Keajaiban bunga roselle

Sunday, April 25, 2021


Assalamualaikum wbt...
Mesti ramai yang tak pernah dengar apabila disebut asam susur tetapi bila sebut sebagai roselle, mesti ramai di kalangan kita yang tau kan..?  Sudah terbayang di fikiran akan kesegaran airnya serta kemerahan bunga yang diketahui mengandungi banyak khasiat. Dipercayai, tumbuhan ini berasal dari benua Afrika. Saiz pokoknya boleh mencapai ketinggian lebih kurang empat sentimeter sementara batangnya pula berkayu di bahagian pangkal. Cara menanamnya mudah sama ada menggunakan biji atau keratin dahan. Pucuk dan daun mudanya boleh dituai selepas tiga bulan ditanam sementara kaliks pula boleh dipetik dalam jangka masa 15 hingga 20 hari selepas bunga-bunganya dihasilkan.

Bahan Makanan
Kaliks boleh dijadikan sirap, jem dan agar-agar malah boleh diguna semula selepas dikeringkan dengan betul. Sementara itu, bijinya boleh dipanggang dan sesuai dijadikan pengganti minyak masak. Begitu juga pucuk dan daun muda yang boleh dimakan mentah atau dimasak biarpun rasanya sedikit masam dan berlendir.

Penawar
Rebusan kaliks boleh dijadikan minuman untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolesterol dalam darah selain merawat masalah arteriosklerosis. Bijinya pula ditumbuk hingga lumat kemudian ditelan bagi melawaskan air kencing dan air besar. Dipercayai, biji asam susur ini mengandungi unsure vitamin A, B dan C yang sangat bagus untuk kesihatan mata, sekaligus memelihara kecantikan kulit. Sesuai juga dibuat syampu dan tonik penyubur rambut. Sementara itu, bahagian akarnya boleh direbus dan diminum untuk dijadikan pembuka selera, mengubat masalah ulser usus seterusnya merawat atrteriosklerosis.


Manfaat tumbuhan
Selain bagus untuk kesihatan, tumbuhan ini boleh dijadikan sumber serabut seperti jut untuk dijadikan tali, guni dan industri pemprosesan kertas.


*INFO : Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh. Ia merupakan minuman masyarakat orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Mesti sedap diminum takala berbuka puasa.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

  1. Warna air dan rasa macam air ribena.

    ReplyDelete
  2. Air Roselle pun sedap.. Masam² manis rasanya.

    ReplyDelete
  3. Saya suka campurkan roselle dalam bancuhan teh panas. Sedap!

    ReplyDelete
  4. Banyak kegunaan juga ye buah roselle ni. saya tahu roselle ni buat makanan dan minuman je. Then baru tahu nama lain dia asam susur.

    ReplyDelete
  5. Selalu dgr tp xperna cuba pula 😅

    ReplyDelete
  6. good info kak shikin, thanks for sharing :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧