Saturday, January 06, 2018

Tutorial : Buat scroll untuk bloglist

https://starlavenderluna.blogspot.com

Assalamualaikum wbt..
Lama rasanya tak buat tutorial, kan.. Ianya sesuai untuk awak yang baru saja masuk dalam dunia blog dan tutorial sememangnya diperlukan kerana dengan tutorial, awak boleh mencantikkan lagi blog awak, di samping tue, masa untuk loading blog pun cepat.. 

Kali nie, saya nak berkongsi ilmu pada awak, cara-cara untuk buat scroll untuk 'blog archieve' dan 'bloglist'.. 

Selalu bila kita buat blog, mesti kita akan letak 'blog archieve' atau dalam bahasa Melayunya 'Arkib Blog'.. Sebab utama kita kena letak 'blog archieve' nie adalah untuk memudahkan sesiapa yang singgah di blog awak, mereka boleh baca entri awak yang lain.. Bila kita buat blog mesti kita akan dapat widget sebegini..


http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

Bila jadi camnie, rasa macam panjang pulak list nie dan nampak sedikit berserabut.. Camne pulak dengan bloglist..? Adakah ianya seperti nie..?

http://starlavenderluna.blogspot.com

Panjang betul kan.. Memang awak boleh buat minimize  berbentuk nie, ...

http;//starlavenderluna.blogspot.com

Tapi bila tekan menu 'show all' mesti widget tue panjang semula macam gambar kat atas tue dan mungkin la ada pembaca rimas nak tekan 'scroll' panjang-panjang sebab manusia nie kan bermacam perangai.. 

So, nak buat camne..? Kita boleh jadikan widget-widget nie cantik dipandang...Contohnya macam nie..

http://starlavenderluna.blogspot.com

Ataupun ini ke....

http://starlavenderluna.blogspot.com

Nampak..? Cantikkan.. Senang jea nak buat, awak hanya perlu letak coding scroll box dengan CSS.. "CSS bermaksud Cascading Style Sheets" iaitu style menentukan cara memaparkan elemen HTML.. 

Mula-mula, yang paling utama awak kena selalu buat backup blog awak sebelum nak edit sebarang coding.. 

Langkah pertama, awak pergi ke Theme dan klik pada menu Customize. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Langkah kedua, bila dah klik kat situ, paparan ini akan keluar kat skrin..

http://starlavenderluna.blogspot.com

Langkah ketiga, awak klik pada menu Advanced dan kemudian klik Add CSS.. 

1) Untuk coding blog archive,  awak taipkan coding nie..

#BlogArchive1 .widget-content{height:200px; width:auto;overflow:auto;}


2) Untuk coding bloglist, awak taipkan coding nie..

#BlogList1 .widget-content{height:200px; width:auto;overflow:auto;}

3) Untuk coding label, awak taipkan coding nie.. 


#Label1 .widget-content{height:200px; width:auto;overflow:auto;}


Langkah terakhir, bila awak dah letak coding, klik pada menu Apply to Blog dan lihat hasilnya.. Awak boleh adjust height scroll box mengikut citarasa awak sendiri.. 

Senang kan.. Selamat mencuba..

11 comments:

  1. Singgah

    https://belogsjm.blogspot.my/2016/06/scroll-box.html?m=1

    ReplyDelete
  2. thanksssss sgt shikin ... tutorial yg bagus, terus mrs pip bookmark! hehe.

    ReplyDelete
  3. sha pun buat scroll sebab nampak kemas hihi

    ReplyDelete
  4. Bila letak scroll bloglist ..nampak lgi kemas

    ReplyDelete
  5. aida ni bab coding memang out.
    org buat 5 minit. aida buat lebih 5 jam :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. thanks share..bgus ni,,mmbntu sgt dekat Del

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers