Tuesday, June 12, 2018

Tip urutan ketika hamil

Image result for massage

Assalamualaikum wbt..
Umumnya amalan mengurut ketika hamil sekiranya tak melibatkan abdomen sebenarnya tak mendatangkan kemudaratan kepada kandungan kita kerana ianya bersifat luaran. Beberapa kajian saintifik menunjukkan bahawa terapi urutan boleh menghasilkan banyak kesan positif dari segi emosi, fisiologi dan psikologi ibu mengandung. Dengan mengurut secara sederhana dapat membantu ibu mengandung tue tidur dengan nyenyak, memperbaiki mood, mengurangkan edema atau bengkak sendi dengan meningkatkan peredaran dan menggerakkan bendalir dalam tubuh serta melegakan sakit saraf.

Urutan prenatal dapat menstabilkan tahap hormon dan membantu melegakan kemurungan yang disebabkan oleh perubahan hormon. Menurut kajian dari penyelidik dalam Journal Of Psychosomatic Obstetrics & Gynecology membuktikan bahawa urutan prenatal selama 20 minit untuk ibu mengandung yang takde mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang serius bermula dari trimester kehamilan kedua dapat mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Tapi bila usia kandungan dah menjangkau 22 minggu, ibu mengandung perlu mengelak tidur secara terlentang sebab ianya boleh memberi tekanan kepada saluran darah dalaman yang membawa darah dan nutrien kepada baby.. 

Saya nak berkongsi sikit tips urutan ketika hamil.. Antaranya adalah :

🔖 Elakkan urutan secara ekstrem ketika 12 minggu pertama kehamilan terutama pada bahagian abdomen dan belakang.
🔖 Pilih tukang urut yang bertauliah yang mempelajari perubahan badan ketika hamil.
🔖 Lakukan urutan dengan tekanan yang tak terlalu kuat dan bersifat ringan.
🔖 Pastikan minyak urutan itu selamat dan tak menyumbang kepada pengecutan rahim seperti minyak oregano, pudina,basil dan rosemary.
🔖 Mengiring adalah posisi terbaik untuk urutan wanita hamil.
🔖 Hentikan urutan dengans serta merta sekiranya awak berasa tak selesa ataupun awak mengalami kontraksi Braxton Hicks.


Melalui pengalaman saya sepanjang menjadi perawat urut terapi buang angin untuk wanita hamil nie, selalunya saya akan urut bila usia kandungan mencecah 3 bulan ke atas dan selalunya saya takkan urut di bahagian abdomen ataupun lebih senang citer di bahagian perut.. Saya akan urut di bahagian belakang dengan urutan lembut kerana kat bahagian belakang tue ada urat rahim dan saya perlu berhati-hati untuk mengurut di tempat urat tue... Oleh kerana saya ada kebolehan untuk menarik angin daripada badan seseorang dengan cara sendawa, jadi kebanyakan pesakit saya sememangnya banyak mempunyai angin dalam badan.. Tapi kalau nak urut untuk hilangkan lenguh-lenguh pun boleh jugak, hihihi.. 

Alhamdulillah, Allah memberikan saya sedikit kebolehan untuk menolong orang lain dan saya memang sukakan kerjaya sampingan saya.. Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya ambik upah murah sangat sedangkan harga caj di pasaran kebiasaanya mencecah RM50 ke atas tapi saya telah berniat untuk menolong orang di dalam kesusahan terutama jika mengalami sakit angin dalam badan, macam pedih ulu hati ke, gastrik ke.. Oleh kerana saya mempunyai kerjaya yang tetap jadi saya faham dengan kesusahan orang lain dalam mencari rezeki, dan disebabkan itulah saya berniat untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada pesakit-pesakit saya.. 

Semoga tips itu dapat membantu ibu hamil jika terasa nak berurut.. 

9 comments:

  1. bestnya, kalau dekat dah lama terjah rumah kak shikin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah jika ada rezeki boleh jumpa..hihi😊

      Delete
  2. Bertuah SR diberi kebolehan mengurut..
    Semoga terus diluaskan pintu rezeki..

    ReplyDelete
  3. wah bagusnya..kat mana area ni sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area Salak Tinggi / Nilai / Putrajaya / Cyberjaya

      Delete
  4. wahh dah berapa lama akak buat servis urutan ni?

    ReplyDelete
  5. aida x pernah berurut time hamil saje2, shikin.
    time nak bersalin Nurin dulu, sulung, doc ada inform yg baby lom turun elok walaupun date bersalin nak dekat. then terpaksa ke bidan, urut perut 3x.
    sgt lega. urut perut, sekali la urut kat pinggang skit skit.
    then, pregnant yg berikutnya takde masalah, so tak la gi berurut.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers