Blog popular dan terbaik Malaysia Mac 2018

Wednesday, April 11, 2018

https://starlavenderluna.blogspot.com

Assalamualaikum wbt..
Entri nie saya buat khas pada sesiapa yang ingin mengenali member Team Blogger Pantai Timur a.k.a. #teambpt... Idea nie sebenarnya datang daripada admin group kami, bila dah ramai post entri nie, tue yang saya pun buat jugak, kiranya nie tugasan berkumpulan la nie.. 

Chewaahhh.. Macam budak sekolah pulak, buat tugasan berkumpulan.. hihihi.. Untuk pengetahuan awak yang masih belum tahu pasal team kami nie, team nie diasaskan oleh Sis Hawa dan Sis Gee untuk mengumpul seramai mungkin blogger-blogger daripada Pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, ataupun pada sesiapa yang berkawin dengan dengan orang Pantai Timur ataupun bekerja di negeri Pantai Timur.. Masa tue tak silap saya Sis Hawa ada mention dalam facebook pasal blogger Pantai Timur nie, dia tertanya-tanya sama ada blogger Pantai Timur nie ramai atau tidak yang bergiat aktif dalam dunia blog, jadi terhasillah team nie.. Setakat nie ahli team kami telah mencecah 40 orang, jadi pada sesiapa yang ada kaitan dengan Pantai Timur, bolehlah hubungi 📧Sis Hawa untuk keterangan lanjut.. 
https://starlavenderluna.blogspot.com
Inilah logo #teambpt kami.. 

Oleh kerana ahli dalam team nie ramai dan syarat nak buat entri nie hanya mencalonkan 10 orang aje, saya terpaksa mintak bantuan Puan Random untuk membuang undi.. 

Dan calon-calonnya adalah...



https://starlavenderluna.blogspot.com
Dr. Ying (https://angelhoyunying.blogspot.my/)
Dr. Ying nie merupakan satu-satunya rakan Chinese yang menyertai #teambpt dan dia tinggal di Kuantan.. Yealah, nama pun doktor kan, dalam blog dia memang penuh dengan maklumat kesihatan yang semestinya memberi manfaat kepada kita.. Rugi tau kalau sapa yang tak jenguk dan singgah ke blog Dr. Ying nie.. Tapi bukan entri kesihatan aje tau, Dr. Ying jugak suka buat review tentang sesuatu produk dan kebanyakkannya produk kesihatan, ada jugak dia buat review tempat-tempat yang menarik.. Oh, lupa, blog Dr. Ying nie 100 peratus menggunakan bahasa Inggeris, tapi mesti ramai yang terror berbahasa Inggeris kan, jadi takde masalahlah kalu nak baca.. Saya mengenali beliau semasa dalam team nie dan untuk pengetahuan awak, Dr. Ying merupakan admin fanpage facebook team kami.. So kalu ada sesiapa mengalami masalah kesihatan dan malu nak bertanya, bolehlah private message pada Dr. Ying.. 


https://starlavenderluna.blogspot.com
Pok Ucu Helmi (http://www.pokucu.com)
Pok Ucu a.k.a. Helmi nie merupakan anak bujang daripada Kelate, berumur dalam lingkungan 20-an tapi kebanyakan entri dia berkisahkan kehidupan bujangnya.. Jadi ada jugalah dia menyelitkan entri-entri masakan versi bujang... Sapa kata lelaki tak boleh masak..? Pok Ucu nie adalah salah sorang daripadanya, walaupun ringkas tapi asalkan sedap dimakan.. Betul tak..? Saya kenal dengan Pok Ucu nie dalam group blogger kat fesbuk, camtulah dan selalu jugak Pok Ucu menjadi sponsor dalam mana-mana GA yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain.. Pok Ucu pun selalu jugak tinggalkan nota kat jurnal saya.. 


https://starlavenderluna.blogspot.com
Kak Halimah Muhiden (http://www.keunggulanwanita.com/)
Kak Halimah Muhiden adalah seorang pengarang buku cerita kanak-kanak, boleh dikatakan agak berpengalaman dalam bidang penulisan buku kanak-kanak...Saya mengenali kak Halimah dalam team nie jugak, walaupun kami tak penah bermesej secara private, tapi selalu jugak mencelah-celah perbualan dalam whatsapp.. Saya suka baca blog kak Halimah sebab entri-entri yang dihasilkan memang amat bermanfaat sekali.. Yealah, penulis buku kot, memang banyaklah idea-idea untuk menulis sesuatu subjek.. Buku-buku yang dihasilkan oleh kak Halimah telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, wahh memang susah tau nak masuk ke dalam syarikat tue, bukan calang-calang tue.. Tapi dalam kesibukan kak Halimah untuk menulis karya fiksyen kanak-kanak, dia mempunyai masa untuk menulis entri yang lain seperti resipi masakan, info keibubapaan, petua alami dan sebagainya.. 


Haa, inilah pengasas Team Blogger Pantai Timur kami,Sis Hawa.. Kalu nak tahu, Sis Hawa berasal daripada utara tanahair tapi sekarang nie dia menetap di Kelate dan dia merupakan seorang surirumah tapi bergiat aktif dalam dunia blog.. Kalu awak nak tahu, walaupun Sis Hawa nie seorang surirumah tapi dia pandai tau dalam membuat servis makeover blog dan hasilnya memang sangat cantik.. Dah ramai dah yang mintak blog mereka dimekap kembali dan harganya pun sangat berpatutan.. So, pada awak yang rasa dah bosan dengan template blog awak dan rasa malas nak mengadap coding nie bagai, bolehlah awak ambik servis daripada Sis Hawa, yang pastinya awak takkan kecewa dengan hasil mekap ðŸ’»Sis Hawa Design... Selain daripada buat makeover blog, Sis Hawa selalu jugak berkongsi informasi dengan membuat review produk, tempat yang menarik dan sebagainya.. Jadi awak takkan berasa rugi bila singgah ke blog dia...


https://starlavenderluna.blogspot.com
Cik Renex (http://renex89.blogspot.my)
Cik Renex atau nama sebenar Saidatul Azreen yang berasal daripada Bera, Pahang, saya mula kenal dengan CR nie dalam GA yang dianjurkan oleh blogger lain.. Apa yang best dengan blog CR nie adalah dia selalu berkongsi lirik-lirik lagu yang terkini, dan ada jugak dia berkongsi informasi yang bermanfaat, CR jugak suka join GA ataupun segmen yang dianjurkan oleh blogger lain, kata orang lebih ramai kawan lebih banyaklah ilmu yang kita dapat.. Seorang yang peramah walaupun hanya di alam maya dan CR memang suka tinggalkan komen kat blog yang dia singgah.. Walaupun CR nie agak muda daripada saya, tapi rasa macam rakan sebaya pulak disebabkan keramahan dia, hihihi perasan muda jap.. Apapun kalu awak singgah ke blog CR, mesti awak dapat banyak informasi yang berguna, mana tau kan..

https://starlavenderluna.blogspot.com
Ira Zulkeffele (http://www.irazulkeffele.com)
Ira Zulkeffele yang berasal sama dengan saya iaitu Kuala Terengganu dan kami memang dah lama kenal, melalui segmen dan GA yang dianjurkan oleh blogger lain.. Ira nie nampak saja macam kurang mesra tapi orang kata jangan tengok pada luarannya saja, sebenarnya Ira nie boleh dikatakan agak peramah jugak bila dah lama kenal dengan kita.. Blog Ira nie memang penuh dengan informasi yang berguna dan dia selalu jugak buat review produk ataupun tempat-tempat yang menarik ataupun makanan yang dia penah makan.. Memang tak jemu untuk singgah ke blog Ira.. 


https://starlavenderluna.blogspot.com
Mastura Nasarudin (https://masturanasarudin.blogspot.com/)
Mastura atau lebih dikenali dengan panggilan Mas, antara orang yang terawal menjadi rakan blogger saya.. Kami saling mengenali semasa join GA dan segmen anjuran blogger lain. Mas selalu jugak singgah ke jurnal saya dan apa yang menarik dalam blog Mas adalah dia selalu berkongsi tazkirah yang boleh memberi keinsafan kepada pembacanya.. Walaupun Mas sekarang nie melanjutkan pelajaran tapi dia takkan lupa untuk berkongsi tazkirah Islamik. Selain daripada tazkirah, Mas selalu bercerita tentang apakah pelajaran yang dia pelajari pada hari-hari biasa dan ada jugak dia bercerita tentang resipi masakan.. Saya memang suka baca sebagai silent reader kat blog Mas sebab tazkirah yang dikongsikan memang menginsafkan saya yang sememangnya agak khilaf.. Bila ada orang tegur kita melalui tazkirah, secara tak langsung kita akan sedar akan kekhilafan dan kesalahan kita dalam mencari ilmu akhirat.. 

https://starlavenderluna.blogspot.com
Raydah Alhabsyi (http://www.raydahalhabsyi.com/)
Raydah yang saya mula kenali melalui GA anjuran blogger dan dia sememangnya aktif dalam dunia blog.. Pada mulanya kami tak kenal rapat sangat disebabkan baru kenal tapi bila dia penah menjadi top commentor dalam jurnal saya, terus kami menjadi kawan rapat walaupun hanya di alam maya. Awak nak tau, baru-baru nie dia baru saja balik daripada Jepun, orang kata short trip, wahh macam seronok jea kan.. Rasanya Ray nie seorang backpacker kot sebab bukan senang tau nak berkunjung ke negara luar jika takde persediaan yang rapi.. Saya memang suka dengan travel yang camnie tapi belum ada keberanian lagi dan saya memang salute la dengan Ray.. 

https://starlavenderluna.blogspot.com
Abam Kie (http://www.zukidin.com/)

Haa, sapa yang tak kenal blogger Abam Kie nie..? Cikgu Bahasa Inggeris yang suka berkongsi cerita tentang persekolahan, maklumlah cikgu kan.. Apa yang saya suka dengan blog Abam Kie adalah entri yang dihasilkan memang berkaitan dengan sistem pelajaran dan keibubapaan.. Abam Kie selalu jugak buat GA dan follower dia pun agak ramai jugak, memang tak tertanding rasanya.. Jadi pada bakal ummi dan abi ataupun yang ada anak yang akan memasuki alam persekolahan dan tak tau sumber rujukan cara nak daftar sekolah, bolehlah singgah ke blog Abam Kie dan mungkin awak boleh bertanya terus pada dia, Insha Allah pasti dia akan bantu awak..


https://starlavenderluna.blogspot.com
Abe Jaq (http://www.abejaq.com/)
Abe Jaq yang saya kenali melalui #teambpt nie pada mulanya dia agak pendiam, mungkin disebabkan kesibukan bekerja mencari nafkah pada keluarga membuatkan Abe Jaq jarang update blog.. Tapi bila dia hasilkan entri, selalunya memang bermanfaat pada kita tau sebab dia bekerja sebagai perunding unit Amanah yang berkaitan dengan kewangan.. Jadi kalu awak ada masalah tentang kewangan, bolehlah tanya pada Abe Jaq.. 

https://starlavenderluna.blogspot.com

Last not least, saya sendiri.. hihihi apapun saya memang berhasrat untuk memberi sebanyak mungkin informasi yang berguna pada masyarakat, selain daripada mengembangkan bisnes servis urut terapi saya.. Alhamdulillah, semakin ramai yang ingin mendapatkan servis saya walaupun mereka terpaksa menunggu slot free.. Apapun saya berterima kasih pada awak suma kerana sudi singgah dan tinggalkan nota pada jurnal saya, walaupun saya jarang tinggalkan komen pada blog awak, hanya jadi silent reader saja.. 

https://starlavenderluna.blogspot.com
Jom kita singgah pada blogger-blogger hebat nie dan semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya..Insha Allah..

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang

14 comments

  1. selamat berkenalan semua dengan team #bloggerpantaitimur . hehe!

    ReplyDelete
  2. Wahh..ada yg CCL Baru kenal dan baru kali pertama blog beliau

    ReplyDelete
  3. Selamat berkenalan semua 😄😄

    ReplyDelete
  4. chaiyok kak kin ! lamo tak singgah sini.
    rumah dah nampak lain.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada yang ada dalam list ty. Salam perkenalan semua

    ReplyDelete
  6. Wahhhh geng pantai timur ye. Nanti e'in nak terjah laa.

    ReplyDelete
  7. semua saya familiar kecuali yang Dr Ying & Abe Jaq. nak pergi terjah lah hehehe

    ReplyDelete
  8. tahniah kepada semua blogger yang terpilih

    ReplyDelete
  9. ada beberapa blogger yang tak pernah terjah lagi

    ReplyDelete
  10. awa dtg sini menempek!! Tima kasih banyak tu :D

    ReplyDelete
  11. Oh ada grup blogger.
    Ada yg lom ada follow.
    Aida pernah join a group.
    Now no more. Blogger general aje ha ha...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧