Potongan denim yang sesuai untuk wanita tubuh berisi

Tuesday, February 13, 2018

Image result for denim jeans

Assalamualaikum wbt..
Denim jeans selalu saja jadi pilihan pada sesiapa yang ingin tampil dengan gaya kasual. Pada dasar tersurat, denim nie terdiri dari tekstur tebal daripada bahan dasar denim yang permukaannya adalah ketat. Disebabkan itulah, rama9 wanita yang bertubuh berisi berasa kurang yakin bila dia memakai denim dan alasan yang selalu didengari adalah kerana takut lekuk bahagian kakinya kelihatan besar. Tapi, dengan berkembangnya dunia fesyen, kini awak boleh tampil untuk memakai denim yang sekarang nie ada pelbagai jenis denim yang boleh digayakan.

Tips yang saya nak kongsikan ini adalah untuk pada sesiapa yang ingin kelihatan kasual aje..

Oversized jeans - Tak salah pun kalau awak pakai denim yang besar (oversized) sebab fesyen jenis nie dah ada dalam pasaran sejak tahun 90-an lagi. Dulu orang pilih oversized jeans  atas sebab potongannya yang ringkas dan hingga kini ianya masih lagi menjadi pilihan ramai. Pilihan oversized jeans ini agar lekukan tubuh tak ketara kelihatan dan pastikan awak selesa bila pakai jeans nie..

Mom jeans - Denim jenis nie adalah denim yang memiliki sisi baggy (longgar) pada bahagian pinggangnya. Mom jeans yang sesuai untuk wanita bertubuh berisi nie nampak sekali imbas hampir sama dengan model high waist jeans. Tapi daripada segi potongan, wanita yang berbadan berisi akan lebih sesuai mengenakan denim jenis ini kerana potongannya yang lebih baggy dan lebih vintaj.

Black denim - Warna denim sebenarnya mempunyai pengaruh pada bentuk kaki kita dan warna hitam memang sesuai untuk dipakai bagi wanita yang berbadan berisi. Warna hitam mampu memberikan ilusi langsing pada tubuh si pemakai dan jugak memberikan kesan bentuk kaki yang kelihatan lebih kecil. Warna hitam jugak akan memudahkan kita untuk menyuai padankan denim dengan apa jua jenis baju.

Straight cut jeans - Denim dengan potongan ini sangat sesuai dengan wanita yang mempunyai tubuh berisi. Sesuai dengan namanya, denim jenis ini memiliki potongan lurus dan rata. Denim dengan potongan yang lurus mampu melindungi bentuk kaki yang besar dan lekukan pada kaki pun tak begitu jelas kelihatan. Cara untuk tetap nampak bergaya ketika pakai denim nie adalah dengan memadankan denim nie dengan crop blazer atau layer shirt.

Mid-rise jeans - Saah satu kesalahan ketika pakai denim jeans adalah dengan memperlihatkan bahagian pinggang. Denim yang tak terlalu high waist namun tak low-rise amat sesuai dengan wanita yang mempunyai badan berisi. Jadi potongan denim jenis ini amat sesuai dipakai untuk wanita yang mempunyai pinggang yang besar kerana ianya telah 'dicipta' dengan potongan bahagian punggung yang lebih besar bagi menghadirkan keselesaan.





9 comments

  1. suka pakai jeans warna biru lusuh tapi jarang jual yang straight cut

    ReplyDelete
  2. Lama tak beli jeans hahahahaha.. Pakai yg zaman anak dara masih muat lagi tu jarang pakai jer.. Terima kasih shikin kongsi tip ni

    ReplyDelete
  3. Alahai.. lamanyalah tak pakai jeans dah.. suka jeans yang straight cut..

    ReplyDelete
  4. Hana dah diharamkan pakai seluar jeans hahah! ^^ thanks for sharing btw :D

    ReplyDelete
  5. Nak Cari denim kaler hitam laa lepas ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧