Terima kasih pada penganjur | Menang hadiah kuiz

Wednesday, July 20, 2022


Assalamualaikum wbt..
Untuk setiap penjawat awam, salah satu untuk mencapai KPI dalam SKT (kini dikenali sebagai SKU) adalah menghadiri kursus sebanyak 5 hingga 7 hari setahun.. Ada yang mengatakan pekeliling ini telah ditangguhkan.. Tapi pihak atasan di tempat kerja mahu terus memberi komitmen pada pekeliling ini, jadi kami perlu menghadiri kursus selama 7 hari setahun...

Walaupun sempadan negeri telah boleh direntas tapi kita masih dalam berkeadaan berjaga-jaga kerana COVID-19 masih berleluasa.. 

Tapi demi mencapai KPI berkursus, terpaksalah saya mencari alternatif lain iaitu menghadiri kursus secara online.. Pelbagai kursus yang telah saya hadir, antaranya kursus jangka pendek dan salah satunya adalah eskplorasi digital anjuran Perpustakaan Negara Malaysia...

Sama seperti kursus sebelumnya, pasti akan ada latihan ataupun kuiz untuk mengukur sejauh mana pemahaman kita sepanjang latihan kursus diberikan.. Yang paling menariknya adalah ada hadiah diberikan jika kita menang sesuatu kuiz.. 

Dan inilah yang saya dapat hadiah hasil kursus yang dihadiri..!!

Hadiah pertama hasil daripada kuiz Eksplorasi Digital @ U-Pustaka : What's New In Odilo yang diadakan pada 20 Jun yang lepas... 


Kalau awak nak tahu mengenai latihan ini, boleh tengok kat sini..


Untuk hadiah kedua ini, ianya adalah kesinambungan eksplorasi digital pada 20 Jun tue.. Ianya adalah hadiah hasil daripada kuiz juga Eksplorasai Digital @ U-Pustaka : Book Club ; Emotional Intelligence yang diadakan pada 6 Julai yang lepas.. 


Untuk latihan nie, saya belum menerima salinan rakaman video daripada pihak pengajur.. Jika dah dapat, nanti saya akan upload dalam Youtube Channel Perpustakaan JBPM (jemput untuk subscribe channel)..

Alhamdulillah... 



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧