8 tips jimat bajet kahwin

Friday, December 29, 2017

Related image

Assalamualaikum wbt..
Bila sebut aje pasal majlis perkahwinan, mesti dah terbayang dalam fikiran berapa bajet yang perlu disediakan.. Dari belanja hantaran, majlis, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi, mesti akan memeningkan kepala kita dan dah tentu akan dibabitkan dengan keluarga. 

Bila saya belek kat majalah pesona pengantin, saya terjumpa satu artikel yang menarik iaitu tips camne nak jimat untuk bajet kahwin.. So pada sahabat saya yang akan mendirikan mahligai masjid yang indah, bolehlah cuba tips nie agar majlis awak berjalan dengan lancar sekaligus dapat mengelakkan konflik di masa depan..

Image result for saving for wedding

Jangan pentingkan standard - sikap suka berhutang akan memberikan bebanan pada awak sehingga menyebabkan awak dan pasangan tak bahagia. Malah boleh dikatakan ramai pasangan yang terhimpit dengan hutan yang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.

Tetapkan jumlah tetamu - Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput agar awak dapat merancang majlis perkahwinan dengan sebaiknya. Apabila awak dah tetapkan bilangan tetamu, jadi mudahlah awak untuk mengira bajet untuk makanan, doorgift, kad kahwin dan sebagainya.

Menyewa busana perkahwinan - Elakkan menempah pakaian yang baru sebab ada jea perkhidmatan sewa pakaian pengantin yang jauh lebih murah, dan ada juga perkhidmatan yang membolehkan awak menempah pakaian perkahwinan yang baru tapi untuk sewaan saja. Ini bermakna, selepas awak pakai busana nie, awak perlu pulangkan balik kepada butik perkahwinan dan harganya murah sikit berbanding awak beli terus pakaian perkahwinan tersebut. Lagipun awak hanya pakai sekali jea kan, jadi rasa macam rugi andainya awak beli tapi hanya pakai untuk sekali saja..

Awasi perbelanjaan setiap bulan - Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan kita. Jika awak berbelanja secara berlebih-lebihan iaitu kehendak melebihi keperluan, segala bajet yang telah ditetapkan sebelum nie akan berubah dan mungkin akan menyusahkan kita kelak. 

Image result for no credit card

Elak berhutang dengan kad kredit - Kad kredit nie ada baik dan ada buruknya. Jika kita tak pandai nak guna secara berhemah, dinasihatkan untuk tak pakainya. Membayar dengan hanya swipe boleh menyebabkan kita akan hilang pertimbangan dan boros bila berbelanja yang akhirnya akan menyebabkan kita menjadi pening untuk membayar hutang tersebut di penghujung bulan.

Adakan majlis gotong royong - Majlis yang diadakan secara gotong royonh adalah lebih jimat berbanding dengan menggunakan perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana awak hanya perlu mengeluarkan bajet untuk membeli bahan basah, selain daripada itu, awak boleh mengeratkan hubungan silaturahim bersama saudara mara dan juga jiran tetangga.. Barulah nampak meriah majlis perkahwinan awak tue..

Cuba berhenti merokok - Merokok sememangnya amat sinonim dengan kebanyakan lelaki. Semua orang tau yang merokok nie bukan saja tak elok untuk kesihatan tapi ia juga boleh dikatakan membazir duit. Jika awak campur tolak duit yang telah dibelanjakan untuk membeli rokok, mesti awak akan terkejut dengan jumlahnya. Ini kerana duit yang digunakan untuk beli rokok tue jika masuk dalam tabung, dah tentu akan membantu sikit sebanyak penyimpanan belanja kahwin ataupun perkara lain yang lebih bermanfaat.

Membuka akaun khas - Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan awak. Ini dapat memastikan supaya awak tak menggunakan kesemua duit simpanan dan seterusnya berhutang. 

Jadi, mana-mana yang nak kawin tue, bolehlah dipraktiskan tips nie..

10 comments

  1. setuju ! dgn keadaan ekonomi skrg ni kita kena bijak atur perbelanjaan apatah lagi bila melibatkan majlis mcm ni

    ReplyDelete
  2. dah bukak akaun khas dari zaman diploma lagi tapi sampai sekarang tak penuh2 hahahaha

    ReplyDelete
  3. good info... boleh gunapakai nih.. hihi

    ReplyDelete
  4. boleh pakai tips ni kalau nak kahwin nanti..

    ReplyDelete
  5. tips yang bagus,
    tabung tu pun ptt dr skrg kena wat kan walaupun CR takde calon lagi.hehe

    ReplyDelete
  6. Tips menarik . Elakkan berhutang semasa kawin . Lepas kawin lagi nak pakai duit yg banyak

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan semua tips diatas..

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing, sy baru tau ada perkhidmatan utk sewa baju pengantin.. good sharing! :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧