Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Abam Kie

Tuesday, January 02, 2018

http://starlavenderluna.blogspot.com


Assalamualaikum wbt.. 
Sempena di tahun baru nie dan bermula dari hari nie, saya akan buat review blog setiap dua minggu sekali.. Tujuannya adalah kita dapat mengenali rakan-rakan yang lain dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita, selain tue, dapat naikkan trafik blog.. hihi kan.. 

Takde kriteria khas untuk pemilihan nie kerana saya akan buat review untuk semua orang, cuma awak kena sabar sikit untuk dimasukkan dalam review saya.. hihi.. Tapi apa yang penting, blog yang saya nak review nie adalah blog yang aktif, tapi bukanlah bermaksud hari-hari kena update, sebab saya faham dengan tugasan masing-masing yang kadang kala tak mengizinkan untuk buat update.. Blog yang aktif adalah blog yang tak dibiarkan sepi tanpa entri untuk setahun lamanya, maksudnya kalu awak update blog sebulan sekali pun takpe, asalkan entri awak bukannya entri setahun yang lepas.. okey.. Senang jea kan kriteria saya.. 

Okey, orang pertama yang bertuah untuk di review blog adalah dari kalangan team #bpt sendiri.. Team Blogger Pantai Timur.. Hihi nak promote sikit la kiranya.. Orang yang terpilih adalah 

http://www.zukidin.com



Blog Abam Kie.. Seorang guru bahasa Inggeris sekolah menengah yang berasal dan menetap di Tanah Merah, Kelantan.. Mempunyai ramai followers iaitu lebih dari 1k followers dan mempunyai banyak entri yang bermanfaat kepada semua, tak kira umur..  Contohnya camne nak ✉belajar forex dengan trading coach ataupun dia ada jugak bagi ✉nasihat kepada ibu bapa murid Tahun 1 ..

Abam Kie nie jenis yang multiple tau, bukan saja dia tuliskan entri yang bermanfaat, dia selalu support dan join Giveaway atau Segmen daripada blogger yang lain, malahan dia jugak penah buat Giveaway untuk semua, contohnya SPM Fever Giveaway.. Abam Kie merupakan salah sorang ahli team Blogger Pantai Timur dan dia seorang yang peramah.. Walaupun tak bersua wajah tapi selalu bertegur sapa dalam group whatsapp dan ada jugak dia tinggalkan komen kat blog-blog yang dia singgah..  Abam Kie nie suka menulis dalam blog semasa ada free time dan ianya salah satu cara dirinya untuk menghilangkan stress dalam kerjanya.. Yealah, jadi seorang guru pada zaman sekarang nie cabarannya lebih besar lagi tanggungjawabnya kan.. Di samping tue, dia juga tengah buat laman web untuk melengkapkan dirinya dengan metodologi TESL terkini.. Huihh bukan senang tue TESL.. So sapa-sapa yang nak belajar bahasa Inggeris dengan tepat, bolehlah bertanya dengan Abam Kie.. 

Image result for blogwalking
Jom kita singgah di blog ABAM KIE.. 

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu

25 comments

  1. Salam Syikin,

    Bagus review begini at least pembaca kenal siapa tuan di sebalik sesebuah blog itu. 😊..

    ReplyDelete
  2. abam kie ni bagus. rajin balas kunjungan. so tak rugi kalau gi buat bw kat blog dia..

    ReplyDelete
  3. wah , tahniah abam kie ..review pertama oleh kak shikin ,hehe

    ReplyDelete
  4. Orang pertama abam kie. Tahniah abam kie

    ReplyDelete
  5. bestnya jadi orang first! haha dah lama follow abam kie

    ReplyDelete
  6. abam long kita dalam BPT kan hihihihi

    ReplyDelete
  7. Huyoooo abang long dah naik kawasan ni hahaha

    ReplyDelete
  8. As salam. Terima kasih shikin sbb sudi review blog abe kie yg suam2 kuku ni. Abe kie buat blog ni untuk berkongsi pengalaman n cari kenalan blogger. Selain drp tu nk hiburkan hati. Drp suka2 jd minat pulak! Jom kita sokong sesama blogger!

    ReplyDelete
  9. Waaahhh..abe kie 1st..tq abe kie cite pasl sekolah..mklumlah..ank baru masuk sekolh kan..

    ReplyDelete
  10. Wahh Abam Kie jadi orang pertama ni

    ReplyDelete
  11. Waaahhh..abe kie 1st..tq abe kie cite pasl sekolah..mklumlah..ank baru masuk sekolh kan..

    ReplyDelete
  12. Kan.. bagus. Kalau berkesempatan nak buat jugak la. 😁

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas review Kak~ sy pun kenal Abam Kie mcm tue ja, baru tau rupanya guru BI hehe~

    ReplyDelete
  14. wow... nicw sg=harung ikin... jom terjah blog a.kie

    ReplyDelete
  15. tahniah abam kie terpilih... Bagusnya entry macam ni, sedikit sebanyak kita boleh kenal blogger lain dari kacamata seorang sahabat. Gittuee. hihi

    ReplyDelete
  16. Review yang mengancam.. tahniah shikin..

    ReplyDelete
  17. hai abam kie...
    pun pernah aida klik ke blog abam kie.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧