Tanda penyebab keputihan di kalangan lelaki

Wednesday, September 23, 2020


Assalamualaikum wbt..
Biasanya yang kita dengar keputihan berlaku di kalangan wanita, tapi lelaki juga mengalami keputihan..  

Haaa... Biar betul...? Lelaki mengalami keputihan..? 

Sebenarnya, cairan yang keluar daripada organ intim lelaki adalah cairan pra ejakulasi yang berwarna jernih. Keadaan akan menjadi tak normal apabila cairan bertukar warna kekuningan atau kehijauan. Adakah cairan daripada organ intim lelaki menjadi tanda berlakunya jangkitan atau penyakit tertentu..? Macamana boleh terjadi keputihan di kalangan lelaki..? Apakah penyebab berlakunya keputihan di kalangan lelaki..? Jom kita selidik..

Jangkitan Gonorea - Cecair yang keluar dan diikuti rasa sakit boleh menjadi tanda kepada penyakit ini. Malah, gejala ini kerap muncul pada lelaki ataupun wanita di mana apabila seseorang itu membuang air kecil, akan timbul rasa sakit dan terdapat cairan kental seperti nanah berwarna kuning atau hijau pada organ intim. 

Prostatitis - Ia keadaan apabila prostat mengalami keradangan dan pembengkakan sehingga lelaki itu merasa sakit ketika membuang air kecil. Malahan, air kencing akan menjadi pekat atau mengandungi darah.

Smegma - Ia adalah kumpulan cairan atau kotoran yang berkumpul di bawah kulit organ yang menjadi penyebab keputihan pada lelaki. Kumpulan kotoran ini membentuk smegma yang kerap dijadikan tempat bakteria untuk membiak dan menjadi balantis. 

Balantis - Ia adalah keradangan yang berlaku pada kulit bahagian intim dan menyebabkan prostat terasa sakit. Seterusnya ia juga membuatkan bahagian prostat menjadi gatal dan keluar cecair yang berbau dan berdarah.

KEBERSIHAN DALAM PENGGUNAAN SELUAR DALAM

Salah satu faktor yang menjadi penyebab munculnya keputihan adalah penggunaan seluar dalam. 
  • Pastikan awak tak guna seluar dalam lebih daripada satu hari untuk mengelakkan bakteria menempel. Biasakan diri awak untuk menukar seluar dalam sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Pastikan awak mencuci bersih pada bahagian prostat selepas membuang air kecil, kemudian gunakan tisu bersih untuk lap sehingga kering pada bahagian intim. 
  • Jangan gunakan seluar dalam yang terlalu ketat terutamanya di bahagian kelangkang.
  • Apabila selesai bersama dengan isteri, segeralah bersihkan bahagian intim awak untuk mengelakkan cairan kelamin menempel dan berlaku jangkitan. 

Semoga ianya menjadi panduan kepada semua lelaki, jaga kesihatan diri.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. mati mati igtkan perempuan saja suffer dari keputihan, lelaki pun ada juga masalah yg sama eh .thank you sharing info kak shikin

    ReplyDelete
  2. baru first time dgr lelaki pun ada keputihan rupanya ye.. tq shikin for sharing

    ReplyDelete
  3. wah..baru tahu laki pon ada masalah ni...thanks kak share

    ReplyDelete
  4. Ada jugak ek..hehe.. ya betul, spenda kalau kering, boleh halang pembiakan microbes especially bacteria, sebab memang fav dia tempat lembab2

    ReplyDelete
  5. ooooo..laki pun ada keputihan..nice info..dtg singgah sambil klik2 cing2 dia :)

    ReplyDelete
  6. oo..firstime tau lelaki pun ada masalah keputihan camni. gud sharing

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧