Tuesday, June 26, 2018

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Sheila Adziz

https://www.shikinrazali.com


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan 'task' ini.. hihi bukannnya senang nak pilih sahabat untuk direview, maklumlah ramai.. So pada sesiapa yang masih belum direview tue, harap awak bersabar yea dan jangan terasa hati tau kalu saya masih belum memilih awak.. Niepun saya terpaksa menggunakan bantuan undian untuk cabut undi.. hihi dah macam pemilihan calon pulak kan..

Anyway, siapa pulak yang terpilih untuk minggu ini..? Jom kita kenali beliau..

https://www.shikinrazali.com

Blogger Sheila Adziz... Nama di sebalik nama penanya adalah Aselawati Bin Che Abd Adziz, seorang surirumah tapi kini dia bergelar mahasiswi di Universiti Sains Malaysia dalam bidang skrin di Pusat Pengajian Komunikasi.. Kak Sheila nie merupakan ibu kepada 3 orang puteri, berumur dalam lingkungan 40-an dan berasal daripada Kota Bharu tapi kini Kak Sheila tinggal di Changlun, Kedah.. Oh ya.. Kak Sheila nie salah sorang daripada rakan Team Blogger Pantai Timur.. 

Saya mula kenal Kak Sheila niepun sama macam orang lain dan yea memang betul kebanyakan rakan-rakan yang lain, kami saling kenal melalui GA dan segmen.. Kak Sheila nie walaupun kami hanya bertemu di alam maya tapi saya dapat rasakan keramahannya, yealah, nama pun kakak kan.. Mestilah percakapannya melambangkan kematangan, sebab dalam blog Kak Sheila memang banyak entri bercirikan Islamik dan ada jugak Kak Sheila buat review tentang produk, tempat yang dia kunjungi dan makanan.. Saya memang suka baca blog Kak Sheila kerana entri dia memang banyak yang boleh menyedarkan saya sebagai insan biasa, sebab kita perlu memerlukan seseorang untuk menegur kita ke arah kebaikan, agar kita tak terbabas dari jalan yang lurus dan benar.. Kak Sheila mula berblogging sejak tahun 2009 lagi, so Kak Sheila boleh dikatakan otai dalam dunia blog nie, dan dia pernah berkecimpung dalam bidang filem... Wow..! 

Antara entri yang dimuatkan dalam blog Kak Sheila adalah 3 SEBAB KENAPA RAMADHAN KITA TIDAK SUKSES, 3 BURGER MENARIK DI KEDAH, DUGAAN MENYIAPKAN TESIS dan ORAK RETI: APAKAH ITU? serta banyak lagi entri-entri yang menarik untuk tatapan kita.. 



https://www.shikinrazali.comKepada Kak Sheila, saya nak ucapkan terima kasih kepada akak kerana mengajar saya erti sebuah kehidupan dan jugak menerima saya sebagai rakan blogger akak.. Saya doakan agar akak sentiasa sukses dalam kehidupan dan semoga Allah merahmati akak sekeluarga.. Semoga akak berjaya dalam cita-cita akak untuk memegang ijazah idaman akak.. Best of luck, Kak Sheila..

https://www.shikinrazali.com

Jom kita singgah dan jengah blog Sheila Adziz dan salam perkenalan kepada semua..

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang


11 comments:

  1. Hai kak Sheila.. Bagusnya masih study lagi..

    ReplyDelete
  2. terbaek. follower dia jugak :)

    ReplyDelete
  3. Bagusnya sheila sambung belajar lagi..

    ReplyDelete
  4. Kagum sangat dengan kak sheila sebab dia gigih sambung belajar. Bagus sgt

    ReplyDelete
  5. Segmen Sahabat Blogger Pilihan Shikin membolehkan saya mengenali rakan blogger pilihan dengan lebih dekat lagi.. Keep it up!
    Blogger Sheila Adziz juga nama tak asing pada LZ, blogger otai gitu..

    ReplyDelete
  6. Selamat berkenalan tuan empunya blog, selamat berkenalan juga buat blogger dari Pantai Timur

    ReplyDelete
  7. orang pantai timur rupanya, selalu jugak menyinggah blog kak sheila :D

    ReplyDelete
  8. boleh singgah ke blog kak sheila pasni..hihi

    ReplyDelete
  9. Lama tak singgah blog sis nie.. Nak gi terjah lah.. Nice review shikin.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers