Review : Flight 7500 (2014)

Saturday, September 05, 2020


Assalamualaikum wbt..
Okey, review time.. Kali nie saya nak kongsikan dengan awak satu filem supernatural horror Amerika..  Filem ini diarahkan oleh pengarah Jepun Takishi Shimizu dan filem ini ditayangkan pada tahun 2014.. Apakah filem tersebut...?

Jom...


Flight 7500
Mengisahkan sebuah kapal terbang Boeing 747-300, Vista Pacific Airlines Flight 7500 yang berlepas daripada Los Angeles, Amerika menuju ke Tokyo, Jepun. Setelah beberapa jam kapal terbang ini berlepas, tiba-tiba berlaku pergolakan di udara dan kapal terbang ini mula tidak stabil..

Setelah kapten kapal terbang Captain Pete (Jonathon Schaech) dapat mengawal kapal itu, maka pramugari yang bertugas Laura (Leslie Bibb) dan Suzy (Jamie Chung) memulakan tugas mereka untuk menenangkan penumpang di samping menghidangkan mereka minuman. Secara tiba-tiba, salah seorang penumpang misteri yang bernama Lance (Rick Kelly) mengalami serangan panik akibat daripada pergolakan tadi dan dia dibantu oleh pramugari serta penumpang Brad (Ryan Kwanten) dan Rick ( Jerry Ferrara). 

Tetapi malangnya Lance meninggal dunia, dan mayatnya ditempatkan di kelas pertama, sementara semua penumpang kelas pertama dipindahkan ke kelas ekonomi. 

Setelah mayat Lance ditempatkan di kerusi dan diikat dengan tali keselamatan, Laura mula kembali dengan tugasan menghidangkan minuman kepada penumpang. Laura yang mengalami kejutan akibat kematian penumpang, terjatuh berhampiran dengan kerusi yang diduduki penumpang itu, dan masa itulah dia perasan yang botol air yang berada di dalam poketnya mula mengecut.. Laura memberi amaran kepada semua penumpang supaya mereka memakai tali pinggang keselamatan dan setelah itu kapal terbang mula mengalami kerosakan skali lagi dengan tekanan dalam kabin mula jatuh.. Topeng oksigen mula jatuh pada penumpang, dengan kehadiran dengan asap nipis.. 

Brad mula perasan yang kekasihnya Pia (Amy Smart) tidak dapat menggunakan topeng oksigen, lalu diberikan kepada Pia.. Kemudian Brad nampak seorang ibu dan seorang anak perempuan, tidak sedarkan diri, dan dia membantu mereka berdua memakai topeng oksigen.. Apabila ditoleh ke tempat duduk Pia, Brad mendapati Pia telah pengsan dan dia memakai topeng oksigen tambahan dan mula memberikan oksigen kepada Pia.. 

Setelah kapal itu mula stabil, perkara pelik mula berlaku, seperti kehilangan seorang demi seorang penumpang kapal mula hilang.. Brad dan Rick mengesyaki apa yang berlaku dalam kapal itu ada kaitan dengan Lance dan mereka mula menyiasat barang yang ditinggalkan Lance.. 

Apakah barang yang ditinggalkan Lance..? Dan adakah semua penumpang dan anak kapal selamat sampai di Tokyo..?

Filem nie kalu tak tengok secara serius, memang tak faham dengan jalan cerita tersebut.... Kerana terdapat banyak watak di dalam filem ini tapi kesemua watak ini ada kaitan dengan antara satu sama lain... Apa yang saya perasan, filem ini ada persamaan sedikit dengan kisah tragedi Helios Airways Flight 522 yang berlepas daripada Larnaca, Cyprus ke Prague, Republik Czech.. Kisah Helios ini memang agak pelik dalam tragedi kapal terbang dan ianya pernah ditayangkan di dalam filem dokumentari Air Crash Investigations

Tapi apapun filem ini takdelah seratus peratus mempunyai persamaan dengan tragedi Helios dan filem ini memang best untuk ditonton.. Walaupun ending filem ini agak tergantung tapi rasanya kita dapat agak apa yang terjadi pada para penumpang dan anak kapal.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



12 comments

  1. Nanti zumal nak tengok juga la. Sebab nampak menarik juga

    ReplyDelete
  2. byk watak mmg pening nak tgk kan, tapi klu ada similarity dgn true story even tak fully, still seronok nak nonton... kan?

    ReplyDelete
  3. menarik jugak review, boleh tengok nanti ni

    ReplyDelete
  4. wah pengarah pun jepun best ni , apalah yang sebenarnya jadi . terrrorist ke ? ke seriel killer , hehe terexcited pula

    ReplyDelete
  5. alamak, sakit perut la tgk cite macam ni

    ReplyDelete
  6. cite ni unsur misteri eh. nampak macam menarik je

    ReplyDelete
  7. Pandai diorg buat plot cerita..tp seram gak klu ade mayat dalam kapal terbang..😂

    ReplyDelete
  8. sorang2 hilang. saspen juga movie ni..

    ReplyDelete
  9. macam menarik je sinopsis movie ni. inspired dari true story pulak tu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧