening tak tahu nak ke mana tempat yang menarik tue, bolehlah singgah ke blog ini... Sebab kat blog ini ada macam-macam maklumat yang awak boleh perolehi tentang tempat percutian yang menarik..
Terima kasih sekali lagi pada Mamapipie dan Jomjalan dan tahniah diucapkan kepada pemenang yang lain...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur pada Allah... Sebenarnya saya pun tak menjangkakan hadiah nie, tue la, jika ada rezeki untuk kita, maka ianya tetap akan menjadi rezeki buat kita... Pada 21 Mac yang lepas, blogger Syazni Rahim telah mengumumkan nama pemenang GA yang telah dianjurkan oleh beliau pada bulan Mac...
Masa tue, saya memang tak perasan pun dengan entri nie sehinggalah saya blogwalking kat blog Syazni dan barulah perasan nama saya turut tersenarai.. Bila dah hantar details kepada Syazni, saya pun terlupalah tentang parcel tue...
Kemudian, satu hari saya dapat notification daripada J&T yang mengatakan ada sebuah parcel telah diambil.. Saya pun terfikir, aikkk... Bila masa saya ada beli barang..? Oh ya, sebenarnya, saya mempunyai aplikasi J&T Malaysia kat telefon.. Jadi apa-apa urusan tentang parcel daripada J&T akan diberi notification..
Bila naik notification tue, saya pun tengoklah details parcel dan barulah saya tau yang Syazni telah menghantar parcel hadiah untuk saya... Pada 26hb Mac yang lalu, parcel Syazni telah selamat sampai di tangan saya...
Hadiah yang diberikan cukup istimewa sekali, terima kasih saya ucapkan... Semoga awak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan semoga awak terus sukses dalam bidang blogging dan juga bidang penulisan...
Pada awak yang nak kenal blogger Syazni Rahim, bolehlah singgah ke blog beliau.. Sebab apa kena kenal dengan dia..? Sebabnya Syazni nie merupakan seorang penulis buku, jadi memang rugi kalau tak kenal dengan dia..
Assalamualaikum wbt...
Okey, untuk permulaan cerita.. Pada zaman dahulu... Hihihi... Gurau-gurau.. Okey, nie buat-buat muka serius okey... Awak masih ingat lagi tak pada entri nie...
Sebenarnya saya takde target pun nak menang hadiah nie, just more than support to my lovely sister Noor Maizan a.k.a. Mai and her business.. Sebabnya sebelum tue saya dah beli premium planner dekat Mai... Tapi tuelah, dah nama pun rezeki, kan...
Mai hantar whatsapp pada saya pada 22 Oktober lepas dan mengatakan saya telah terpilih untuk menang GA yang dia buat.. Kemudian Mai suruh saya pilih design planner yang berkenan di hati.. Tapi kalau ikutkan hati, semuanya cantik-cantik... Adoiii... Jadi, mana satu pilihan saya...? Jom kita tengok video ini...
Cantik tak...?
Okey, sambung cerita tadi, suprise parcel nie selamat sampai pada 11 November yang lalu, melalui Ninjavan... Planner yang telah saya menang nie adalah jenis standard planner.. Tapi tuelah, baru hari nie saya berkesempatan untuk bukak parcel dan buat review..
Pada awak yang tengah cari planner untuk tahun 2022, nak cari planner yang cantik dan comel, awk boleh hubungi Noor Maizan, Insha Allah pasti awak akan teruja untuk memilikinya... Macam saya pun masih lagi menunggu premium planner yang telah saya beli dengan Mai baru-baru ini.. Insha Allah bila dan sampai nanti, akan saya buat review tentang premium planner tue...
Terima kasih akak ucapkan pada Mai kerana telah memilih akak sebagai pemenang.. Akak doakan bisnes awak sentiasa berkembang maju dan semoga kehidupan awak sekeluarga dilindungi, diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT... Terima kasih sekali lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)


.png)











Social Icons