Berjalan di atas tasik beku yang paling dalam di dunia

11:25 AM

Berjalan di atas tasik beku yang paling dalam di dunia

Assalamualaikum wbt..
Awak pernah tengok tak tasik beku yang paling dalam di dunia..? Tasik Baikal yang terletak di selatan Siberia, Rusia ini telah diiktiraf dunia sebagai tasik yang paling dalam di dunia, selain daripada tasik yang paling jernih sekali... 

Dengan kedalaman 5,387 kaki, tasik ini telah diklasifikasikan sebagai tasik tertua di dunia, berusia dalam lingkungan 25 ke 30 juta tahun lalu.. 

Berjalan di atas tasik beku yang paling dalam di dunia

Berjalan di atas tasik beku yang paling dalam di dunia

Berjalan di atas tasik beku yang paling dalam di dunia


Baru-baru ini, seorang lelaki Rusia yang bernama Artem seorang videographer, telah merakam suasana Tasik Baikal.. Apa yang paling menakjubkan adalah tasik ini telah menjadi beku dan ketebalan ais ini adalah sebanyak 15cm..

Wahh..

Menurut kata Artem, dia seolah-olah berada dalam dunia fairyland, yang boleh berjalan di atas ais beku.. Bila berjalan di atas tasik ini, seolah-olah dia berdiri di atas kaca yang nipis tapi sebenarnya ianya selamat untuk berjalan di atas tasik ini kerana ketebalan ais tue sebanyak 15cm tebalnya..

Berjalan di atas tasik beku yang paling dalam di dunia

Apa yang menjadi keterujaan videographer nie adalah, dia boleh melihat dasar tasik itu dengan sejelas-jelasnya dan betapa dalamnya tasik ini jika dilihat pada permukaan dasar..

Subhanallah.. Cantik kan.. 

*sumber gambar daripada Google Images


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

12 lovely notes

  1. selalu tgk pasal korea je...ada nampak sungai² membeku...

    ReplyDelete
  2. kalau dilalui kenderaan berat memang pecah juga lapisan ais yang beku tersebut

    ReplyDelete
  3. another view dan kejadian yang indah. Tapi seram juga kalau jalan tiba tiba ais pecah.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jalan tengok keadaan bawah tasik.

    ReplyDelete
  5. Memang cantik. Benua Rusia ni memang sejuk melampau, tapi di sebalik sejuk tu tersembunyi keindahan alam macam ni

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. tak beraninya nak jalan ats ni . takut pecah tiba2, dah la sejuk

    ReplyDelete
  7. memang cantik jernih.. tengok batu2 tu clear abes..
    tapi kalau saya tetap was was nak pijak walaupun dah beku.. takot..

    ReplyDelete
  8. Bestnyaa!!! Tapi kalau tetiba ais pecah seram!!

    ReplyDelete
  9. Ya Allah best nya dapat alami keindahan tasik cmni :)

    ReplyDelete
  10. memang nampak cantik tapi takutlah nak jalan atas tasik beku tu..

    ReplyDelete
  11. aida ni gayat, Kin.
    tak mungkin aida berani nak jalan atas tasik beku tu.
    dah le boleh nampak ke dalamnya.
    seram! ngeri!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators