Rahsia di sebalik kulit kayu manis

Monday, October 19, 2020


Assalamualaikum wbt..
Kulit kayu manis sememangnya sinonim dengan pelbagai masakan, tak kiralah masakan timur mahupun masakan barat.. Kulit kayu manis atau nama saintifiknya Cinnamomum dikenali sebagai bahan yang sangat berguna sejak zaman kuno Mesir lagi..

Ketika zaman kuno Mesir, kulit kayu maniis amat sukar didapati dan amat bernilai sehingga ianya dianggap sebagai hadiah yang hanya sesuai untuk seorang raja. Kini, kulit kayu manis mudah didapati dan harganya pun boleh dikatakan agak murah ketika ini...

Dalam dunia nie, ada dua jenis kulit kayu manis, iaitu kulit kayu manis Sri Lanka atau lebih dikenali sebagai kulit kayu manis 'sebenar' dan kulit kayu manis Cassia. Bau dan rasa pedar kulit kayu manis terjadi berikutan dengan bahagian minyaknya yang amat tinggi dengan sebatian cinnamaldehyde dan saintis percaya sebatian inilah yang bertanggungjawab bagi semua kesan hebat untuk kesihatan dan metabolisme.

Kebaikan kulit kayu manis tak disangkal lagi, selain daripada untuk menyedapkan masakan, ada banyak lagi kebaikan kulit kayu manis.. 

Melindungi tubuh - Kulit kayu manis kaya dengan antioksidan bagi melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Antioksidan yang terdapat dalam kulit kayu manis adalah polifenol. 

Menentang jangkitan - Ia dikatakan membantu tubuh menentang jangkitan dan memperbaiki kerosakan tisu. Namun begitu, keradangan boleh menjadi masalah apabila menjadi kronik dan menyerang tisu tubuh. Dikatakan kulit kayu manis amat berguna untuk mengatasi masalah ini. Malah kajian telah mendapati bahawa kandungan antioksidan yang terdapat dalam kulit kyu manis mempunyai sifat-sifat antikeradangan yang kuat. Antioksidan yang mempunyai kesan anti keradangan ini dikatakan mampu merendahkan risiko penyakit.

Mengurangkan risiko penyakit jantung - Kulit kayu manis telah dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung. Bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes tahap 2, dikatakan satu gram atau setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari dikatakan mampu memberi kesan baik pada penanda darah. Ia dikatakan dapat mengurangkan tahap keseluruhan kolesterol, kolesterol jahat (LDL) dan trigliserid. 

Sementara itu kolesterol baik (HDL) kekal stabil. Dalam kajian lain menunjukkan serbuk kulit kayu manis berdos lebih kurang 120 mg sehari dikatakan mempunyai kesan ini, dan dikatakan turut menunjukkan peningkatan tahap kolesterol baik (HDL). Dalam kajian pada haiwan pula telah menunjukkan ia mampu mengurangkan tekanan darah. Apabila digabungkan kesemua faktor ini berkemungkinan ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Memperbaiki kepekaan terhadap hormon insulin - Insulin adalah salah satu kunci hormon yang mengatur metabolisme dan penggunaan tenaga. Ia juga diperlukan untuk menghantar gula dalam darah daripada aliran darah kepada sel-sel. Masalahnya ramai mengalami rintangan insulin. Berita baiknya, dikatakan kulit kayu manis mampu menurunkan rintangan insulin dan membantu hormon ini melakukan kerjanya dengan baik. Dikatakan dengan meningkatkan kepekaan insulin, kulit kayu manis mampu merendahkan tahap tekanan gula dalam darah.

Membantu menentang jangkitan bakteria dan kulat - Cinnamaldehyde salah satu bahan aktif yang utama dalam kulit kayu manis dikatakan mampu membantu menentang pelbagai jenis jangkitan. Minyak kulit kayu manis dikatakan telah menunjukkan amat berkesan merawat jangkitan saluran pernafasan yag disebabkan oleh kulat. Ia juga dikatakan mampu menghalang pertumbuhan bakteria tertentu termasuklah listeria dan salmonella. Namun begitu, bukti amat terhad dan setakat ini kulit kayu manis dikatakan tidak menunjukkan kesan mengurangkan jangkitan pada bahagian lain tubuh. Kesan antimikrob yang terdapat pada kulit kayu manis juga dikatakan mampu mencegah kerosakan gigi dan mengurangkan nafas berbau.

Banyak kan kebaikan kulit kayu manis nie.. Dulu, masa saya kecik-kecik, saya sering mengasah kulit kayu manis pada bahagian belakang pasu ataupun pada lesung batu, untuk mendapatkan cairan kulit kayu manis, dan cairan itu saya sapu pada jerawat.. Alhamdulillah, kesannya akan hilang dalam masa 2 minggu tanpa meninggalkan kesan parut.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



16 comments

  1. banyak manfaat kayu manis ni.. info sangat berguna :-)

    ReplyDelete
  2. wahhh... bagusnya kayu manis... baru tahu...

    ReplyDelete
  3. i selalu letak kayu manis dgn halia then rebus.. buat minum.. utk buang angin hehe

    ReplyDelete
  4. Banyak nya kebaikkan kayu manis ni 😍

    ReplyDelete
  5. banyak juga khasiatnya, good info shikin..tq :)

    ReplyDelete
  6. Baru tau kulit kayu manis pun digunakan untuk kencing manis ya

    ReplyDelete
  7. Pernah guna serbuk kayu manis sapu kat jerawat. Pedihnya xleh bawak bincang 😅😅

    ReplyDelete
  8. suka sangat letak kayu manis dalam masakan. Sekarang ni beli yang jenis serbuk, sah sah masuk dalam mulut hehe

    ReplyDelete
  9. Selama ni tahu kulit kayu manis sebagai antiseptic tak sangka banyak juga kegunaan yang lain.
    Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  10. Banyak manfaat kulit kayu manis ni rupanya selain dijadikan rempah ratus masakan. Suka bau kulit kayu manis.

    ReplyDelete
  11. i'm cryinggg buat scrub kulit kayu manis ni sesuai utk hilangkan parut jerawat

    ReplyDelete
  12. Wah banyaknya kegunaan dan manfaatnya...

    ReplyDelete
  13. bagus rupanya kayu manis ni. mama nak lebihkan masak lauk yg guna kayu manis la

    ReplyDelete
  14. Wow hebat. Akak sy buat pertua nih. Dia bancuh serbuk kayu Manis dgn Oren Sunkist. Memang bagus utk turunkan kolestrol. Sedap pun sedap! Hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧