Rahsia kekal sihat dan muda

Saturday, February 20, 2021

Assalamualaikum wbt..
Agak mustahil untuk kita menjalani kehidupan seharian tanpa ada sebarang masalah. Tapi sejauh manakah kesempurnaan hidup yang diperolehinya? 

Janganlah kita lupa, kesempurnaan tidak akan lengkap tanpa hidup yang lebih sihat. Beberapa tips yang akan saya kongsikan ini ianya akan memberi manfaat dalam kehidupan kita..

TANGANI STRES
Menurut kajian daripada Harvard Medical School, perasaan marah boleh membuatkan kita berasa penat, stres dan boleh merosakkan paru-paru. Kajian yang dilakukan selama lebih 8 tahun terhadap 700 orang mendapati mereka yang sering marah atau bertengkar boleh menyempitkan aliran darah ke dalam paru-paru.

MAKAN IKAN PANGGANG / REBUS
Pengambillan ikan mackerel, sardin dan salmon yang dipanggang atau direbus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik. Hasil kajian daripada ahli gizi di Amerika telah membuktikan  ikan yang dipanggang atau direbus jauh lebih baik berbanding dengan yang digoreng atau dikeringkan.

AMBIL VITAMIN D
Menurut Dr. Marilyn Glenville, seorang pakar nutrisi dari King's College London mengatakan tanda penuaan boleh kelihatan pada wanita yang kurang mengambil vitamin D. Ini kerana vitamin D membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan kekebalan badan dan melindungi daripada penyakit kanser dan jantung. Antara sumber vitamin D adalah seperti sinaran matahari, suplemen minyak ikan, salmon, tuna dan udang.

KOMBINASI ZAITUN
Masukkan kekacang, ikan, sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Pengambilan makanan segar yang ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan kita kelihatan muda dua tahun daripada usia sebenar. 

KATAKAN 'SALAM' PADA KAWAN-KAWAN
Sapaan ini boleh dilakukan setiap hari kerana ia dapat meredakan stres dan membantu melepaskan hormon endorphin. Selain itu, menyapa dengan senyuman merangsang lebih daripada 30 otot-otot wajah dari kedutan.


LUAHAN PERASAAN
Gunakan diari untuk kita meluahkan apa yang ada dalam fikiran dan perasaan kita agar tahap stres kita berkurangan.

JAUHI DARI SOFA
Berehat terlalu lama di sofa juga tidak baik. Menurut kajian terbaru di Amerika mendapati apabila seseorang itu yang duduk lebih daripada 6 jam setiap hari dapat meningkatkan risiko kematian berbanding dengan mereka yang duduk kurang dari 3 jam.

BERTEMAN
Satu kajian yang dilakukan lebih dari 20 tahun mendapati apabila seseorang yang mengikat hubungan sosial dengan baik akan kurang memperolehi penyakit kerana hubungan itu mampu membuatkan seseorang itu menjadi awet muda dan sihat.

GANTIKAN PUTIH KEPADA COKLAT
Mungkin ada boleh membuat perubahan dengan menggantikan gandum putih kepada gandum coklat sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengurangkan 16 peratus risiko diabetes tahap 2. Kajian daripada Harvard School Of Public Health mendapati lebih baik jika tambahkan bijian seperti barli dalam menu utama makanan.

LEBIHKAN SAYURAN
Belilah buah dan sayuran yang masih segar. Bersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ini untuk mengelakkan kerosakan kandungan vitamin C daripada pelbagai makanan di dalamnya.

SENAMAN KETIKA BERBELANJA
Senaman juba boleh dilakukan ketika kita membeli belah. Caranya adalah dengan membawa sendiri barang-barang perbelanjaan ke tempat meletak kenderaan.


NIKMATI TEH HIJAU
Menurut kajian Cina, seseorang yang kerap minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun berbanding mereka yang minum teh hijau hanya secawan dalam sehari. Tambahkan dengan perasa lemon untuk memberi kekuatan pada badan dan melawan penyakit.

KIRA GULA DAN GARAM
Garam dan gula adalah lemak jahat yang dapat menyumbat arteri sehingga naiknya tekanan darah. Jadi kita boleh meneliti label makanan yang ingin dibeli.

TEGAK
Usia yang semakin meningkat akan membuatkan postur badan turut berubah. Badan akan membongkok akibat tulang belakang yang kurang fleksibiliti. Menurut jurulatih yoga, Lynne Robinson, beberapa gerakan boleh dilakukan untuk regangan tulang punggun dan peha. 




#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



12 comments

  1. Dah lama tak minum teh hijau. Asyik kopi je..
    Gandum perang macam mane pulak ye. Baru tahu ni. Ketinggalan betul. Kat rumah naniey jarang dah gune gandum2 sebab husband ada gerd memang kena elak semua benda bergandum..

    ReplyDelete
  2. betul la, badan ni makin lama makin bongok rasa :(
    hmmmm

    ReplyDelete
  3. sy kurg makan ikan panggang / rebus..
    Pengambilan gula pun tinggi huhu

    ReplyDelete
  4. Aha unik kena berteman untuk awet muda.

    ReplyDelete
  5. Ikan susah nak dapat. Huwaaaa :( Apatah lagi nak dapat ikan panggang.

    ReplyDelete
  6. Stress dan kurang tido boleh buat Kita cpt tua kan

    ReplyDelete
  7. Pokok utamanya adalah atasi stress! kita mmg susah nk kawal stress lagi2 wanita kan..
    thanks sharing shikin :)

    ReplyDelete
  8. mari kita amalkan gaya hidup sihat :)

    ReplyDelete
  9. Jauhi benda negatif, jauhi stress. Sama-sama kita semua cuba jadi positif sentiasa.

    ReplyDelete
  10. luahkan perasaan tu wajib.. Kalau simpan je memang boleh makan diri..

    ReplyDelete
  11. Aduhai bila baca tips2 nie nampak sgat sy tak jaga diri dgn baik.. byak yg perlu diperbaiki.. lagi2 masa pendemik nie kan..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧