Dompet hilang di Antartika dijumpai semula selepas 53 tahun

Thursday, February 18, 2021



Assalamualaikum wbt..
Awak ada pernah hilang dompet tak..? Kalau pernah hilang, selalunya ianya akan hilang terus tanpa dikesan, betul tak..? Lebih-lebih lagi jika dompet kita hilang di tempat yang kita tak berapa nak kenal sangat kawasan tue..

Sama jugaklah dengan seorang lelaki Amerika nie.. 

Dia pernah hilang dompetnya semasa dia bertugas sebagai ahli meterologi Tentera Laut AS di pangkalan saintifik di Pulau Ross, Antartika pada bulan Oktober 1967 sehinggalah bulan November  1968.. 

Paul Grisham, yang kini berumur 91 tahun tak menyangka sama sekali akan 'bertemu' semula dengan dompetnya.. Ini kerana veteran tentera ini dihubungi oleh seorang individu  yang ingin memulangkan dompetnya melalui kiriman pos. Difahamkan dompet Grisham dijumpai di belakang sebuah lokar semasa kerja-kerja untuk merobohkan pangkalan itu pada tahun 2014.
Setelah diperiksa, dompet itu mengandungi kad perakuan Tentera Laut milik Grisham, lesen memandu dan kad catuan bir serta berkeadaan yang baik.

Tak sangka, kan.. Individu yang memulangkan dompet tue pun agak baik dan beramanah jugak sebab sanggup nak hantar semula dompet pada tuannya...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



11 comments

  1. waaaa, rezeki dpt balik tgk smua kenangan lama yg adaa dlm dompet tu !

    ReplyDelete
  2. baik tol org yang jumpa tu kan..sanggup pulangkan semula..:)

    ReplyDelete
  3. 53 tahun bukan satu jangka masa yang singkat.. Rezeki.

    ReplyDelete
  4. Itulah sanggup cari tuan punya dompet. Kalau kita bagi pada polis untuk cari.

    ReplyDelete
  5. masih elok lagi kad yg ada dalam dompet tu

    ReplyDelete
  6. Memang special kes ni, sebab yang jumpa tu pun amanah. :)

    ReplyDelete
  7. Paling tak sangka org yg ketemu tu mahu pulg semula kepda tuannya..sungguh baik hati!

    ReplyDelete
  8. Memang tak sangka betul boleh jumpa semula. bagusnya bagi pada tuannya semula.

    ReplyDelete
  9. Baiknya orang yang jumpa dompet tuuu

    ReplyDelete
  10. uish.. punyalah lama masa untuk jumpa balik..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧