Review : Dorm (2006)

Monday, November 01, 2021

Assalamulaikum wbt...
Inilah kali pertama saya buat review filem daripada negara jiran kita, Thailand.. Filem ini diberi judul Dorm atau dalam bahasa Thailand adalah Dek hor, ditayangkan pada tahun 2006 dan ianya adalah filem seram....


DORM a.k.a. DEK HOR

Mengisahkan seorang pelajar yang bernama Ton Chatree (lakonan Charlie Trairat) yang telah dihantar ke sekolah berasrama oleh ayahnya. Menurut ayahnya, Chatree terpaksa dihantar ke sekolah berasrama ekoran daripada dia selalu tak buat kerja sekolah dan asyik menonton tv sepanjang masa. Sampai saja di sekolah Chatree ditemani oleh guru besar Ms. Pranee (Chintara Sukapatana) dan Chatree diperkenalkan kepada rakan-rakan kelasnya dan kemudian dia mengambil tempat duduk. 

Kemudian, Chatree diperkenalkan oleh lima orang sekawan iaitu Peng, Nui, Sarote, Toei dan Pok. Sebagaimana yang selalu budak-budak asrama buat, mereka berlima menceritakan kisah-kisah seram yang berlaku di asrama mereka, termasuklah cerita tentang seorang wanita muda hamil yang mati bunuh diri dan satu lagi kisah yang popular di kalangan pelajar asrama adalah seorang budak lelaki yang mati lemas di dalam kolam sekolah mereka. Sebenarnya lima sekawan nie cuma nak mengusik Chatree dengan kisah-kisah sebegitu dan mereka lebih kuat mengusik Chatree ingin pergi ke tandas.. 

Apabila lima sekawan nie berjaya mengusik Chatree, dia berasa sangat sedih dan mula mengenangkan keluarganya. Tapi Chatree tak mahu balik ke rumah kerana ada satu rahsia yang dia sembunyikan.. Kemudian, semasa Chatree mengelamun, dia didatangi oleh seorang pelajar lain iaitu Vichien (Sirachuch Chienthaworn) dan akhirnya mereka berdua menjadi kawan rapat. 

Pada satu hari semasa semua pelajar sedang menikmati makan malam, Chatree mendapati Vichien tidak ada di mana-mana dan setelah dia menyiasat, akhirnya dia mendapati satu rahsia besar yang melibatkan Vichien. 

Rahsia itu adalah Vichien sebenarnya adalah roh hantu budak yang lemas yang kisahnya diperkatakan di seluruh sekolah..!!

Pada mulanya Chatree menjadi takut kerana selama ini dia berkawan dengan hantu tapi lama kelamaan dia berasa kasihan pada roh Vichien yang terperangkap di kawasan sekolah. Apakah yang menyebabkan roh Vichien terperangkap di situ..? Dapatkah Chatree membantu rakannya untuk pergi ke alam roh..?

Walaupun kisah ini adalah kisah seram tapi sebenarnya ianya takdelah seram mana pun, sebab dalam filem ini ada pelbagai babak kelakar yang diselitkan. Sebagai contoh, Vichien bertanya pada Chatree yang pertama kali Chatree terkencing di atas katil dan secara kebetulan anjing-anjing yang berada di kawasan sekolah menyalak. Rupa-rupanya semua itu adalah kerja Vichien dan mereka berdua ketawa bersama-sama. Filem ini berkisahkan tentang persahabatan, jika ada sahabat kita dalam kesusahan, kitalah yang patut memberikan bantuan kerana nilai sebuah persahabatan ini tak terbatas.. 



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

  1. cerita Thai ni kalau seram tu mmg buat tak senang duduk tapi memang best kan

    ReplyDelete
  2. biasa kalo cite thai seram dia mmg dasat.. mmg xleh nk tgk.. haha
    jalan cite ni mcm best.. nt ade keberanian blh layan walaupon xseram sgt.. hihi

    ReplyDelete
  3. lama tak tengok cerita thai seram, baca ni macam nak cuba tengok pula

    ReplyDelete
  4. Alamak seram la shikin rakit nak tgk

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧