Perpustakaan Negara Malaysia sediakan perpustakaan digital | Hanya di hujung jari

Monday, January 01, 2018



Assalamualaikum wbt..
Belum terlambat rasanya saya nak ucap Selamat Tahun Baru 2018 kepada awak suma.. Semoga di tahun baru ini kita semua akan dirahmati dan diberkati oleh Allah.. Sempena dengan tahun baru nie saya nak bukak citer pasal perpustakaan digital..

Sekarang nie kita berada di dalam era digital, jadi Perpustakaan Negara Malaysia jugak tak ketinggalan untuk menggunakan teknologi digital nie..

Kalu awak nak tahu, PNM sekarang dah mengorak langkah lebih maju, nak pinjam buku hanya di hujung jari jea tanpa pegi ke perpustakaan tue sendiri..  Contohnya PNM telah menyediakan 2 cara untuk meminjam buku digital, samada awak boleh buka melalui laman web ataupun download aplikasi kat playstore atau appstore.. 


ELIB PNM adalah salah satu daripada inisiatif PNM sendiri untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca hanya melalui dalam talian, tanpa perlu pegi ke perpustakaan tue sendiri.. ELIB nie disediakan dalam bentuk digital dan banyak buku-buku dalam negara yang awak boleh baca, nak baca novel pun ada, majalah pun ada jugak.. Nak tahu caranya..? Awak baca kat SINI untuk lebih detail lagi...


Overdrive PNM jugak merupakan salah satu inisiatif daripada PNM untuk galakkan orang ramai membaca buku. Yang lebih menariknya, Overdrive nie ada banyak buku-buku luar negara dan kebanyakkannya berbentuk bahasa Inggeris.. So, pada awak yang suka pada buku-buku berbahasa Inggeris, bolehlah sign in kat sini.. Nak tahu lebih lanjut..? Boleh KLIK sini camne caranya nak guna Overdrive..




Payah nak guna lappy..? Jangan risau.. Kat playstore atau appstore pun ada jugak aplikasi perpustakaan digital.. Nama aplikasi nie adalah Libby.. Camne nak guna.. Awak KLIK sini untuk melihat caranya.. 

Tengok, sekarang nie dah takde alasan untuk tak ke library, macam-macam cara dah Perpustakaan Negara Malaysia dah buat supaya rakyat Malaysia membaca walaupun ianya sekadar bacaan ringan seperti komik.. bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Sikit-sikit kita membaca, lama-lama mesti banyak lagi kita membaca... 

Saya malas nak taip panjang-panjang sebab saya dah terangkan dalam blog library.. Bleh la awak try nanti sebab tak rugi tau kalu awak sign in perpustakaan digital nie.. Sebab ianya PERCUMA jea untuk semua.. Sesuai sangat untuk bacaan keluarga dan anak-anak khususnya.. 

#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu


6 comments

  1. Waw menarik. Lebih mudah laa semua dihujung jari. Btw, Selamat tahun baru juga yaa :D

    ReplyDelete
  2. Memang best sangat.. Suka guna Libby dan sekarang nie PNM e-Reader..

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru.

    semoga yg datang semua baik baik sahaja !

    ReplyDelete
  4. this is so cool. seriously cool

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧