Terima kasih pada penganjur | Menang lagi hadiah kuiz

Friday, July 22, 2022


Assalamualaikum wbt...
Kalau dah namanya rezeki kan, memang takkan ke mana... Awak masih ingat pada cerita saya yang nie..?


Selepas saya pergi kursus online pada 6hb Julai lepas, keesokan harinya pula saya sekali lagi pergi kursus secara online.. Sama seperti kursus sebelumnya, selepas selesai penceramah memberi taklimat kursus, pasti akan ada kuiz untuk penentuan pemahaman kita terhadap kursus nie.. Kali nie saya ajak pegawai saya untuk join kursus yang sama untuk memeriahkan lagi suasana kursus.. 

Kebiasaan kursus secara online nie, diorang ada pakai satu aplikasi untuk menjawab kuiz, iaitu menti.com. Apa yang menariknya adalah, kita perlu menjawab soalan yang paling terpantas sekali, kiranya siapa yang menjawab paling pantas, dikira pemenang pada soalan itu... 

Alhamdulillah, saya berjaya menjawab pada soalan yang ke-8.. Sebelum nama saya diumumkan sebagai pemenang kuiz soalan ke-8, ada seorang peserta telah diumumkan sebagai pemenang tapi disebabkan dia memberi jawapan secara banyak kali, jadi ianya tak dikira sebagai pemenang.. Kemudian barulah nama saya diumumkan sebagai pemenang.. 

Hadiah pun dah selamat sampai pada hari Rabu lepas.. Dan inilah hadiahnya...


Alhamdulillah...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧