10 tips mudah untuk menghafal dengan cepat

11:06 AM



Assalamualaikum wbt..
Kalau sebut nak menghafal, mesti kepala kita terasa macam gatal-gatal.. Bagi sesetengah orang contohnya saya sendirilah, sememangnya ada masalah untuk meghafal lebih-lebih lagi bila kena baca fakta-fakta daripada buku yang tebal.. Huiihh berpinar bijik mata nie.. So, saya nak berkongsi dengan awak tips camne nak menghafal dengan cepat dengan cara yang mudah.. Jom kita selidik..!

 Fokus - Sebelum membuka buku, pastikan kita kena fokus dan memberi sepenuh perhatian. Elakkan daripada sebarang gangguan bunyi kerana ianya akan menganggu kita untuk fokus terutamanya telefon bimbit.. Sebaiknya kita perlu tutup telefon bimbit tue, jadi nanti takdelah hilang fokus nak baca buku..

 Baca dengan kuat - Membaca dengan nada kuat sehingga diri sendiri boleh mendengar tapi bukanlah bermaksud awak perlu menjerit-jerit.. Sebelum tue, awak kena pastikan pintu dan tingkap ditutup supaya suara kita yang nyaring tue takkan menganggu ketenteraman orang lain.

 Ajar kepada orang lain - Mengajar orang lain adalah salah satu cara terbaik untuk meghafal. Ini akan meningkatkan pemahaman dan daya ingatan dan sebab itulah ilmu nie harus diajar kepada orang lain kerana salah satu manfaatnya kita sendiri yang faham dan ingat pada sesebuah ilmu tue..

 Latihan depan cermin - Sekiranya awak tak mempunyai pendengar yang sudi menemani seperti ahli keluarga ataupun kawan, awak boleh juga bercakap di depan cermin dan berkata dengan diri sendiri. Secara tak langsung, awak boleh naikkan semangat untuk fokus pada menghafal sesuatu ilmu.

 Guna perakam - Awak boleh gunakan perakam memori untuk membantu dalam menghafal, dalam telefon pun ada, kan? Jadi manfaatkan teknologi yang serba canggih ini untuk membantu kita dalam menghafal.

 Relaks - Biarkan fikiran kita tenang kerana semakin kita relaks, kita akan mudah menghafal dan meningkatkan pemahaman yang lebih tinggi. Cara nak relaks..? Senang aje, apa yang awak perlu lakukan adalah duduk dengan selesa sambil melepaskan ketegangan otot dengan menghela nafas panjang. 

 Waktu yang tepat - Pilih waktu yang tepat untuk menghafal. Kebanyakan pelajar yang cemerlang dan berjaya, mereka akan tidur selepas Isyak dan bangun semula pada ⅔ malam untuk menghafal, memahami dan mengingati apa yang mereka belajar. Tapi sebaiknya untuk umat Islam, buatlah solat sunat Tahajjud dan solat sunat taubat terlebih dulu untuk mendapat keberkatan dalam mencari ilmu.

 Berulang kali - Untuk menghafal, kita perlu membaca berulang kali, sebaik-baiknya sehingga 7 kali. Ini kerana lebih banyak kita mengulang, lebih banyak kita dapat mengingatinya.

 Buat catatan - Nota catatan membantu dalam menguatkan daya menghafal. Catat point penting ataupun highlight supaya kita tak perlu membaca berulang kali di bahagian yang tak penting. 

 Makanan seimbang - Makan makanan seimbang kerana ianya sangat penting untuk memberi nutrisi yang diperlukan oleh otak, bak kata orang, badan sihat otak cerdas.. 

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.. 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #assistantlibrarian #therapistmasseur


You Might Also Like

8 lovely notes

  1. Tips ohsem.. Akak suka guna part ajar orang lain.. emmang membantu untuk lebih ingat..

    ReplyDelete
  2. saya selalu berkesan cara no 3. Bila kita tak boleh ajar dekat orang lain, tu maksudnya kita tak faham lagi.

    ReplyDelete
  3. baca berulang kali tu = penekanan aida kat anak-anak.
    sebab dulu kala, aida belajar, itu jugak tips yg lecturer share.
    maklum lah, amik law, apa lagi kan, shikin, menghafal adalah key yg utama.
    faham kan. ulang kali baca. hafal kan.

    ReplyDelete
  4. Rabia suka hafal dengan cara membaca buku dan buat note ringkas.yg mudah rabia ingati dan faham.

    ReplyDelete
  5. Tips yang menarik ! Ada macam-macam cara tu tapi semuanya bergantung pada diri sendiri juga. ada masa-masanya menghafal adalah lebih baik dan ada masa-masanya membaca dengan lebih kuat adalah lebih ok. Yang pasti apa yang kita buat kena fokus hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators