Tips Penjagaan Aksesori Mutiara

3:27 PM

Sumber gambar dari Google Images

Assalamualaikum wbt...
Sapa yang kat sini suka pada aksesori mutiara..? Cantik kan bila dipakai...

Awak tau tak mutiara pernah digelar sebagai 'Queen of Gems' iaitu ratu kepada permata-permata berikutan sejarahnya yang pernah menjadi permata paling mahal di dunia. Terdapat dua jenis mutiara dijual di pasaran iaitu mutiara air laut dan mutiara air tawar. Kebiasaannya, mutiara air laut adalah lebih mahal, lebih cantik dan selalu menjadi  daya tarikan oleh pembeli. Mutiara mempunyai bentuk yang unik serta kilauannya yang tahan lama jika penjagaannya adalah betul. 

Tapi jika aksesori mutiara tak dijaga dengan baik, mesti kilauannya pudar.. Jom kita ikuti tips-tips dalam penjagaan aksesori mutiara agar ianya sentiasa berkilau cantik... 

  • Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur. 
  • Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya. 
  • Kerap membersihkannya dengan kain lembut. 
  • Simpan di tempat yang kering dan gunakan kain lembut untuk membalutnya sebelum disimpan. 
  • Usah simpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya. 
  • Elakkan daripada memakai aksesori mutiara ketika melakukan sebarang aktiviti lasak. 
Semoga dengan tips ini dapat membantu untuk menjaga aksesori mutiara..

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

11 lovely notes

  1. Tengok sahaja. Tidak pernah ada lagi.

    ReplyDelete
  2. belum pernah ada lagi koleksi mutiara, manalah tau ada rezeki suatu hari nanti hehe

    ReplyDelete
  3. Ooo..x boleh kena minyak wangiii...baru tahu ni...
    tq akk share info ni...

    ReplyDelete
  4. Harga mahal tp renyah juge nk menjaga ny ye😁..

    ReplyDelete
  5. sib baik takde mutiara. jenuh jugak nak jaganya 😊

    ReplyDelete
  6. tq sharing shikin :)
    biasa bkn permata..byk aksesori wanita yg alahan dgn perfium sabun dan sebagainya kn..

    ReplyDelete
  7. thank you sharing kak shikin, igtkan warna mutiara akan kekal rupanya boleh pudar klu salah jaga kan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share. Mahal jugak mutiara ni. Dekat rumah ada rantai mutiara

    ReplyDelete
  9. ouh tak sangka pula warna mutiara boleh pudar juga . thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  10. sensitif juga mutiara ni. niice sharing :)

    ReplyDelete
  11. kira susah juga la nak menjaganya ye?

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators