Tanda lelaki serius dalam perhubungan

11:33 PM

Image result for love

Assalamualaikum wbt..
Lumrah pada awal perhubungan, lelaki kurang mengambil berat soal hala tuju perhubungan, tapi bila masa berlalu, mereka akan mula memberi perhatian kepada pasangannya. Tapi camne nak tahu sama ada mereka benar-benar serius dalam perhubungan untuk melangkah ke alam perkahwinan... Jom kita semak..

Utamakan keikhlasan daripada kecantikan.
Lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk berebut kembali hati kekasihnya apabila terdapat ancaman daripada pihak ketiga.
Lelaki mula kerap menghantar mesej dan akan berasa tak senang duduk andai mesejnya tak berbalas.
Bila lelaki sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya kerana bukan semua lelaki boleh menitiskan air matanya untuk seorang wanita. Ia cukup membuktikan cintanya terhadap wanita yang dicintainya.
Si dia bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu untuk wanita kesayangan seperti menghiburkan saat wanita kesayangannya berada dalam kesedihan.
Mula menasihatinya demi kebaikan dan janganlah kita beranggapan dia membebel. 
Berasa sensitif dan mudah marah sekiranya kita tak beri perhatian apa yang dikatakan.
Bila seorang lelaki bersifat seperti keanak-anakan semata-mata untuk mendapatkan perhatian wanita yang disayanginya. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hati melayannya lebih daripada orang lain yang pernah awak sayang. Jadi, bila sekali sekala dia merajuk, cubalah pujuknya.
Mula menegur soal pemakaian kita. Si dia akan menegur soal ini kerana dia tak suka penampilan wanita yang dicintainya diperhatikan oleh lelaki lain.
Bila seorang lelaki mula mengongkong kebebasan kekasih hatinya dek kerana perasaan cemburu. Namun jika seorang wanita pandai mengawal, si dia masih boleh berlembut. 
Si dia enggan melayan wanita lain yang tiada urusan penting dengannya.
Si dia memperkenalkan kita kepada ahli keluarganya dan menyatakan yang kitalah bakal isterinya kelak. 

Jadi, adakah si dia benar-benar serius dalam perhubungan..? 


You Might Also Like

9 lovely notes

  1. It's hard to trust people these days, as I am also having a hard time trusting my self.

    ReplyDelete
  2. hmmm... ada juga yang tak serius tapi pura-pura serius....

    ReplyDelete
  3. serius tapi mungkin bukan jodoh. heheh

    ReplyDelete
  4. sha ada trust issue sikit dengan kaum lelaki, susah nak percaya dorang huhu

    ReplyDelete
  5. No 2 tu kalau dah kawen ejulz setuju. tapi kalau belum ejulz x berapa setuju.. :) buat apa nak merebut hati org yg menduakan kita wlaupun kita dah bagi yg terbaek. kalau masa bercinta dh mcm tu, mcm mana nak mengharungi asam garam rumah tangga :)

    ReplyDelete
  6. ada yang betul..ada yang tak betul..huhu

    ReplyDelete
  7. mr.asben aida jenis kurang romantis.
    teringat dulu cara dia nak serius dgn aida, direct aje dia tanya.
    "nak tak serius dgn saya?"
    terkejut aida. sebab dia kata dia tak nak buang masa dgn perempuan yg takde akhirnya.
    dia masa tu dah suka dgn aida, aida terasa nak move forward.
    alhamdulillah... tahun 1999 dia bertanya, now kami dah bahagia.
    memang serius lah kan ha ha aha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet hehe :) Kalau jumpa yang serius tu Alhamdulillah sangat kan sis hee

      Delete
  8. Hmmm.. entahlah mungkin bukan jodohnya lagi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators