Pengalaman sendiri divaksin | Vaksin CoronaVac

Friday, July 23, 2021


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, setelah menanti lama daripada MySejahtera, akhirnya yang dinanti-nanti muncul jugak akhirnya iaitu tarikh untuk divaksinasi...

Perasaan menunggu tue...?

Macam kita menunggu results exam tue, jadi macam tue jugaklah perasaan saya ketika menunggu.. Apatah lagi bila melihat rakan-rakan opis dah mula ramai divaksinasi, rasa berdebar-debar untuk menunggu tarikh tue semakin memuncak.. Lepas tue, ada rakan saya bagitau yang saya perlu kemaskini alamat rumah, dan mungkin selepas tue, akan muncul tarikh untuk divaksinasi..

Selang dua hari saya akan mengemaskini alamat rumah dan ianya berhasil.. Pada 10hb Julai, saya telah mendapat satu SMS untuk menyemak MySejahtera Saya mendapat tarikh temujanji untuk divaksinasi dos pertama pada 12hb Julai lepas dan tempat vaksin tue Alhamdulillah dapat dekat dengan rumah iaitu di Movenpick Hotel And Convention Centre KLIA, Kompleks TH Sepang... 

HARI PERTAMA DIVAKSINASI

Jam 8.00 pagi, setelah saya mendaftar kehadiran kerja untuk BDR saya, saya pun mula bersiap-siap untuk ke tempat PPV dengan ditemani oleh hubby.. Memandangkan masa temujanji saya bermula pada pukul 10 pagi, tapi kita disarankan untuk pergi ke PPV lebih  awal bagi mengelak daripada kesesakan orang ramai... Jadi, dalam pukul 9.15 pagi, kami berdua pun bergerak daripada rumah, menuju ke tempat PPV.. 

Dalam pukul 9.40 pagi, kami pun sampai di perkarangan tempat PPV dan hubby saya menunggu di dalam kereta sementara saya menuju tempat pendaftaran... 

Setelah scan QR-code serta scan suhu badan, saya mula menuju tempat yang telah ditetapkan iaitu di HCO A, saya diminta oleh petugas PPV di stesen 1 untuk mengisi borang kebenaran untuk vaksinasi.. Selesai isi borang, saya diberi nombor giliran dan tak sampai 2 minit, nombor giliran saya muncul di skrin dan saya diminta untuk menuju ke stesen 2.. Dekat stesen 2 ini, saya diberi penerangan dan pertanyaan umum daripada petugas PPV, seperti adakah saya pernah dijangkiti atau mempunyai kontak rapat, kerja di mana dan sebagainya... Saya juga diminta untuk memberi kad pengenalan serta perlu menunjukkan tarikh temujanji vaksinasi dalam MySejahtera, kemudian scan QR-Code yang disediakan.. Setelah itu, saya diminta untuk pergi ke stesen 3 untuk berjumpa dengan doktor dan saya diberi nombor giliran yang baru.. 

Sama seperti stesen 2 tadi, tak sampai 3 minit saya duduk, nombor giliran saya muncul di skrin dan saya pun bergerak menuju ke kaunter 1... Dekat kaunter 1 nie, doktor yang bertugas akan bertanya pada kita, sama ada kita ada alergi apa-apa ataupun penyakit yang kita alami, kemudian dia akan menerangkan vaksin yang mana sesuai untuk diberikan kepada kita.. Macam saya, memandangkan saya tak mengalami apa-apa alergi, saya disarankan oleh doktor untuk mendapatkan vaksin CoronaVac atau lebih dikenali oleh orang kita sebagai Sinovac... Doktor juga memberi penerangan kesan sampingan setelah kita mendapat vaksin yang ditetapkan, macam Sinovac nie, kesan sampingan yang kita akan alami adalah bengkak pada tempat suntikan, demam, sakit / lenguh pada lengan, pening kepala, loya, mungkin mengalami kegatalan pada tempat suntikan dan mungkin mengalami ruam pada badan... Doktor juga ada memberi nasihat kepada saya supaya jika saya mengalami demam dalam masa 48 jam seterusnya, saya perlu segera mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran... 

Setelah berpuas hati dengan penerangan daripada doktor, saya terus menuju ke stesen 4 iaitu tempat suntikan vaksinasi dengan nombor giliran yang sama di stesen 3.. Masa ditunggu tak terlalu lama, iaitu dalam sekitar 10 minit, nombor giliran saya mula muncul di skrin iaitu bilik 2.. Di dalam bilik itu, saya diminta oleh jururawat yang bertugas untuk scan QR-Code dan sekali lagi memberi penerangan ringkas tentang vaksin yang saya bakal diterima.. Proses suntikan ini berlangsung tak lama, dalam sekitar 3 minit dan saya pun selesai disuntik.. 

Rasa sakit tak...?

Mungkin disebabkan ubat bius yang diberikan, jadi saya tak merasa apa-apa kesakitan, Alhamdulillah jururawat pun baik orangnya... hihihi... Siap suruh selawat lagi dan masa nak cucuk pun dia baca Bismillah...

Setelah dicucuk, saya terus menuju ke stesen 5 iaitu stesen terakhir.. Dekat stesen tue, saya perlu menyerahkan borang persetujuan tadi dan saya diminta untuk duduk berehat selama 15 ke 30 minit di tempat yang disediakan.. Tujuannnya adalah untuk pemantauan bagi memastikan tiada alahan berlaku setelah disuntik vaksin.. 

Dah berehat selama 30 minit dan takde apa-apa alahan, nama akan dipanggil oleh petugas PPV dan saya diberi kad vaksin serta borang persetujuan tadi dan akhirnya selesai lah untuk suntikan dos yang pertama...

Bagi dos yang kedua pulak, tarikh vaksinasi seterusnya adalah pada 2hb Ogos depan, masa yang sama dan tempat yang sama... 

KESAN SAMPINGAN SELEPAS DISUNTIK VAKSIN

Dah sampai kat rumah, saya terus berehat, makan dan makan panadol...Alhamdulillah, saya tak mengalami demam atau panas badan.. Tapi kesan sampingan yang lain berlaku pada saya iaitu...

  • Rasa mengantuk yang amat, tak kira siang dan malam... Berlaku selama 10 hari selepas vaksin...
  • Rasa lapar berpanjangan.. Pun berlaku selama 10 hari selepas vaksin...
  • Lenguh pada lengan hingga ke leher.. Rasa macam ada batu besar yang diletakkan kat bahu saya, berlaku selama 5 hari selepas vaksin...
  • Pening kepala yang ringan... Pun berlaku selama 5 hari selepas vaksin
  • Rasa gatal-gatal yang ringan pada seluruh badan termasuk kat tempat cucuk... Uihh masa tue, rasa nak garu-garu jea tapi doktor dah pesan supaya jangan garu, cuma boleh usap jea.. huhuhu seksa sangat...
Itulah pengalaman saya untuk dos pertama bagi vaksin CoronoVac... Awak pulak camne..? 

Pada yang masih belum menerima tarikh vaksin, awak sabar yea.. Insha Allah nanti akan dipanggil jugak untuk vaksin.. Sama-samalah kita berdoa agar kita selama daripada kesusahan ini... Aamiin... 

P/S : Mesti awak tertanya-tanya, saya tak ambik gambar ke untuk kenangan...? Jawapannya adalah tak, sebab yang utama, terlalu ramai untuk ambik gambar masa tue, jadi untuk elak daripada bersesak-sesak, saya tak mahu ambik risiko.. Jadi saya putuskan untuk terus balik setelah selesai vaksin...

Hubby saya pun dah selesai cucuk vaksin untuk dos pertama, iaitu pada 16hb Julai lepas, di tempat yang sama dengan saya.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



15 comments

  1. W'salam Shikin,

    Samalah kita dapat vaksin Sinovac juga..
    Kesan sampingan memang seperti apa yang Shikin nyatakan.
    Sampai skrg selera makan x menentu..

    ReplyDelete
  2. Seronok baca pengalaman orang kena suntik.

    ReplyDelete
  3. Akak nebes terus bila dh tau tarikh kena vaksin.. Alhamdullilah semua berjln lancar, dos kedua mggu dpn. Masa lps cucuk vaksin ritu, akak cuma dpt efek lenguh tangan je, lebih kurang beberapa hari. Selain dari tu, x de apa..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak shikin dan setel dah dos pertama. Saya masih menunggu ni hehehe.
    Part bergambar tu pun saya setuju, kalau ramai orang, better balik. Takut jugak ramai ramai tuuu, kan tak pasal pasal mendapat huhuhu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Saya sudah selesai 2 dos.. Dah boleh rentas merentas.. Haha

    ReplyDelete
  6. hai! sy pon dak2 sinovac.. haha..
    haa mmg rmai yg lapar lps cucuk.. termasuk sy.. haha

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah selesai dos pertama. Aien ni haa, masih menunggu lagi belom ada khabar gembira. :')

    ReplyDelete
  8. mmg mengantok nampak dulu..kesan awal dia..sbb parents shida pn dgn dos pertama..smpai rumah berehat lgsg tidur..lama plak tu ^_^

    ReplyDelete
  9. eh samaa lah tarikh 2nd dose kita! Masa dia cucuk tu rasa panas & sakit. Lepastu tangan lenguh satu hari. Esoknya alhamdulillah takde pape. banyak jugak side effect kak shikin. Take care kak shikin & suami :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. dah selesai 1 dos

    ReplyDelete
  11. timm pun dapt jugak sms semlm, ahad ni baru dapat dos yang pertama, harap segalanya dipermudahkan..takut jugak hihi..

    ReplyDelete
  12. Oo side efeknya sama macam adik ipar. Dia balik asyik mengantuk saja, jadi asyik tidur. Tapi Cik TK pulak lepas kena suntikan pertama hari tu side efeknya cuma lengan rasa lenguh 3 hari. Setiap orang ada efek sampingan yabg berlainan. Btw, kita sama geng sinovac!

    ReplyDelete
  13. Tarot juga sudah lengkap 2 dos dengan vaccine Sinovac

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧