Panduan yang wajar dipatuhi oleh pendaki

Thursday, February 18, 2021


Assalamualaikum wbt,
Aktiviti mendaki kini semakin digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tak kira lelaki mahupun perempuan, malah ada juga membawa keluarga sekali. 

Bagi awak yang baru nak berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki,  panduan ini boleh membantu awak untuk memastikan pendakian awak menjadi lebih selamat..

  • Mendaki di laluan sedia ada dan perlu bergerak dalam kumpulan. Dalam hal ini, sistem berpasangan boleh diamalkan.
  • Jika awa baru berjinak dalam aktiviti ini, awak perlu elakkan untuk mendaki pada sebelah malam kerana ianya lebih mencabar.
  • Memakai pakaian yang nipis, longgar dan diperbuat daripada kapas untuk keselesaan ketika berjalan selain memakai stokin yang panjang untuk mengelak daripada serangan pacat.
  • Jangan membuat bising ketika mendaki kerana ianya boleh mengganggu hidupan liar.
  • Elakkan daripada membawa beban barangan di tangan, kerana ianya senang untuk memegang, memaut, menarik, menampan, menyentuh dan menepis ketika mendaki.
  • Jika awak tersesat atau tersalah jalan, amalkan STOP iaitu Stop (berhenti), Think (berfikir), Observe (perhati) dan Plan (merancang).
  • Jangan berpecah dalam kumpulan dan sentiasa berada bersama dalam kumpulan supaya awak semua mudah dicari serta ditemui jika berlaku dalam kecemasan. 
  • Sentiasa berwaspada ketika melangkah, berpijak atau berpaut.
  • Kawal tingkah laku dan jangan terlalu gembira, jaga tutur kata dan jangan celupar ketika berada di hutan.
  • Rancang pendakian sebaiknya dan bawa bekalan makanan secukupnya.
  • Jika awak terserempak dengan hidupan liar, elakkan pertembungan secara berhadapan dengannya. Sebaik-baiknya  berundur secara perlahan-lahan dan jangan sesekali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan ia terkejut atau rasa tercabar.
  • Jika berlaku hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir, tangguhkan dan hentikan segera aktiviti atau perjalanan. Cari tempat perlindungan seperti tapak khemah atau stesen henti berdekatan. Dirikan tempat perlindungan sementara samada khemah atau fly sheet. Elakkan berlindung berhampiran dengan pokok besar dan perhatikan aras dan arus sungai kerana di kawasan hutan kejadian kepala air atau kenaikan mendadak air sungai mudah berlaku.
Semoga panduan ini dapat membantu awak bagi yang nak mencuba untuk melakukan aktiviti mendaki ini.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

  1. good tips! selalunya masa mendaki, penuh rasa penyesalan. tapi lepas dah turun dari mendaki, nak mendaki pulakk

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share. Lama dah tak hiking. Biasa hiking tempat yang ramai orang :)

    ReplyDelete
  3. Tips yang bagus. Yang penting jangan terpisah dengan kawan-kawan dan sentiasa berhati-hati

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧