Dapat lukisan digital dari blogger Cuya

Tuesday, February 21, 2023

Assalamualaikum wbt.. 
Sebetulnya entri nie patut dah lama keluar ceritanya tapi asyik terlupa sebab duduk kat dalam draf.. Pastu saya ada terbaca satu entri dari blogger Cuya.. 


Bila baca entri tue, baru teringat yang pada 10hb yang lepas, Cuya ada whatsapp saya, katanya dia berhajatkan sesuatu... Dia kata yang dia berhajat untuk membuat lukisan digital untuk saya sebab katanya lagi dia tak pernah lagi buatkan untuk saya.. So, saya cakaplah yang saya takde halangan untuk perkara tue dan Cuya minta gambar saya untuk dilukis.. 

Tapi tue la, bila dah balik rumah, terus terlupa nak reply balik mesej Cuya, esoknya baru balas mesej... Hihihi so sorry Cuya... Lepas send gambar saya untuk dilukis secara digital, tup-tup petang tue, Cuya hantarkan gambar digital tue kat saya..

TADAAA....




Cantik kan lukisan digital nie... 

Rupa-rupanya Cuya nak buatkan segmen secara percuma untuk kita semua dan inilah sedekah Cuya pada kita.. 

So, sesiapa yang nak buat lukisan digital macam saya nie, awak boleh join  SEGMEN PENCARIAN MODEL LUKISAN DIGITAL BY CUYA nie... 

Anyway, terima kasih pada Cuya kerana buatkan lukisan digital untuk akak... Akak doakan yang awak akan terus maju dan cemerlang dalam kehidupan awak dunia dan akhirat..



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧