Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Farhana Jafri

12:00 AM


Assalamualaikum wbt..
Okey, minggu terakhir untuk bulan Januari 2019, minggu nie siapa pulak yang direview..? Jom kita kenal-kenal dengan sahabat saya.. 



Blog Farhana Jafri... Mesra dipanggil Farhana, berumur 28 tahun, berasal daripada Baling, Kedah tapi kini dia menetap di Shah Alam.. Bekerja sebagai pembantu penyelidikan di sebuah syarikat swasta dan jugak seorang blogger separuh masa.. Masih bujang tapi tak available.. hihihi.. 

Persahabatan kami berdua bermula dengan pelbagai segmen dan giveaway yang kami sertai yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.. Farhana nie merupakan salah sorang rakan yang paling supportive dalam memberi komen yang membina dalam jurnal saya dan namanya sentiasa berada dalam carta Top Commentator dalam jurnal saya.. Farhana memulakan sebagai penulis blog sejak tahun 2009  dan apa yang menarik mengenai Farhana adalah dia boleh berkongsi informasi yang mungkin orang lain tak tahu mengenai.. Entrinya nanti saya akan kongsikan pada awak.. Blog Farhana nie adalah tertumpu pada pelbagai review tapi ada ketikanya jugak dia akan menceritakan pengalaman hidupnya..


Antara kisah yang menarik untuk tatapan pembacanya adalah :-


 Lunch Di Pak John Steamboat, E-Curve
 4 Tips Elak Masalah Lupa
 Saif Ali Khan - Putera Raja Bermasalah
 Resipi Medium  Rare Steak Ala Jamie Oliver

Dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca, rugi tau kalu tak singgah..

Kepada Farhana, akak nak ucapkan terima kasih kerana menjadi rakan maya akak yang paling supportive dan sporting.. Akak harap persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhirnya dan semoga ianya terus diberkati oleh Allah.. Akak doakan agar awak sentiasa di bawah lindunganNya dan semoga awak terus akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca.. Akak doakan jugak awak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah dan semoga apa yang awak doakan Insha Allah akan dimakbulkan.. Jangan berputus asa dalam memberi ilmu yang bermanfaat kerana melalui ilmu lah kita dapat menjalani kehidupan kita nie.. Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa dan boleh sembang panjang.. hihihi


Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Farhana Jafri dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. hehehe adik manish ni rajin juga singgah blog CT.. bagus2 kipidap =D

    ReplyDelete
  2. ika suka baca blog farhanna sebab dia banyak buat movie review cerita hindustan hehe.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html

    ReplyDelete
  3. Suka baca review filem yang dibuat Faharnna..

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak shikinnnn! Bulan ni mesti terkeluar dari carta akak sebab tak aktif haha. Terima kasih, insya-allah saya cuba cari masa share dekat blog. May Allah bless you too & Semoga kita kawan sampai Jannah gittew. ❤ 🌸

    ReplyDelete
  5. Tahniah Farhanna.. lama xsinggah blog tu

    ReplyDelete
  6. Farhana punya review semua best-best tu yang suka singgah blog dia tu ❤❤❤

    ReplyDelete
  7. selalu juga singgah blog farhanna sebab ada dlm bloglist mama

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators