Pilih pasu ikut kesesuaian tumbuhan

Sunday, July 15, 2018

Related image
Sumber gambar daripada Google Images
Assalamualaikum wbt..
Kalau bercerita pasal landskap, mesti kita terbayang dengan pelbagai jenis pasu yang sesuai dengan konsep kita. Tapi sebelum tue, kita mesti pilih dan pastikan pasu tersebut mempunyai lubang saliran dan entri nie akan berkongsi camne nak pilih pasu mengikut kesesuaian tumbuhan sebab mesti rasa pelik pulak kan jika kita nak tanam pokok yang besar dalam pasu yang kecik pulak kan..

Pasu Jenis Tanah liat - Pilihan penanam hiasan lebih konvensional dengan harga yang mengikut kesesuaian saiz, dari saiz kecik hinggalah saiz besar, semakin besar pasu itu semakin mahallah harganya. Pasu jenis nie adalah pilihan yang ideal untuk tanaman dalam rumah bagi herba jenis Mediterranean dan kecil seperti daun pudina, daun ketumbar ataupun daun pegaga selain daripada bunga hiasan. Tapi kelemahan mengenai pasu nie adalah pasu ini lebih berat dan akan merekah pada cuaca yang ekstrem. 

Pasu Jenis Plastik - Ringan, tahan lama dan harga yang berpatutan. Pasu jenis nie sangat sesuai untuk semua tanaman samada daripada luar rumah mahupun dalam rumah. Tapi bila tumbuhan dalam pasu ini terdedah dengan cuaca yang terlalu panas, ianya akan terjejas kerana medium (tanah) mudah menjadi kering. Antara alternatif lain untuk menggantikan pasu ini adalah tong atau baldi plastik.

Pasu Jenis  Kayu - Menawarkan rupa semula jadi pada tatarias tanaman selain gabungan baik dengan persekitaran landskap taman. Ketahanan bergantung kepada material kayu digunakan. Tetapi awak dinasihatkan untuk menempatkan terlebih dulu pasu jenis kayu ini di lokasi diingini sebelum meletakkan tanah dan tanaman.

Pasu Jenis Seramik - Pasu jenis ini kuat dan tahan lama selain mempunyai tema warna yang indah. Harga untuk pasu jenis ini boleh dikatakan agak mahal tapi ianya tak sesuai untuk menghadapi suhu yang sejuk sebaliknya pasu ini amat sesuai untuk diletakkan di dalam rumah. 

Konkrit - Sangat tahan lasak dan biasanya memerlukan kita untuk berbelanja besar. Ianya sangat berat dan pasu ini sangat sesuai digunakan untuk luar kediaman ataupun untuk konsep landskap tanaman.

Jadi, pada sesiapa yang nak bercucuk tanam tue, pilihlah pasu yang baik yea... 


5 comments

  1. Selalu main tanam je.. Pastu dok pilih pasu cantik bukan jenis pasu.. Kikiki..

    ReplyDelete
  2. terbaek tips ni.. mentua ejulz suka kumpul pasu dan bunga. hehe

    ReplyDelete
  3. belakang umah aida byk pasu tnh liat kot.
    8-9 thn lepas rajin beli pokok.
    ada taman kat laman depan. pastu, start pregnant kat ijat, jadik malas.
    semua pokok kering.
    then, lepas bersalin, terus takde minat tau, shikin.
    kosongkan pasu. bersihkan depan. letak pasu2 kat belakang umah.
    hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  4. Kat rumah guna palsu tanah liat dengan plastik je. Harap-harap semuanya dapat hidup subur dan sihat

    ReplyDelete
  5. Ika rasa dekat rumah guna pasu plastik hee ada jugak yang jenis tanah liat tapi tak banyak hehe kadang tu main tanam je ikut sedap mata.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧