Tips Kekeluargaan

Monday, September 14, 2020


Assalamualaikum wbt...
Kali nie saya nak berkongsi tips kekeluargaan dengan awak.. Jom kita semak dan cuba praktiskan.. 

Hargai ibu bapa
  • Selalu telefon apabila berjauhan.
  • Jangan lupa kirim wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja). 
  • Beri hadiah pada hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa Dan hari lahir). 
  • Cium tangan ibu bapa. 
  • Apabila sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana mereka rindu untuk bertemu cucu. 
  • Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah. 
  • Pulang apabila mereka sakit. 
Hargai Suami
  • Selalu berikan senyuman.
  • Berhias untuk suami. 
  • Masak masakan kegemaran. 
  • Minta pandangan suami jika ada masalah. 
  • Selalu urut suami.
  • Menjaga maruah suami. 
  • Puji suami di depan keluarga atau orang lain. 
  • Beri hadiah hari lahir. 
  • Pandai mengambil hati. 
  • Selalu memberi sokongan apabila suami ada masalah. 
  • Membina hubungan baik dengan keluarga suami. 
  • Mohon maaf dengan suami sebelum tidur. 
Hargai Isteri
  • Ingat tarikh penting bersama isteri (ulang tahun perkahwinan, hari lahir).
  • Ingat tarikh lahir anak. 
  • Bantu isteri melakukan kerja rumah. 
  • Ungkapkan kata cinta sebelum tidur. 
  • Selalu beri pelukan dan ciuman. 
  • Membina hubungan baik dengan keluarga isteri. 
  • Ucapkan terima kasih apabila bersama. 
  • Selalu memberikan kejutan menggembirakan. 
  • Selalu berpenampilan segak (isteri dipuji apabila suami bagus). 
  • Memberikan kemaafan. 
  • Panggil isteri dengan panggilan yang manja. 
  • Puji isteri depan anak dan keluarga. 
  • Berikan hadiah apabila isteri melahirkan anak. 
Hargai anak
  • Selalu beri pujian ikhlas.
  • Galak anak melakukan yang terbaik. 
  • Beri hadiah atas kejayaan anak walaupun kejayaan kecil. 
  • Selalu beri pelukan dan ciuman. 
  • Sekali sekala puji anak di depan orang lain. 
  • Hadirkan diri pada acara, pertandingan atau peraduan disertai anak.

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal


9 comments

  1. Selalu terlupa hendak hargai ibu bapa.

    ReplyDelete
  2. betul ,tiap hari lah phone kan bila berjauhan and tak miskin pun kita klu bg duit dekat parents :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..nieyl walaupun dah berkahwin, parent nieyl duduk dgn nieyl..
    kami semua isteri jaga mereka :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah :) saya kalau berjauhan dgn ibu bapa pun tetap rajin kol mereka

    ReplyDelete
  5. Saling menghargai itu sangat penting.

    ReplyDelete
  6. bagus tips nih..ada diantara dalam senarai tu shida buat dan selalu buat :)
    tq shikin :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian..nampak simple tapi besar maknanya pada yang dihargai tu kan

    ReplyDelete
  8. thanks for the sharing! Walaupun ada certain perkara itu nampak simple, yang simple itu lah yang membuatkan hati makin sayang dan ubat kerinduan sebenarnya

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧