Kayliz - Granola for fitness

2:55 PM

Assalamualaikum wbt..
Rakyat Malaysia sekarang semakin sibuk dengan kehidupan seharian dan kadang kala takde masa untuk menikmati makanan yang berkhasiat.. Apa saja yang nampak depan mata, pasti itulah yang dipilihnya tanpa mengetahui ada kala makanan yang dipilih tue agak berbahaya untuk kesihatan..

Saya nak berkongsi dengan awak satu produk buatan Malaysia dan  ianya amat sesuai sangat pada sesiapa yang takde masa untuk makan makanan berkhasiat... 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Kayliz Gronola For Fitness.. Satu produk berasaskan oat yang sangat berkhasiat kerana terdapat pelbagai bahan alami seperti :-

Image result for oat

Oat ; Oat adalah antara bijirin yang paling sihat di bumi. Oat adalah bijirin bebas gluten dan kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting. Komposisi gandum oat amat seimbang dan sesuai untuk bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan. 

Image result for sweet potato

Ubi keledek (sweet potato) ;  Mempunyai sumber vitamin A yang sangat baik (dalam bentuk beta-karoten). Ianya juga kaya dengan sumber vitamin C, mangan, tembaga, asid pantotenik dan vitamin B6 yang sangat baik. Selain itu, ubi keledek ini juga adalah sumber yang baik untuk kalium, serat makanan, niasin, vitamin B1, vitamin B2 dan fosforus.

Image result for chia seeds

Benih Chia (Chia seeds) ; Ianya adalah makanan yang tertumpu yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protein, serat, antioksidan dan kalsium. Satu auns (kira-kira 2 sudu besar) mengandungi 139 kalori, 4 gram protein, 9 gram lemak, karbohidrat 12 gram dan 11 gram serat, ditambah vitamin dan mineral.

Image result for madu

Madu (Honey) ; Madu boleh menimbulkan tahap antioksidan yang mempromosikan kesihatan di dalam badan. Antioksidan membantu menghalang radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit. Ia juga meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai pencegahan terhadap sebarang penyakit yang melemahkan.


Oleh kerana saya memang suka makan dengan oat, jadi granola nie memang sesuai sangat dengan saya.. Lagipun bahan-bahan yang terdapat dalam granola nie membuatkan saya kenyang dan yang lebih bagus lagi, terasa macam makan biskut di dalam air.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com


Nampak tak biji-biji dalam cawan tue..? Itulah bijirin-bijiran ubi keledek dan bila kunyah-kunyah, terasa macam makan bijirin sarapan yang lain-lain tue.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Granola nie sesuai untuk dimakan bersama dengan susu ataupun yogurt.. Untuk sesiapa yang tak suka pada susu, awak boleh gantikan dengan susu berperisa, macam saya nie, yang tak suka pada susu yang berwarna putih.. Sebaliknya saya makan bersama dengan susu berperisa kopi.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Produk granola nie adalah produk buatan Malaysia tau.. Care Liz Resources adalah syarikat tempatan dari Negeri Sembilan dan bermula operasinya pada 16 September 2015. Syarikat ini mengeluarkan produk berasaskan makanan oat yang menyihatkan dan ianya amat sesuai dengan sesiapa yang mempunyai kehidupan yang sibuk, ahli-ahli sukan dan juga pelajar. 


Harga : RM17.90

Satu lagi yang saya suka dengan granola nie adalah ubi keledek, sebabnya saya memang peminat dengan semua ubi, so memang best sangat produk nie.. 1 pek tue dapat bertahan untuk seminggu tau.. Jadi agak menjimatkan jugak kerana bahan-bahan yang pelbagai dan menyihatkan.. 




Untuk mendapatkan produk nie, awak boleh layari laman facebook rasmi mereka ataupun boleh jugak whatsapp kepada mereka.. PALING PENTING, BELILAH YANG ORIGINAL DAN SOKONGLAH PRODUK TEMPATAN..

Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan, boleh layari :-


Whatsapp : 011-10906902 / 019-6255010

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
#kaylizgranolaoat
#kaylizoat
#granolasedap

You Might Also Like

17 lovely notes

  1. biasa ratah macam tu je.. jarang letak susu atau yougurt

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nk cuba jugak. Sweet potato tu melting😊

    ReplyDelete
  3. Budak-budak pun ramai yang suka ni

    ReplyDelete
  4. Makan saja pun best jugak ni, tengok2 dah habis hiii

    ReplyDelete
  5. Waw.. menarik sangat.. termima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. kalau bagi anak-anakku ni seround dah habis rasanya!hahaha

    ReplyDelete
  7. sedap ke sis? xpnah mkn pon.. boleh try nih.. mcm sedap je.. comel.. haha

    ReplyDelete
  8. tak rugi beli. makan kudapan yang menyihatkan badan

    ReplyDelete
  9. murah harga dia, tengok packaging ingatkan Rm20 - RM30

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak cuba . Kayliez oat boleh buat sebagai menu breakfast lepas ni

    ReplyDelete
  11. nampak sedap. bru nak start mkn oat tahun ni. hehe

    ReplyDelete
  12. Bagus utk diet ni byk.bahan2 yg berkhasiat dlm ni

    ReplyDelete
  13. Berbaloi harganya dengan kuantiti dan kualiti..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Let's Talk (NO SPAMMER)

Top Commentators