Sunday, July 15, 2018

Panduan elak kemalangan

Image result for aviod accident

Assalamualaikum wbt..
Memang betul malang tak berbau apabila kita kemalangan tapi jika kita berhati-hati dan bertimbang rasa di atas jalan raya, tentu kemalangan dapat dielakkan. Saya nak berkongsi sikit panduan untuk mengelak kemalangan jalan raya daripada berlaku, lebih baik cegah sebelum parah..

SENTIASA pakai tali pinggang kaledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang.
JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.
SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika kita memandu dalam cuaca mendung dan hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan ataupun di belakang. 
Ketika memandu, kita tak dapat nak menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jadi, jangan terlalu bergantung kepada pengguna jalan raya yang lain untuk memastikan keselamatan kita. 
JANGAN pandang secara tepat pada lampu kereta daripada arah yang bertentangan kerana ianya akan menyilaukan mata kita. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu. 
SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan secara tiba-tiba untuk mengelakkan sesuatu contohnya lopak air atau lubang besar di jalan raya ataupun nak elak kon pembahagi jalan ataupun kereta rosak. 
Memandu dalam keadaan cuaca yang buruk terutamanya ketika hujan lebat adalah sangat sukar kerana tayar kereta mungkin akan hilang kuasa tarikan  pada permukaan jalan yang basah. Jadi kita perlu sentiasa berhati-hati dan jangan memandu dengan terlalu laju untuk elakkan daripada terbabas.
Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.
Ketika memandu di jalan raya, sentiasa berjaga-jaga kerana mungkin ada pemandu yang tak berapa peka untuk memandu seperti mengubah lorong dengan secara tiba-tiba dan tanpa memberikan signal.
JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan kita kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Kita kena sentiasa awasi tahap sikap panas baran kita ketika menggunakan jalan raya.
ELAK MEMANDU JIKA KITA BERASA LETIH. Jika kita berasa penat, berhenti dan keluar daripada kereta seketika dan lakukan senaman ringan untuk menyegarkan badan atau menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka. 
Awak dinasihatkan untuk menyelenggara kenderaan dengan baik dengan memeriksa sistem penyejukan,, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. 
Perhatikan kereta di hadapan selama 15 ke 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi berbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya kita boleh menekan brek dengan pantas.
Jika awak nak mengubah lorong, sentiasalah pandang ke belakang menerusi cermin supaya kita tak bertembung dengan kenderaan yang lain dan jangan lupa untuk memberi signal sebelum mengubah lorong awak.
Periksa keadaan tayar kereta kita dengan memastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapatkan pemanduan serta cengkaman pada tayar yang baik. Ia menjamin keselamatan kita ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam keadaan yang buruk. 
Tempat paling selamat untuk kanak-kana ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun perlu ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua dan berhati-hati di jalan raya.


7 comments:

  1. Sangat bermanfaat perkongsian ini..sebagai ingatan kita semua..baik yang memandu kenderaan atau sebagai penumpang..saling berpesan-pesan.

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsian ini.. Kena sentiasa saling mengingati..

    ReplyDelete
  3. tips terbaek. semoga kita terpelihara dari musibah kemalangan jalan raya..

    ReplyDelete
  4. thanks for the all these guides Shikin

    ReplyDelete
  5. tq for sharing, shikin.
    jalan raya ni,kita kena hati2.
    bukan salah kita, tapi kekadang salah org lain, yg sebab kan kita kemalangan.
    aduhai... moga dijauhi lah kan dari malapetaka sedemikian. amin...

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang menarik. Thanks

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya tak kira la dekat mana kita berada sekalipun. kita kena hati hati. Ika dah banyak kali dah kena. Kita kadang tu dah cukup berhati hati dah tapi end up memang org lain yg tak reti berhati hati pergi buat bbukan kat kita. ish emo ah cakap pasal ni huuu T.T

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers