Lima rahsia salad buah tahan lebih lama

Monday, February 19, 2018

Image result for fruit salad

Assalamualaikum wbt..
Sapa yang kat sini suka salad buah..? Dengan kerangupan buah yang segar yang sesuai dengan diet sihat kita tapi camne nak simpan salad buah agar sentiasa segar dek keterbatasan jadual kehidupan yang padat.. 

Jom kita selidik...


Image result for cling wrap

Simpan dalam cling wrap atau ziplock - Pendedahan pada udara adalah penyebab utama berlakunya proses oksidasi sehingga buah-buahan berubah warna menjadi warna coklat dan terasa kurang segar. Bila buah dah dikupas, seeloknya awak simpan buah-buah nie dalam plastik cling wrap atau ziplock yang kedap udara hingga saat untuk dihidangkan..

Rendam dalam air - Beberapa jenis buah seperti buah epal dan buah pir mudah berubah warna apabila diletakkan begitu saja. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah rendam potongan buah-buahan nie dalam mangkuk besar berisi air sejuk agar ianya tak terjadi proses odsidasi, lepas tue awak tiriskan bila nak hidangkan.. 

Simpan di dalam peti sejuk - Suhu persekitaran amat mempunyai pengaruh yang kuat pada kesegaran buah-buahan terutama selepas ianya dipotong kerana suhu ruang boleh mempercepatkan pertumbuhan bakteria pada buah-buahan yang dipotong. Jadi awak kena simpan buah-buahan yang dipotong nie ke dalam bekas kedap udara atau tutup dengan cling wrap ataupun ziplock dan simpannya di dalam peti sejuk.

Image result for juice lemon in fruit salad

Air perahan jus lemon - Air jus lemon yang masam nie mampu memperlahankan proses oksidasi, jadi salad buah menjadi lambat layu atau berubah warna. Gunakan air perahan jus lemon secukupnya dan sebatikan dengan buah-buah yang dah dipotong. Simpan dalam peti sejuk hingga ianya dihidangkan. Tapi jika awak tak suka dengan rasa masam daripada lemon, buah-buah tue awak bilas dengan air sebelum dihidangkan..


Image result for dressing in fruit salad

Jangan campurkan dengan dressing - Beberapa dressing tertentu terutama yang jenis banyak gula boleh buat salad buah menjadi berair dan layu. Jadi, awak disarankan untuk simpan dressing secara berasingan dengan salad buah, bila nak hidang baru dressing dicampurkan dengan salad buah...

Semoga ianya bermanfaat untuk diet sihat...

12 comments

  1. info yang berguna.tapi kalau buah potongan di perah dengan air jus lemon dah jadi jeruk.(^_^)

    ReplyDelete
  2. nanti nak try buat! Tips baru simpan dalam ziplock :D

    ReplyDelete
  3. Menarik...tips rendam buah dalam air tu akak biasa buat..akak buat dan letak garam skit..rendam dalam 10 min pas tu sampai petang warna memang x berubah..

    ReplyDelete
  4. salam..
    singgah sini..terima kasih share tips.. =)

    ReplyDelete
  5. Nice tips! Temptinggnya tengok salad dengan buah buahan segar ni!

    ReplyDelete
  6. tips yg sgt membantu para surirumah dan keluarga.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. nampak sedap , ccl jarang makan salad buah ni ,

    ReplyDelete
  8. Menarik je tengok gambarnya tu hehe thanks for sharing ye. Gud entri

    ReplyDelete
  9. Yang last sekali tu tersangat la betul huhu. Thankyou kak for sharing good info hee.

    ReplyDelete
  10. sedapnya salad buah..teringt dulu mkn..cedap!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧