9 tip untuk kekal cergas dan segar sewaktu berada di pejabat di saat kehamilan

Thursday, February 15, 2018

Image result for pregnancy during work

Assalamualaikum wbt..
Entri nie saja jea untuk memberi panduan kepada saya yang sedang merancang untuk kehamilan, manalah tau kot-kot Allah nak bagi rezeki cahayamata pada saya kelak.. Tips nie boleh jugak diamalkan kepada ibu-ibu yang mengalami trimester pertama kehamilan yang biasanya mengalami masalah seperti keletihan, loya dan perubahan hormon.

  1.  Bekerja dalam keadaan yang selesa dengan meletakkan kaki pada tempat yang tinggi ketika duduk. Awak perlu buat tempat letak kaki sendiri dengan menggunakan benda yang kukuh dan kuat seperti kotak ataupun tong sampah yang tak digunakan.
  2. Pemilihan kasut dan sandal yang sesuai juga penting untuk membuatkan awak berasa selesa sepanjang hari bekerja.
  3. Membuat perubahan pada ruang tempat kerja seperti menggantikan kerusi lama dengan kerusi baru yang masih berkeadaan baik untuk menyokong belakang awak ketika duduk bekerja sebab selalunya wanita hamil akan mengalami sakit pada bahagian belakang. Kalau boleh awak mungkin bokeh membawa kusyen atau bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang.
  4. Jika urusan kerja memerlukan awak untuk duduk dalam tempoh yang agak lama, cuba ubah rutin tue dan pastikan awak ada masa untuk bangun dan meluruskan kaki supaya dapat melancarkan peredaran darah. Ini juga sama seperti jika awak perlu berdiri lama ketika bekerja, rundinglah dengan ketua jabatan untuk mengambil rehat tambahan supaya kaki awak dapat berehat untuk seketika.
  5. Hamil bukan bermaksud awak sentiasa boleh berehat. Lakukan regangan mudah seperti menaikkan tangan awak ke atas kepala selama beberapa saat, putar pergelangan tangan dan kaki, ke kiri dan ke kanan kerana senaman regangan ini amat baik untuk menghilangkan tekanan kerja yang dialami.
  6. Awak pasti mengalami rasa loya pada usia kehamilan di trimester pertama. Oleh itu, amat penting untuk menyimpan snek sihat sebagai pengalas perut setiap kali awak muntah. Bekalkan biskut, buah-buahan, kurma ataupun roti untuk membantu awak mendapat tenaga sepanjang hari.
  7. Jika perlu, bawa bekal makanan tengah hari awak sendiri yang boleh mengelakkan loya. Elakkan makan dengan orang lain jika bau atau makanan tertentu yang boleh mencetuskan rasa loya. Makanan yang tinggi dengan karbohidrat dan protein adalah pilihan yang baik untuk makan tengah hari kerana kedua-duanya boleh membantu menghindari loya, antaranya yogurt rendah lemak, mentega kacang, pisang, keju, roti bakar ataupun nasi bersama ayam bakar.
  8. Jangan lupa untuk minum air kosong dengan banyak. Ini adalah kerana ianya baik untuk diri yang sedang hamil dan juga bayi dalam kandungan.  Awak perlu kurangkan pengambilan minuman manis dalam diet harian awak.
  9. Bawa bekalan baju atau tuala di tempat kerja untuk kecemasan seperti mengalami loya yang teruk. Jangan lupa juga dengan barangan tambahan seperti berus gigi dan pencuci mulut agar awak sentiasa kekal segar sepanjang hari. 


Semoga ianya bermanfaat..


5 comments

  1. semoga dipermudahkan buat shikin...

    ReplyDelete
  2. good sharing sis.. cikyan belum ada pngalaman, tp info ni tetap berguna..hihihi

    ReplyDelete
  3. Good Sharing....
    boleh apply bila mengandung nanti :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing, boleh dijadikan rujukan masa hadapan

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing boleh sgt dipraktikkan utk kawan2 yg pregnant

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧