Diari harian

Saturday, July 14, 2012


Assalamualaikum, 
Semalam aku akui memang aku emosional sedikit pasal semalam... Bukan setakat semalam sahaja, tetapi memang jalan Dengkil-KLIA itu sememangnya mempunyai ramai pemandu yang KURANG AJAR.....Tetapi hari ini aku akan turun balik perasaan marah aku, sebab aku tidak mahu mengganggu prestasi kerja mingguan aku... Apa lagi jika bukan basuh pakaian, kemas rumah dan sewaktu dengannya....hehehehe... Wah... kita semakin menghampiri bulan Ramadhan, jadi aku terasa amat gembira sangat dengan ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat dan berkat ini... Pada rakan-rakan yang menunaikan umrah di bulan Ramadhan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Umrah dan aku harap agar kalian dapat keberkatan daripada Allah.....


Kucing aku Si Kecik nampaknya sudah semakin sembuh dari sakit meroyan... Kasihan dia kerana kehilangan anak-anak dia yang pertama... Tetapi bukan dia sahaja yang kehilangan, kucing peliharaan kawan aku di office juga kematian anak-anak kucing yang seramai 7 ekor yang kesemuanya berwarna hitam, macam si ibu.... Memang betul apa yang makcik di kedai makanan kucing itu berkata, sekarang ini kesemua anak-anak kucing akan mati dan tidak diketahui apa penyakitnya kerana pihak veterinar sedang menyiasat kes ini....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧