Demam bola VS demam exam

Monday, July 02, 2012



















Assalamualaikum, 
Demam bola sudah pun berlalu dan akhirnya kita sudah mengetahui siapa pemenang Euro Soccer....Aku sebenarnya kurang berminat dengan sukan bola sepak ini tetapi aku tertunggu-tunggu sukan Olimpik yang akan diadakan tidak lama lagi... Siapa agaknya atlet kita yang berjaya membawa pulang pingat emas Olimpik?? Bukan senang hendak dapatkan gelaran juara dunia, bukan? Apapun aku akan sentiasa mendoakan kejayaan mereka.... Di pejabat aku pula sedang dilanda demam peperiksaan KPSL di mana semua rakan-rakan aku yang gred 17 akan mengambil peperiksaan KPSL untuk kenaikan pangkat ke gred 27... Aku? hehehe bukannya aku tidak mahu ambil peperiksaan KPSL tetapi otak aku ini kurang berminat hendak membaca buku-buku berkaitan dengan undang-undang.. Kali pertama aku mengambil peperiksaan KPSL pada 3 tahun lepas dan rasanya aku mahu menangguhkan lagi peperiksaan itu... Bukannya apa, bebanan kerja yang berlambak memaksa aku untuk terus bekerja hingga aku tiada masa untuk membaca kesemua sukatan peperiksaan... Letih.... Kerja aku ini memang banyak cuma kadang-kadang sahaja perasaan malas ini sahaja yang datang dalam diri ini.... Macam mana hendak buat ianya hilang dari diri ini?? Puas aku rujuk mana-mana sumber rujukan tetapi tidak jumpa, akhirnya terlintas di fikiran bahawa amal ibadat aku berkurangan sebab itu ada timbul perasaan malas bersinggah dalam diri aku ini.... Ya Allah, Engkau berikan petunjuk dan hidayah kepada diri hamba-Mu yang dhaif ini... Amin Ya Rabbal Alamin...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧