Showing posts with label Dunia Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Dunia Giveaway. Show all posts
Assalamualaikum wbt...
Saya rasalah yang bulan nie memang bulan buat segmen la.. hihi.. Kali nie saya join segmen daripada rakan blogger yang baru saya kenali iaitu Sis Sharhanah..
Sama seperti segmen yang lain, syarat untuk join segmen amat mudah, awak klik jea pada banner di atas dan ianya akan terus di link kan ke entri penyertaan.
Tarikh tutup penyertaan segmen nie adalah pada 15 November 2026, jadi awak semua masih ada masa lagi untuk join.. Jom sama-sama kita support dengan join beramai-ramai dan sambil-sambil tue kita dapat mengeratkan silaturahmi antara kita..
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt,
Bulan nie rasanya ramai juga rakan blogger yang buat segmen.. Kali nie, saya nak join segmen daripada blogger Nieyla Nadia. Nieyla sedang mengemas kini bloglist, jadi dia sedang mencari calon-calon untuk dimasukkan dalam bloglist tersebut...
Terima kasih Nieyla kerana menjemput akak untuk join segmen awak...
Kebiasaan syarat segmen amat mudah untuk diikuti.. Jom kita sama-sama meriahkan suasana, nak join segmen nie macam biasa, awak klik pada banner di atas dan ianya akan di link kan terus ke link segmen tue..
Kebiasaan syarat segmen amat mudah untuk diikuti.. Jom kita sama-sama meriahkan suasana, nak join segmen nie macam biasa, awak klik pada banner di atas dan ianya akan di link kan terus ke link segmen tue..
Tarikh tutup segmen adalah pada 18 Oktober 2026, jadi masih ada masa lagi untuk join..
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
Wahh, dah jadi macam kembali di zaman kegemilangan dunia segmen... Kali nie rakan blogger saya yang dah lama kenal Beeha Azman pula yang anjurkan segmen...
Jom kita sama-sama join dan support segmen beliau..
Tarikh tutup segmen nie adalah pada 31 Oktober 2026, masih ada banyak masa lagi untuk join... Syarat yang diberikan pun cukup mudah dan inilah syaratnya...
1. Follow blog ini Beeha Azman.
2. Buat satu entri ringkas bertajuk: "Saya Join Segmen Mencari Blogger Aktif di Beeha Azman".
3. Tepek Banner Segmen di atas ke dalam entri anda dan link-kan ke post link ini (Beeha Azman).
4. Tag 2 rakan blogger anda yang masih aktif untuk join sekali segmen ini.
5. Dah siap? Tinggalkan nama dan URL entri penyertaan anda di ruangan komen link ini (Beeha Azman)
Okey, kalau ikutkan saya nak tag semua nama rakan-rakan blogger saya tapi bagi memenuhi syarat di atas, saya nak tag nama Adnil Linda dan Sofie Adie untuk join segmen nie...
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
Okey, nie segmen yang kedua saya join untuk bulan nie.. Kali nie sis Suhaida pula yang hidupkan dunia segmen...
Syarat diberikan amat mudah untuk diikuti, jadi saya nak ajak awak semua untuk join segmen yang dianjurkan oleh beliau...
Macam biasa, kalau awak nak join, awak klik pada banner di atas dan awak akan terus masuk ke link yang ditetapkan.. Ikut syarat diberi dan terus join, masih ada masa lagi untuk join..
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt..
Wah, sejak akhir-akhir nie saya terperasan yang ada di kalangan rakan-rakan blogger dah mula hidupkan semula dunia giveaway dan segmen...
Seronok tengok bila rakan-rakan blogger mula hidupkan semula dunia giveaway dan segmen. Walaupun masing-masing masuk dengan harapan nak menang hadiah, dalam masa yang sama kita tetap saling support — singgah dan jejak blog, tinggalkan komen dan meriahkan segmen kawan-kawan.
Kadang-kadang datang sebab giveaway dan segmen, sekali dapat kenalan baru, kawan baru dan silaturahmi yang semakin erat. Hadiah itu adalah satu rezeki, tapi sokongan dan persahabatan sesama blogger tu yang buat dunia blogging menjadi lebih meriah.
Menang hadiah kita tersenyum, dapat kawan pun adalah satu rezeki!
Ehh, melalut pulak, sebenarnya saya nak ajak awak semua join segmen yang dianjurkan oleh Kak Suria Amanda.. Syarat yang diberikan amat mudah untuk diikuti dan masih ada masa lagi untuk join...
Macam biasa, awak klik pada banner di atas dan ianya akan terus di link kan ke entri segmen nie...
Jom awak.. Kita sama-sama join dan kita saling sokong antara satu sama lain..
Best of luck, folks...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Pertamanya rasa macam saya belum pernah lagi join giveaway daripada Kak SA a.k.a. kak Suria Amanda.. Apapun nasib baik masih ada masa untuk join giveaway daripada kak Suria...
Jom kita sama-sama menyokong dan memeriahkan suasana dalam dunia giveaway, sebab sekarang nie rasanya dah tak ramai yang tak buat segmen atau giveaway..
Cara nak join, macam biasa awak klik pada banner di atas dan ianya akan terus masuk ke link giveaway, lepas tue awak ikutilah syarat yang diberikan dan syarat tuepun memang senang nak diikut...
Okey, pada kak Suria dan suami, saya ucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-3, semoga akak dan suami diberikan rahmat oleh Allah SWT, semoga perkahwinan akak dan suami kekal bahagia hingga ke Jannah dan semoga akak dan suami diberikan rezeki yang melimpah ruah..
Pada yang baru mengenali saya, salam kenal dan pada yang telah mengenali saya, semoga awak semua berjaya...
Assalamualaikum wbt..
Rasanya macam dah lama saya tak join segmen... Beberapa hari lepas saya ada blogwalk ke blog rakan-rakan dan ternampak satu segmen yang menarik..
Jom sertai segmen beliau dan kita meriahkan suasana... Nak join segmen nie senang jea, awak klik pada banner di atas dan ianya akan terus masuk ke link segmen tuan empunya blog...
Syarat yang diberikan pun mudah saja...
Jom sertai segmen nie.. masih ada masa lagi nie...
Salam kenal semua yang baru mengenali saya dan semoga berjaya semua...
Assalamualaikum wbt...
Walau dah lambat nak bagi ucapan, tapi nak ucap jugak kepada semua pekerja, Selamat Hari Pekerja.. Takpe kan.. hihi
Alhamdulillah, hadiah pertama daripada giveaway pada tahun nie.. Syukur, saya antara salah sorang pemenang giveaway yang dianjurkan oleh Tot's Blog...
BACA SINI | PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA TOT'S BLOG
Hadiah nie dah selamat sampai pada hari Jumaat lepas... Dan inilah hadiahnya...
Hadiah yang saya dapat adalah sebuah dompet syiling bercorak batik, keychain Kelantan, fridge magnet Kelantan dan biji benih bunga matahari yang siap ada arahan camne nak tanam... Insha Allah, ada masa nanti saya tanam, harap-harap menjadilah tanaman saya nie... hihi maklumlah, tangan panas, selalunya tak jadi tanaman saya...
Alhamdulillah, terima kasih pada Tot's Blog kerana memilih saya sebagai seorang pemenang.. Tak lupa jugak saya nak ucap tahniah pada rakan-rakan lain yang menjadi pemenang giveaway nie...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, hadiah giveaway daripada Mummy Ayu dah sampai...
Terima kasih diucapkan pada Mummy Ayu kerana bagi hadiah yang sangat-sangat kreatif dan comey lotey sangat-sangat...
Sebetulnya saya sendiri dah lupa tentang giveaway nie, maklumlah dah nak hujung tahun nie, banyak perkara kerja yang perlu diselesaikan.. Lepas tue, Mummy Ayu ada tinggalkan komen berserta dengan link cerita dia..
BACA SINI | CONGRATULATION!!! THE WINNER IS...
BACA SINI JUGA | HADIAH... SIAP UTK DIPOS!
Alhamdulillah, saya merupakan antara pemenang giveaway tue.. Tahniah jugak diucapkan pada Cik Cappuccino Latte..
Masa berlalu hinggalah pada hari Sabtu lepas, saya mendapat panggilan daripada abang kurier.. Masa tue agak pelik jugak sebab tertera nama 'Rider TikTok'.. Masa tue saya tanya jugak pada suami ada ke dia beli apa-apa barang kat TikTok... Oh ya..! Nak bagitau rahsia, jangan terperanjat yang suami saya nie memang kaki shopping TikTok yang tegar, ada jea parcel sampai ke rumah, kalah isteri dia nie... hihihi
Okey, berbalik pada cerita tadi, bila saya tanya dia jawab dia takde beli apa-apa barang.. Saya lagi la rasa pelik tapi saya suruh jugak suami keluar untuk tanyakan rider tue.. Ternyata parcel tue ditulis atas nama saya....
Pelik jugak bila tengok nama si pengirim.. Jenuh lah otak nie proses cari folder, siapakah gerangan nama si pengirim... Kemudian... Tingggg.... Barulah teringat akan nama Mummy Ayu... Maafkan kami... maafkan kami sebab terlupa nama awak yea Mummy Ayu...
Apa lagi, masa untuk unboxing parcel...
Wahh.... Ada bungkusan warna pink dengan notanya sekali... Masa tue la baru saya teringat akan giveaway yang lalu...
Inilah hadiahnya...
Cantikkan.. Ada buku nota yang dicetak khas atas nama jurnal saya, lepas tue ada keychain penyu/kura-kura yang dikait cantik ( berseni betul tangan si pembuat nie), lepas tue ada keychain rantai berbentuk Usagi atau dalam bahasa Melayu, arnab (comel) dan ada acylic art berbentuk hati yang begitu comey sekali...
Tadaaa... acylic art nie saya letakkan kat meja kerja saya.. Comey kan...
Terima kasih sekali lagi pada Mummy Ayu kerana beri hadiah yang cukup istimewa ini.. Jangan serik tau buat giveaway pada kami semua nie ya... hihihi
Assalamualaikum wbt..
Masih ingat dengan cerita saya yang lepas..?
BACA SINI : ALHAMDULILLAH, REZEKI MENANG GA
Hadiah yang dinantikan telah selamat sampai dan selamat pun dipakai.. Memang wangi sangat-sangat.. Hihi tapi kena berjimat sikit sebab saya nie memang obses dengan wangian hinggakan suka pakai tak kira siang atau malam, kerja atau duduk rumah..
Terima kasih pada Syazni Rahim a.k.a. SR kerana memberi hadiah yang sungguh wangi-wangi..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, inilah dinamakan rezeki..
Sebenarnya saya sendiri pun dah lupa dengan GA yang dianjurkan oleh rakan blogger sebab tujuan utama saya join pun hanyalah untuk meriahkan suasana dan dapat juga berkongsi GA dengan rakan-rakan yang lain...
Mujur juga penganjur GA yang saya join nie ada tinggalkan komen kat entri cerita saya..
And here's the final results..
Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai pemenang yang pertama untuk GA nie...
Terima kasih pada Syazni Rahim atau lebih dikenali sebagai SR (hihihi samalah dengan nama bisnes saya 'SRLavender') kerana telah memilih saya sebagai pemenang..
Tahniah juga pada rakan-rakan yang lain.. Pada yang tak berjaya, jangan sedih-sedih tau, Insha Allah mana tau GA yang akan datang rezeki awak pula yang menang...
Insha Allah, kalau SR anjurkan lagi GA ke segmen ke, saya akan turut serta.. Terima kasih sekali lagi..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Alhamdulillah, tersenarai sebagai pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com
Friday, September 22, 2023
Assalamualaikum wbt..
Kalau dah tersurat ada rezeki, maka adalah rezekinya.. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai salah sorang pemenang dalam satu giveaway yang saya join baru-baru nie..
Boleh baca sini : Keputusan Pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com
Tahniah kepada semua pemenang.. Insha Allah kalau ada lagi giveaway atau segmen, saya akan join dan support awak semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)
.png)







Social Icons