Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Eintan Nurfuzie

12:00 AM

https://www.shikinrazali.com


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kini dah masuk minggu ketiga dalam bulan Jun nie.. Adakah awak suma masih bersama denga saya..? Hihi dah macam DJ radio pulak.. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada semua rakan-rakan kesayangan saya, maaf zahir dan batin dan selamat bertugas pada rakan-rakan yang tak dapat untuk bercuti pada tahun ini.. Jangan bersedih dan gundah gulana jika awak tak dapat nak bercuti untuk berhari raya dengan kesayangan, anggap saja kita berbakti untuk masyarakat dan ianya amat mulia di sisi agama kerana sanggup mengorbankan masa kita demi masyarakat kerana setiap pekerjaan kita akan dinilai oleh Allah.. 


Okey, tanpa melengahkan masa, jom kita kenali blogger pilihan saya minggu ini..

https://www.shikinrazali.com

Blogger Eintan Nurfuzie... Nama pena yang selalu dipanggil adalah Cik En, seorang pembantu veterinar yang bertugas di Ipoh, Perak.. Cik En nie berasal daripada Kuala Kangsar dan berumur awal 30-an dan masih bujang lagi.. hihihi.. Walaupun Cik En nie mempunyai diploma kewangan dan perbankan tapi dek minatnya pada haiwan telah menjadikan dia memilih bidang veterinar nie...

Saya kenal dengan Cik En pun sama dengan orang lain, melalui GA dan segmen... Memandangkan Cik En nie seorang pembantu veterinar, memang sesuailah untuk sesiapa yang nak bertanya pasal haiwan belaan masing-masing, terutama sekali kucing sebab dalam blog Cik En nie memang banyak info mengenai penjagaan kucing daripada A sampai Z.. Walaupun Cik En nie sibuk dengan kerja hakiki tapi Cik En ada jugak untuk buat review mengenai makanan, produk dan tempat-tempat menarik dalam Malaysia.. Cik En nie suka sangat dengan kucing dan tue la yang saya rasa macam serasi dengan Cik En sebab Cik En pun minat dengan animasi Doraemon.. Wahh, ada genglah.. 

Antara entri yang dimuatkan dalam blog Cik En adalah LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT, CARA MUDAH MERAWAT KUCING KERACUNAN, CARA MEMANDIKAN KUCING dan 5D INTERACTIVE WORLD PENANG BEST serta banyak lagi entri-entri yang menarik dalam blog beliau...



https://www.shikinrazali.comKepada Cik En, terima kasih kerana sudi menjadi kawan akak walaupun di alam maya.. Akak doakan agar awak dipertemukan jodoh yang baik, semoga awak terus sukses dalam apa jua bidang yang awak ceburi dan terima kasih jugak kerana sudi memberi ilmu yang manfaat kepada semua orang yang mencari sesuatu ilmu tue.. Akak jugak doakan agar awak selamat di dunia dan di akhirat dan sentiasa berhati-hati dalam kerjaya awak.. 


https://www.shikinrazali.com

Jom kita singgah dan jengah blog Cik En a.k.a. Eintan Nurfuzie dan salam perkenalan kepada semua...

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang


You Might Also Like

7 lovely notes

  1. nak blogwalking.. btw selamat hari raya

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam lebaran juga.

    lepas baca ni, terus terjah blog dia. hehehe

    ReplyDelete
  3. suka baca blog cik en ni sebab banyak ilmu tentang veterinar

    ReplyDelete
  4. mama suka kalau cik en cerita ttg pengalamannya bekerja

    ReplyDelete
  5. terbaek.. blogger aktif ni :)

    ReplyDelete
  6. cik EN. lama jugak dah aida folo cik EN :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators