Teknik pernafasan mudahkan proses kelahiran

9:00 AM


Assalamualaikum wbt..
Cara pernafasan yang betul dapat membantu si ibu melalui tempoh bersalin. Teknik yang betul bukan saja dapat memaksimumkan kadar kandungan oksigen dalam badan malah dapat membantu mengatasi rasa sakit semasa bersalin. Sebaliknya cara pernafasan yang salah boleh mengganggu proses bersalin. Selain itu ia turut membuatkan kita tak mampu nak bertenang.

Jom kita belajar camne cara pernafasan yang betul bagi memudahkan kita yang tengah sarat hamil nie bersalin dengan selamat.

Cara pernafasan yang salah mengakibatkan ;
  • Apabila si ibu tak relaks dan berada dalam keadaan takut, secara tak langsung ianya boleh menyebabkan pernafasan menjadi cepat dan pendek.
  • Otot-otot tubuh yang berkait rapat dengan proses kelahiran menjadi sangat tegang. Cara bernafas cepat menjadi pendek atau lebih dikenali sebagai panic breathing hanya akan mengurangkan bekalan oksigen dalam darah dan juga bayi.
  • Segelintir ibu hamil tak bernafas dengan betul kerana mencuri nafas lalu menyebabkan bayi masuk semula ke saluran peranakan sehingga menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat dan panjang.
  • Risiko komplikasi semasa proses kelahiran, bahu bayi tak melepasi faraj sedangkan kepala sudah berjaya keluar.
  • Ibu mudah keletihan, jadi ibu diingatkan agar tak meneran terlalu banyak sehingga terpaksa mencuri nafas. Si ibu perlu lebih relaks.
Penglibatan suami ;
  • Suami digalakkan untuk sama-sama belajar dan berlatih melakukan teknik bernafas dengan betul.
  • Tujuannya adalah suami orang yang lazimnya menjadi teman ketika di bilik bersalin. Dia jugalah yang akan menjadi pembakar semangat ketika hendak meneran selain daripada membantu mengurangkan ketidakselesaan dialami isteri setiap kali kontaksi menjengah.
  • Jika dibandingkan dengan jururawat, kita tentu lebih selesa bersama dan mendengar arahan daripada suami. Dengan memegang tangan suami, kita berupaya untuk menuruti arahan dan tunjuk ajarnya untuk sama-sama bernafas dengan betul.
  • Suami perlu tahu teknik yang betul dan sama-sama bertenang agar pernafasan kita menjadi lancar dan berupaya untuk mengurangkan ras sakit dialami diri.
Pernafasan masa meneran
  • Ikut gesaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran apabila cukup 10cm. 
  • Boleh meneran beberapa kali selagi masih berasa gesaan untuk meneran.
Langkah teknik pernafasan
  • Fasa 1 - Air ketuban pecah
  • Fasa 2 - Kontraksi bermula dan menyebabkan kita berasa tak selesa. Mulakan teknik pernafasan yang dipelajari.
  • Fasa awal kontraksi - Mulakan pernafasan dalam.
  • Masa tiada kontraksi - Lakukan pernafasan normal.
  • Semasa kontraksi - Lakukan pernafasan dalam
  • Cukup 10cm dan bayi dah bersedia untuk keluar - Kontrasi, curi nafas dan tunggu arahan meneran. Pernafasan dalam dan teran sambil hembus kuat. Pernafasan normal dan tunggu kontraksi kedua dan lakukan pernafasan dalam dan teran.
Persediaan teknik pernafasan betul
  • Awak dan suami digalakkan mengikuti kelas antenatal yang mempunyai slot khusus bagi mengajar teknik bernafas yang betul.
  • Ahli fisioterapi  turut mengambil bahagian dalam kelas antenatal bagi mengajar persediaan sewaktu bersalin ketika dalam wad bersalin kelak.
  • Seawal minggu ke-25 kehamilan, awak dan suami dah boleh mengikuti kelas antenatal dan belajar teknik pernafasan yang betul.
  • Perlu lebih kerap bersenam untuk memastikan diri kita sentiasa segar, bertenaga dan ada stamina. 
APA ITU?

PERNAFASAN DALAM
  • Tarik nafas melalui hidung dan sebut di dalam hati dengan perkataan '-re....'
  • Hembus nafas melalui mulut dan sebut perkataan 'laaaaks...'
PERNAFASAN NORMAL
  • Tarik nafas melalui hidung.
  • Hembus nafas melalui mulut.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada ibu yang sedang hamil, tapi apapun dapatkan nasihat daripada doktor pakar jika awak mengalami apa-apa masalah.


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

11 lovely notes

  1. Good sharing. Tapi masa kat LR last time tak ingat pun pasal ni sebab contraction teruk sangat..

    ReplyDelete
  2. good info utk orang yg now tgh preggy :)

    ReplyDelete
  3. sangat membantu.. dh lah nk bersalin tanpa suami

    ReplyDelete
  4. nice sharing shikin :)
    hope membantu ibu2 yg nk bersalin :)

    ReplyDelete
  5. Bagus untuk perkongsian. Tambah ilmu preggy women :)

    ReplyDelete
  6. Itulah selalu tengok wanita mengandung belajar teknik pernafasan di tv.

    ReplyDelete
  7. Good sharing..tapi akak dah 16 tahun x mengandung..hehehe..rindunya nak rasa mengandung lagi..tp dah tua dh ha

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing kak Shikin 🥰

    ReplyDelete
  9. Teknik pernafasan betul memang sangat membantu masa nak bersalin, tq for sharing sis :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators