Monday, February 05, 2018

Tips menyimpan tepung gandum agar tahan lebih lama

Image result for flour

Assalamualaikum wbt..
Tepung gandum adalah bahan paling utama dalam masakan kuih muih dan kek, jadi penjagaan kualiti tepung gandum amat penting agar penghasilan sesuatu masakan menjadi sedap dan nampak menarik.. Jadi, untuk menjaga kualiti tepung gandum agar tetap terjaga dan bebas daripada bau hapak walaupun dah lama disimpan, saya nak kongsikan pada awak suma tips camne nak menyimpan tepung gandum.. 

Antaranya :-

Simpan di tempat khusus - Jauhkan tepung gandum daripada bahan yang berbau menyengat dengan menyimpannya di tempat yang khusus. Pastikan tempat tue bersih dan kering dan sentiasa jaga kebersihan di tempat penyimpanan tepung bagi menjamin kesegaran tepung yang disimpan.

Jangan mencampurnya - Masa nak simpan tepung gandum, hindari dari mencampur tepung yang baru dengan yang lama. Walaupun ianya dari jenis yang sama tapi ianya lebih elok jika tepung ini tak bercampur antara yang baru dengan yang lama. Tujuannya adalah untuk menjamin kesegaran tepung tersebut.

Simpan di tempat yang dingin - Untuk nampak lebih segar dan tahan lama, simpan tepung gandum di tempat yang dingin. Pastikan awak simpan tepung ini di dalam bekas yang bersih dan tertutup rapat. Tepung gandum yang disimpan di tempat yang dingin akan menjadi lebih segar dan tahan lebih lama. 

Letak label pada bekas simpanan - Jika awak menyimpan pelbagai jenis tepung, jangan lupa untuk letakkan label pada bekas simpanan. Perkara nie amat penting agar awak tak tersalah ambil jika nak menggunakan tepung sebab warna dan bentuk tepung nie kan lebih kurang sama aje dan  ianya mudah tertukar. Jadi, penggunaan label pada setiap bekas adalah cara yang paling tepat sekali untuk mengurangkan risiko tersalah ambil..

Simpan di dalam peti sejuk - Untuk menyimpan tepung dalam jangka waktu yang lama, peti sejuk adalah pilihan yang paling tepat.. Hihi bukannya simpan terus kat dalam peti sejuk tau.. Cara ini boleh dikatakan satu muslihat aje.. Okey, awak boleh simpan tepung dalam peti sejuk selama 48 jam untuk membunuh serangga dan kutu dalam tepung. Perkara ini perlu dilakukan sebelum awak nak gunakan tepung yang akan awak gunakan..

Mudah kan..


9 comments:

  1. thnk you for reminding me about this.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak shikin atas info ni.

    ReplyDelete
  3. tepung gandum kat rumah akak..cpt je hbs , haha..btw kak singgah sini..follow #674

    http://byshaz.blogspot.my/2018/02/basic-pregnancy-skincare-produk-selamat.html

    ReplyDelete
  4. yang simpan dalam fridge tu pernah dengar n mmg
    kakak sdara yg slalu ambil upah buat kek simpan dalam chiller..

    ReplyDelete
  5. wahh simpan tepung jagung dalam peti sejuk ni tips baru yg ccl dapat , tq sis

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers