Kekasihku kini milik orang..?

Thursday, February 15, 2018



Assalamualaikum wbt..
Entri nie untuk sesiapa yang sedang mengalami alam percintaan tapi musnah di pertengahan jalan. Yea, nak lupakan seseorang yang kita cintai dan sayangi bukannya mudah seperti ABC.. Lebih-lebih lagi kita dah bercinta bertahun-tahun, alih-alih si dia beralih arah dan tinggalkan kita terkontang kanting...

Hati dan perasaan tak boleh dipaksa tapi masalah akan timbul jika berlarutan walaupun tahu si dia sudah ada yang berpunya.. Bak kata omputih, life must go on.. Senang untuk diucapkan tapi susah untuk melakukannya tapi ada jalan untuk kita hindari dari digelar 'perampas'.. 

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..

Selalu kan dengar ayat tue.. Lebih baik kita cari jalan untuk jarakkan perhubungan kita demi menjaga hati semua pihak dan kalu masih buntu, ikutilah tips-tips nie..

Belajar terima hakikat - Inilah perkara pertama sekali yang perlu dilakukan sebaik saja hubungan dengan bekas kekasih berakhir. Bagaimanapun yang menjadi masalah adalah apabila awak masih bergantung harap kepadanya sedangkan si dia dah bahagia dengan pilihan hati. Daripada terus disakiti, lebih baik awak belajar untuk menerima hakikat yang kalian berdua sememangnya tiada jodoh untuk bersama.. Bila awak melepaskan si dia pergi dengan rela hati, Insha Allah hidup awak akan menjadi lebih tenang.

Elakkan berjumpa - Jangan mencari bermacam alasan untuk berjumpa dengannya jika takde benda-benda yang penting kecuali atas urusan kerja semata-mata. Jika berkaitan dengan hal kerja pun, cuba ajak kawan rapat atau kawan sekerja untuk menemani awak supaya takde timbul salah faham ataupun ada berpandangan negatif daripada individu terdekat. Dengan cara nie, jadi takdelah ruang untuk awak berdua dapat bercakap hal berkaitan masa-masa lalu saat awak berdua pernah bersama yang mungkin akan membibitkan semula rasa cinta dalam hati...

Sekat si dia daripada semua laman sosial - Satu lagi cara yang boleh membantu awak secara perlahan-lahan untuk melupakan bekas kekasih adalah dengan menyekat si dia dari menjadi kawan di laman sosial ataupun Whatsapp. Melalui cara nie awak takkan cenderung untuk menghantar kiriman mesej atau mengikuti perkembangannya di laman sosial. Begitu jugak dengan si dia yang dah takde akses untuk berhubung dengan awak kecualilah awak berdua rakan sepejabat.

Luangkan lebih masa dengan rakan lain - Selain keluarga, kawan rapat ataupun istilah sekarang 'bff' antara orang yang sentiasa ada bersama dengan awak ketika waktu senang ataupun susah. Jadi, jangan memendam rasa sorang diri sebaliknya ceritakanlah kepada mereka tentang isi hati awak. Sebagai sahabat, dia lebih mengenali awak dan mungkin dia ada cara untuk memberi nasihat supaya awak terus positif dan tak lagi bersedih dengan kegagalan pada percintaan..

Sibukkan diri dengan kerja - Selain melupakan, bukan mudah juga untuk mencari pengganti si dia lebih-lebih lagi jika awak seorang yang setia pada cinta. Untuk itu, sibukkanlah diri awak dengan kerja-kerja hakiki kerana itulah yang lebih baik daripada terus mengharapkan cinta si dia. Biarkanlah si dia melalui fasa baru bersama pasangannya dengan tenang dan awak pun berhak untuk merasai nikmat bahagia itu sendiri..

Banyakkan amal dan ingat pada Allah - Bagi seorang Muslim, inilah jalan terbaik untuk awak, sentiasa bersangka baik dengan Allah dan percaya pada Qada' dan Qadar Nya.. Semua yang terjadi pada awak ada hikmahnya di sebalik yang tersurat.. Jika masih bersedih dengan kegagalan, ambiklah air wuduk dan buat solat taubat untuk tenangkan jiwa lara kita tue.. Sentiasa basahkan bibir awak dengan kalimah-kalimah Allah atau paling minima, selalulah berselawat ke atas Rasulullah SAW dan bacalah doa Nabi Yunus AS, 

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظّالِÙ…ِÙŠْÙ†َ

Insha Allah, hati awak akan menjadi lebih tenang.. 


10 comments

  1. good sharing..mcm terkena pulak dgn situasi cikyan skg ni..hmmm...frust mak nak !

    ReplyDelete
  2. betul tu. bkn senang nak lupakan.. mmg xkan dpt lupa la.. haha.. tp yg penting ingat ada org lain yg lebih menyayangi kita.. :)

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Dr Amalina Bakri Dedah 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris

    ReplyDelete
  3. betul tu, firstly kena terima hakikat dulu baru senang nak pergi ke next step.

    ReplyDelete
  4. Kena redha la kan.. Macam kak shikin tulis tu bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor..
    Pada husniey tiap yang terjadi tu pasri ada hikmahnya.. Jangan terlalu bersedih pasti ada kegembiraan nanti kalau kita sabar dan redha

    ReplyDelete
  5. paling penting yg last skli tu

    ReplyDelete
  6. betul tu.. bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..

    ReplyDelete
  7. Sejujurnya bukan senang nak melupakan. Tapi apakan daya dah tiada jodoh. Jalan penyelesaiannya banyakkan buat aktiviti dan tidak keseorangan. Confirm tak akan ingat dah. Kumbang bukan sekor huhu

    ReplyDelete
  8. Memang sukar jika Masih sayang tapi cubalah move on

    ReplyDelete
  9. Memang susah nak move on bila kita dah mula sayangkan seseorang cuma itulah kita kena redha la kan 🤔

    Gud sharing

    ReplyDelete
  10. Nak move on tu depends dekat individu tu sendiri. Kalau dia berjaya move on. Yang lain pun akan senang utk dia. Thanks for sharing kak hee

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧