3 cara untuk anak seronok baca buku

Saturday, September 19, 2020


Assalamualaikum wbt..
Adoiii... Susahnya nak suruh anak baca buku... Camne cara nak naikkan semangat anak-anak untuk menjadi lebih minat pada buku daripada gajet...

Jom kita selidik dan amalkan tips ini....

BIASAKAN PEGANG BUKU
Biasakan diri mereka memegang buku dan bermain dengannya sejak kecil. Luangkan masa untuk bercerita tentang buku tersebut kepada anak kita dalam beberapa minit sehari. Gunakan bahasa yang mudah dan bahasa tubuh yang menarik.

Baca buku tersebut di hadapannya. Mungkin anak yang berusia setahun dan ke bawah tidak memahami apa yang kita bacakan tetapi dengan bahasa tubuh yang ditunjukkan dan senyuman yang diberikan menggalakkan anak ini untuk terus mendengar dan sekali gus berminat dengan cerita dan kemudian buku tersebut.

Disini kanak-kanak membina persepsi bahawa melalui buku dia mendapat keceriaan. Lakukan aktiviti ini bersama anak-anak kita setiap hari ataupun sekurang-kurangnya setiap minggu.


GAMBAR BESAR DAN MENARIK
Pemilihan buku amat penting untuk menggalakkan anak-anak gemar membaca. Kanak-kanak sukakan ilustrasi-ilustrasi yang besar dan menarik. Ilustrasi seperti gambar manusia, binatang, acara yang biasa dilihat akan menambat hatinya untuk terus bersama buku tersebut.

Jadi, pilihlah buku yang mempunyai gambar yang besar, menarik, biasa dilihat dengan penerangan yang ringkas. Selain itu, penggunaan bahasanya biarlah yang mudah dan dekat dengan hati dan pemikiran anak-anak kita. Penumpuan kanak-kanak tidak lama, jadi memadai dengan memilih buku yang sedikit halamannya.


TUNJUKKAN KESERONOKAN
Titip keseronokan dalam penceritaan buku tersebut. Membaca bersama mereka. Anak-anak amat suka mendengar cerita. Jadi gunakan minat ini untuk menggalakkan mereka minat kepada membaca. Tunjukkan apa yang dibaca dan pastikan mereka sedar apa yang sedang berlaku dengan menunjukkan gambar dan melibatkan mereka dalam penceritaan.

Minta pendapat mereka atau minta mereka meneka apa yang mungkin berlaku selepas ini. Jangan lupa untuk memberikan mereka pujian setelah tepat meneka. Galakkan dalam bentuk pujian amat digemari kanak-kanak (reinforcement). Aktiviti seringkas ini akan mendorong minat mereka untuk terus membaca.

Apabila mereka merasai keseronokan membaca, mereka pasti akan menanti-nantikan saat ini. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin keluarga. Rutin yang dilakukan ini akan membentuk persepsi positif dan minat anak-anak terhadap membaca.

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. Memang anak-anak buah suka suruh baca buku yang bergambar.
    Kenalah tiru suara lain.

    ReplyDelete
  2. semua pun perlu bermula dari kita ibu ayah kan syikin , tips yang amat baik yang di kongsikan

    ReplyDelete
  3. anak sulung saya walaupun lelaki, suka baca buku.. tapi yang nombor dua tu susah sikit..huhu

    ReplyDelete
  4. Memilih buku dengan ilustrasi menarik dengan banyak warna terbukti efektif disukai anak-anak dan jadi pengasah imajinasi yang baik.

    Salam dari negeri seberang.

    ReplyDelete
  5. betul, yg penting jgn bagi handphone

    ReplyDelete
  6. bwtul tu..tips yg menarik..anak2 ni lebih suka gadget dr buku..jd dar awal mak ayah kena pupuk minat tu dr kecil..

    ReplyDelete
  7. melentur buluh biarlah dari rebungnya.. dari kecil lagi dah kena ajar mereka pegang buku. ibu bapa pun kena main peranan. Sama2 membaca juga.

    ReplyDelete
  8. Maklumat yang sangat berguna.


    Saya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
    Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
    Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Shikin atas perkongsian ini..
    Kanak-kanak suka baca buku bila kita ada sama dengan mereka.
    Bila anak dah besar diaorang sendiri tentukan genre buku kegemaran mereka.
    Takpe asalkan ada minat memnaca di samping pemantauan ibubapa kann..

    ReplyDelete
  10. sememangnya lebih menarik kalau ada gambar dan besar pula gambarnya tu

    ReplyDelete
  11. nanti ada anak nak ajar baca buku ...bagus buku ni :)

    ReplyDelete
  12. lebih baik biasakan anak kecil dengan buku drpd pegang phone. nice sharing :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧