Genap 18 tahun berkhidmat di sektor awam.. Alhamdulillah..

1:44 PM


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, hari nie genaplah 18 tahun saya berkhidmat di dalam sektor awam, bidang kepustakawanan.. Masih teringat lagi masa mula-mula dapat surat tawaran untuk menjadi pembantu perpustakaan (nama sekarang pembantu pustakawan) pada bulan September 2002.. 

Masa tue saya bekerja sebagai pembuat wafer di sebuah pasaraya, dan bila dapat surat hati nie rasa gembira sangat-sangat tapi dalam masa yang sama hati nie sedih.. Gembira kerana dapat jawatan tetap serta dijamin masa depan, sedih kerana terpaksa tinggalkan keluarga, perlu merantau di negeri orang.. Tapi ummie saya cakap, masa nielah pengalaman akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.. 

And betul cakap ummie, setelah lama merantau di negeri orang, pelbagai pengalaman suka duka berlaku dalam kehidupan saya.. 

Masa membuat persiapan untuk merantau di KL, kami sekeluarga menerima berita sedih, arwah babah (nama panggilan nenek dalam keluarga kami) telah kembali ke rahmatullah.. Sedih sangat-sangat sebab saya dengan adik beradik memang rapat dengan arwah, dan masa saya dapat tawaran kerja, arwah babah lah yang paling gembira dengan berita tue.. Tapi kini semua tinggal kenangan.. Teringat dulu-dulu, arwah babah suka baca paper walaupun arwah tak pandai membaca.. Selalu ingatkan kami untuk buat kerja sekolah, dan selalu sebut ayat nie, "dok bace book ke..?" (tak baca buku ke..?) hihihi 'buku' disebutnya 'book' dan bukannya 'buku', bahasa Inggeris lagi..hihihi

Bila kita masuk alam pekerjaan, masa inilah kita akan belajar erti tanggungjawab dalam kehidupan.. and masa inilah kita akan mencapai apa yang kita 'target' dalam kehidupan kita.. 

Saya memang suka dan sayangkan bidang kepustakawanan nie, sesuai sangat dengan diri ini, yang suka baca buku dan mempunyai koleksi buku yang banyak.. Insha Allah satu hari nanti, rumah saya akan dijadikan ruang untuk bilik bacaan.. 

Dapat yang camnie pun jadilah..


Atau ini ke..?


Cantik kan...hihi berangan jea.. Tapi tak salah kan berangan..? Mana tau ianya akan jadi kenyataan suatu hari nanti, Insha Allah..

Apapun, saya nak ucap Selamat Ulangtahun kepada semua rakan-rakan pembantu pustakawan, yang satu batch dengan saya.. Semoga kita semua terus sukses dalam bidang yang kita sayangi nie.. 

01 Oktober 2002 - 01 Oktober 2020.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

18 lovely notes

  1. Berangan juga ada ruangan untuk baca buku dan rak buku.
    Memang seronok berangan. Dapat luaskan minda dan tajamkan ingatkan.

    ReplyDelete
  2. lama betul.. 18 tahun, alhamdulillah!!!
    all the best utk tahun seterusnya kak shikin :)

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH..kan kite librarian ni ase bahagia sangat hidup dengan buku..saya pon ada angan angan nak buat mini library kat rumah

    ReplyDelete
  4. wah pekerja yang banyak pengalaman ni.. tahniah shikin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah kak...moga dapat meneruskan perkhidmatan akk dlm bidang ni sebaik mungkin

    Sesekali berangan takpe,berangan tu kan free..hehehe

    ReplyDelete
  6. berangan tak salah.. yg no. 1 tu best gak utk rumah sempit mcm rumah ammi.

    apapun tahniah

    ReplyDelete
  7. semoga angan2 jadi kenyataan! lama tu 18 tahun, kalau budak, dah nak masuk kolej hehe

    ReplyDelete
  8. Wah.. 18 tahun lama tu. Seronok kan keje perpustakaan. Saya dulu pun keje bahagian pusat sumber selama 8 tahun tapi kena kick ke bahagian iklan. Tapi tulah zaman covid ni redha jela asalkan ada keje. Alfatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  9. best berangan ada library macam tu kat rumah..hehe
    tahniah kak shikin, lama tu tempoh berkhidmat :)

    ReplyDelete
  10. Lama 18 tahun tu..pengalaman yg amat berharga..boleh demand lg :)
    Tahniah shikin atas perkhidmatan yg cemerlang :)

    ReplyDelete
  11. semoga impian kak Shikin akan tercapai 🥰 wah bestnya tu kalau dapat mini library dlm rumah kann 😍

    ReplyDelete
  12. semoga tertunai segala impian akak yer. in shaa allah, aamiin

    ReplyDelete
  13. Wahhh 18tahun...! Banyak pengalaman tuuu... Memang ya, bila merantau ke negeri orang jauh dari keluarga memang mengajar kita banyak perkara dari pengalaman.

    Moga angan2 jadi kenyataan.. cik tk pun berangan juga nak buat satu bilik mini library macam tu dekat rumah. Tapi, berangan je laaaa...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. lama tu kak. Seronok kalau bekerja dalam bidang dan suasana yang kita selesa. Tak kisah kerja lama pun kan. Tahniah!

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Lama tu Shikin..
    hampir 20 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otai dari Sha.. Mesti banyak pengalaman yang berharga..
      Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang..

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators