Tersenarai dalam 55 Best Blogs You Need To Follow in 2021 by Farhana Jafri

11:00 PM

Assalamualaikum wbt..
Semalam masa saya check in kat facebook, saya terbaca satu posting daripada rakan blogger yang memang kami dah kenal lama, mungkin ada di antara awak dah mengenali kelibat, beliau.. Namanya Farhana Jafri...

Kat posting wall dia, dia cakap dia dah siapkan satu data untuk masuk list untuk entri terbaru kat blog dia...

Tajuknya adalah .....


So, tadi saya berkesempatanlah singgah ke entri dia dan tak disangka-sangka, nama saya turut tersenarai dalam listing tue...

Tersenarai dalam 55 Best Blogs You Need To Follow in 2021 by Farhana Jafri

Sebenarnya saya tak sangka yang nama saya tersenarai, maklumlah nama saya tak segah seperti orang lain, niche jurnal saya pun tunggang langgang, hihihi.. Sebab saya cuma jadikan jurnal saya nie sebagai suka-suka saja, bagi sesetengah blogger yang lain, inilah lubuk rezeki mereka, melalui penulisan review dan buat job sebagai ghost writer, ambil upah untuk design blog dan sebagainya...

Apapun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Farhana kerana sudi mencalonkan nama akak di dalam listing awak.. hihi cuma ada sedikit kesilapan fakta kat situ.. Adoiii, nasib baiklah akak tak kena luku kepala dek hubby akak.. Firstly, akak bukanlah isteri kepada abang bomba, sebaliknya akak bekerja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, sebagai pembantu pustakawan di situ.. Secondly, akak menetap di Salak Tinggi, Sepang dan bekerja di Putrajaya, bukannya akak menetap di Perak.. Perak tue sebenarnya negeri kelahiran hubby akak dan akak pun berasal daripada Terengganu... hihihi tue jealah pembetulan fakta..  Tapi nasib baik awak dah edit semula.. hihihi

Kalau awak nak blogwalking ke blog yang best untuk tahun nie, bolehlah singgah ke entri Farhana Jafri, and jangan lupa untuk follow Farhana sekali.. 

Sebabnya blog Farhana nie penuh dengan review filem dan drama dari dalam dan luar negara, so memang sesuai sangat bagi orang yang suka menonton filem dan drama.. Saya pun selalu singgah ke blog Farhana untuk mengetahui filem yang terbaru.. 

So, jemputlah singgah ke sini...


Thanks alots Farhana 😘😘😘😘... hihihi


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

15 lovely notes

  1. Alhamdulillah terpilih masuk dalam senarai blog yang perlu diikuti.
    Rajin dia buat senarai.

    ReplyDelete
  2. tahniah terpilih dalam senarai :D

    ReplyDelete
  3. Tahniah shikin! mmg awesome 55 blog tersenarai tu :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak Shikin, hehehe tak sangka kan, sy pun tersenarai.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Kak Shikin. Eza lambat lagi nak masuk senarai tu.. Happy blogging dan happy selalu kak :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah, Shikin. Moga terus semangat untuk berblogging 😊

    ReplyDelete
  7. Yeah!! Sep sikit..
    Rasa dihargai kan bila Farhana buat list macam nie..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators