Jurnal ini diklasifikasikan sebagai web jvdi..?

Thursday, July 15, 2021



Assalamualaikum wbt...
Lupa nak publish entry jurnal yang nie... 

Baru-baru nie saya menerima satu komen daripada Mamapp yang mengatakan...


Haaa.... jurnal ini diklasifikasikan sebagai web jvdi...??

Pelik jugak.. Sebab kesemua penceritaan dalam jurnal nie takde plak yang melibatkan jvdi, malah dalam iklan adsense pun takde yang keluar mengenai apa-apa mengenai jvdi.. Saya pun duk godek-godek la apa benda yang menyebabkan perkara nie terjadi...

Godek punya godek akhirnya jumpa jugak.. Rupanya ianya berada dalam entri ini


Masa nie, saya buat review dalam bahasa Inggeris, dan ada perkataan gamb|e di dalamnya, mungkin disebabkan perkataan itu, maka ianya diklasifikasikan sebagai web jvdi.. Jadi saya pun ubah semula kesemuanya entri tue dan buat yang baru.. Harap-harap ianya berjaya... 

Tapi kalau tak boleh jugak, saya takleh nak buat apa-apa... 

Lagi satu, dah alang-alang bercerita tentang nie.. Mungkin ada di antara awak dah tau, dan mungkin ada yang tak tahu, yang sebenarnya link jurnal saya nie dah lama kena banned selama-lamanya dengan facebook.. Saya tak boleh nak share link jurnal waima dalam wall sendiri dan fanpage sendiri.. Kiranya nie memang abang Mark tak suka dengan saya dah untuk selama-lamanya...  Dah macam cara untuk saya bagitau dengan admin diorang tapi masih sama jugak... hurmmm

Saya pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya, ada rakan yang bagitau, mungkin ada yang buat laporan tentang link jurnal saya nie, jadi saya tak boleh nak share link.. Pelik jugak manusia nie kan.. Takpelah...

Jadi, sebagai alternatif, saya memang ada buat share tentang cerita baru dari jurnal, cuma kena buat sebegini, taip semua tajuk entri terbaru dan taip www.shikinrazali(.)com.

Sekurang-kurangnya ada yang tau yang jurnal nie ada cerita baru...



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



16 comments

  1. Alahai, jangan putus asa yer...

    ReplyDelete
  2. Macam macam la haii.. Harap shikin x patah semangat ye

    ReplyDelete
  3. Aduhai kena cop jadi laman teruk itu. Hehe akak hendak taip perkataan itu.

    ReplyDelete
  4. ooo.. perkataan tu pun memainkan peranan penting ye. boleh bagi kesan kat blog..

    ReplyDelete
  5. Nak menulis pun kena hati hati sekarang

    ReplyDelete
  6. Memacam facebook ni ya. Haritu nampak juga blogger femes lyssa faizureen ada masalah ginijugak

    ReplyDelete
  7. Iye shikin.. kalau nak mama boleh screenshot. Blog shikinnx boleh nak access kalau dari opis mama

    ReplyDelete
  8. Ohh baru tahu, perkataan pun main peranan jugak eh? Sampai label jvdi site.

    ReplyDelete
  9. senasib la kita kak shikin, tak silap bulan 3 kena banned dekat FB. Nasib baik lah PV tak jatuh teruk. Maunya murung kalau PV heavily affected

    ReplyDelete
  10. Tu la.. Blog rakan-rakan saya yang dah lama tak aktif pun macam-macam keluar dari blog mereka.

    ReplyDelete
  11. Wah sebab perkataan pun boleh beri kesan ya?

    ReplyDelete
  12. Takpeeee. kak ekin idola Ain tau! jangan putus asa. ada je ramai pengikut akak gituuuu. Heee maaf ye baru muncul semula. #Staysafe

    ReplyDelete
  13. nasib shikin jumpa..selesai dah satu masalah utk mamapp masuk blog shikin.. :)

    ReplyDelete
  14. Padan la lama tak nampak update di facebook. Kalau tak memang selalu klik dari sana ja. Hehe

    ReplyDelete
  15. samalah kita sis, link blog kena banned dalm fb, sedih gila..dah buat report pun sama,,bertahun2 dah, emm, redha jer, nasib baik kawan-kawan blog rajin blogwalking terus dari blog, kalau tak mesti xda org nak baca..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧