Tuesday, July 10, 2018

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Penselduabee


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, task untuk minggu kedua nie berjaya disiapkan walaupun kekangan kerja hakiki yang begitu banyak sekali.. Apapun, saya akan pastikan yang ianya akan berjalan seperti biasa.. 

So, kali nie siapakah sahabat saya yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenali beliau.. 


Blog Penselduabee... Kak Radhia Razali merupakan anak jati Petaling Jaya dan kini beliau tinggal di Puncak Alam, seorang surirumah 2 orang anak, di mana kak Radhia baru saja bersalin pada pada 15 Mei yang lepas dan masih di dalam mood berpantang.. Kak Radhia mula beraktif dengan dunia blog pada tahun 2013 dan dia merupakan salah sorang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari.. 

Saya kenal dengan Kak Radhia nie sama seperti yang lain-lain iaitu melalui segmen dan GA, kak Radhia memang suka bagi support pada rakan-rakan blog yang lain, samada dia tinggalkan komen ataupun dia menyertai segmen ataupun GA yang dianjurkan.. Tapi kak Radhia pun selalu jugak buat GA dan segmen untuk tambahkan kenalan lagi...Yealah dengan melalui GA dan segmen nie, kita dapat berkenalan dengan blogger yang lain, manalah tau kot-kot ada di antara mereka nie sahabat yang telah lama hilangkan diri, tapi boleh jumpa kat dunia blog, betul tak..? 

Dalam blog kak Radhia memang banyak perkongsian entri yang menarik perhatian seperti Makan Ais Kepal Milo Di Twin Char Kuew Teow Utara Famous Ipoh Perak, Naik Penang Hop On Hop Off Untuk Menerokai Keindahan Penang Island, Main Giant Bubble Di Taiping Lake Garden dan ada jugak dia kongsikan resipi seperti Cara Buat Agar-Agar Roti Milo Guna Agar-Agar Bertali Yang Sangat Mudah dan banyak lagi entri yang menarik dibaca dan dikongsi bersama dengan kita semua. 


Kepada kak Radhia, saya nak ucap banyak-banyak terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai salah sorang rakan maya akak.. Walaupun kita belum bersua muka tapi saya yakin satu hari nanti kita pasti akan bertemu jugak cuma biarlah masa akan menentukannya.. Terima kasih jugak saya ucapkan kerana sokong saya daripada belakang tabir dan saya nak ucapkan tahniah kerana melahirkan penyeri rumahtangga akak yang begitu comel sekali dan jugak selamat berpantang pada akak... Akhirnya abang Zafran dah mempunyai seorang adik yang comel.. hihihi.. Saya berharap dan berdoa agar persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhirnya walaupun saya menjadi silent reader saja.. Terima kasih kak..




Okey, jom kita singgah dan jengah ke blog Radhia Razali a.k.a. Penselduabee ini, salam kenal semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #librarian #therapistmasseur

11 comments:

  1. selalu jugak singgah blog kak radhia, memang best hehe. bila turn sha nak jadi blog pilihan ni :p

    ReplyDelete
  2. terbaek.. harap2 la ejulz terpilih satu hari nanti . hahahaa

    ReplyDelete
  3. harap lepas berpantang nanti kak radhia aktif balik. Rindu nak baca entri dia

    ReplyDelete
  4. Del pun selalu gak baca blog penselduabee hehe

    ReplyDelete
  5. terima kasih sangat Shikin pilih saya sebagai sahabat blogger pilihan Shikin..rasa terharu sangat..dan rasa terharu jugak bila dapat tahu di komen ni ada yang baca blog saya yang tak seberapa ni. Terima kasih sekali lagi. Semoga Shikin sentiasa dimurahkan rezeki especially dari aktiviti blogging ini

    ReplyDelete
  6. aida follower blog ni juga :)
    mau terjah jap.

    ReplyDelete
  7. Sha rajin juga singgah blog Radhia nie..

    ReplyDelete
  8. Eeehhh dah lama tak singgah blog tu. Tak tahu cerita dah hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers