Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Maria Firdz

12:00 AM

https://www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana saya dapat menyiapkan task mingguan saya.. Tapi masih ada yang tertunggu-tunggu entri mingguan nie..? hihihi.. Okey tanpa membuang masa, jom kita berkenalan dengan sahabat saya kali nie.. 

https://www.shikinrazali.com

Blog Maria Firdz...   Blog ini dikendalikan sepenuhnya sepasang suami isteri iaitu kak Mariah atau lebih dikenali sebagai kak Maria yang berasal daripada Kedah dan abang Firdz yang berasal daripada Johor dan sekarang nie mereka menetap di Johor.. Kak Maria merupakan seorang guru manakala suaminya merupakan seorang usahawan buat sticker dan pencetakan baju... Mereka dikurniakan dengan 4 orang cahayamata yang menjadi penyeri dalam rumahtangga.. 

Saya kenal dengan kak Maria melalui segmen yang dianjurkan oleh blogger yang lain dan kak Maria jugak selalu tinggalkan komen dalam entri.. Saya sebenarnya memang suka baca blog kak Maria kerana terlalu banyak entri yang berinformasi serta Islamik yang boleh menyedarkan kita sebagai umat Rasulullah SAW.. Tapi ada jugak kak Mari kongsikan resipi masakan dan banyak lagi entri yang menarik.. Walaupun kak Maria seorang guru tapi dia masih mempunyai masa untuk mengemaskini entri dalam blog dia, kadang-kadang suaminya pun ada jugak mengemaskini entri dalam blog tue.. Boleh dikatakan blog ini memang dikemaskini secara duo..  Blog kak Maria nie ada persamaan sikit dengan blog Perdu Cinta kerana mereka banyak bercerita tentang ilmu keagamaan dan berunsurkan nasihat.. Jadi memang tak rugi untuk baca blog mereka ini...



https://www.shikinrazali.comKepada Kak Maria, terima kasih saya ucapkan kerana akak banyak memberi ilmu akhirat untuk memberi peringatan kepada saya dan rakan-rakan yang lain.. Terima kasih kerana selalu singgah ke jurnal saya walaupun saya hanya menjadi silent reader dalam blog akak.. Tapi saya memang suka baca apa yang akak dan abang coretkan dalam blog kalian.. Semoga akak sekeluarga dikurniakan kurniaan yang berkat oleh Allah.. 


https://www.shikinrazali.com


Jom kita singgah dan jengah ke blog Maria Firdz dan salam perkenalan semua.. 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang

You Might Also Like

10 lovely notes

  1. Kita pun suka singgah baca blog tu. Tak ingat sejak bila suka melekat kat situ hehe. Tapii yang pasti memang tak tahu pun yang blog tu diupdate duo camtu

    ReplyDelete
  2. kita singgah juga jenguk kak MF sesekali bila kelapangan =)

    ReplyDelete
  3. banyak info blog kat MF ni..")

    ReplyDelete
  4. Adudu... Terharu sgt... Terima kasih review... Blog yang tak seberapa... Memang jiwa cikgu suka berkongsi ilmu... Jadi apa sahaja yang bermanfaat akan dikongsi bersama... Terima kasih Shikin...

    ReplyDelete
  5. aida folo maria juga.
    silent reader saje :)
    suka kan ilmu juga.
    ingat-mengingatkan antara kita.

    ReplyDelete
  6. Blog MF memang best banyak perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  7. Salam Perkenalan dari Yani,
    Baru nak bermula semula sebagai blogger. Mohon semangat yg konsisten dari rakan-rakan semua.

    ReplyDelete
  8. Ika baru singgah blog MF :) HEE baru tahu pasal blog beliau hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators